Video skirt terselak masa naik motor


Inilah akibatnya kalau berpakaian seksi yang akhirnya memalukan diri sendiri. Dahlah naik motorsikal, lepas tu tak ingat ke yang "awak" tu pakai skirt pendek sehingga ia terselak ditiup angin dan menampakkan g-string. 




*Salah satu hikmah menutup aurat dengan sempurna ialah mencegah diri dari mendapat malu hasil dari pandangan orang lain.


Keputusan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia : Pahang - Kedah

 

Bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini, Pahang melayan kunjungan Kedah pada perlawanan Separuh Akhir kedua Piala Malaysia 2014.


KEPUTUSAN AKHIR
8:45 malam | 24/10/2014
 
Pahang   5  -  0  Kedah

(agregat 6 - 3) 

5' Pahang

26' Pahang
30' Pahang
37' Pahang
74' Pahang

Masjid Kampung Keling Melaka


Masjid Kampung Keling di Jalan Tukang Emas adalah sebuah masjid lama yang letaknya di jalan yang sama dengan Tokong Hindu Sri Payyatha Viyanagar Moorthi dan Tokong Buddha Cheng Hoon.

Dibina di jalan yang digelar “Jalan Harmoni” kerana adanya 3 tempat ibadah berhampiran satu sama lain, masjid ini dibina dengan menggunakan kayu pada tahun 1748 oleh pedagang India Muslim. Ia kemudiannya dibina semula dengan batu pada tahun 1872 dan dibaikpulih oleh Jabatan Muzium pada tahun 1999 bagi memeliharanya sebagai warisan sejarah Melaka.

Masjid ini dianggap sebagai sebuah masjid bersejarah kerana ia dibina sewaktu era penjajahan Belanda dan menggunakan gabungan gaya Melayu, Cina dan India selain menggunakan hiasan dari Inggeris dan Portugis.

Gaya bumbungnya menyerupai sebuah pagoda, tetapi bumbung bertingkat ini dibuat agar mempunyai ruang udara agar masjid tetap sejuk semasa cuaca panas.

Di sebelah masjid terdapat kuburan lama yang dikatakan tempat bersemadinya kaum keluarga Munsyi Abdullah, iaitu Bapa Kesusasteraan Melayu.



Resipi nasi ayam penyet

 


Untuk Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam  -potong 4 dan asingkan bahagian isi dengan yang bukan isi seperti kaki, kepak,leher, tulang dada untuk di buat sup
1 keping tempe -  dalam paket
4  keping tauhu
tepung beras  - anggaran untuk tabur padaayam,tempe dan tauhu goreng
ulam

Bahan kisar

1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis kasar
1 sudu teh jintan putih kasar
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam

Bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan digunakan untuk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak

Cara Penyediaaan

1. Kisar bahan-bahandi atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yangdihancurkan.
2. Kemudian perap bahan kisar bersama bahagian ayamyang telah di cuci dan di bersihkan.
3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapajam sebelum di goreng.
4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepungberas pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa.
5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudiangaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkansedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng sepertibiasa.
6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang,kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh taburdengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa.

Bahan Sup

Bahagian kaki, kepak,leher, tulang rusuk -  dipotong- potong

Untuk Tumisan

3 ulas bawang putih  - di tumbuk
3 ulas bawang merah -  di hiris
1 biji bawang besar saiz kecil - ditumbuk
1 inci halia - di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih - ditumbuk
rempah 3 sekawan secukupnya  - kulit kayu manis, bunga lawang, buahpelaga
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup

Cara membuatnya

1. Tumis rempah 3sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempahbunjut dan air.
2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa,bolehlah di tutup api.

BahanB Serdak @ Kremes
150 gm tepung beras*
1 biji telur*
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*-ganti dengan rempah
10 gm garam*
10 gm gula*
* Kesemua bahan digaul rata

CaranyaBuat Serdak

1.   Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
2.  Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
3. Panaskan minyak dan goreng semua bahan
   bersalut sehingga tepungkekuningan dan diangkat.
4.  Hidangkan ayam penyet bersama tempe,tauhu bersalut dan sambal.
* Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes
   (digoreng) untuk hidangan ayam penyet. Masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar bancuhantepung delam minyak.
Cepat-cepat kacau dan goreng hinggakekuningan dan garing (cruncy).
Angkat dan toskan..buat sampai habis.

Untuk Sambal.
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato.Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuksehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8.  Rasa sambalyang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.*Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalampeti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia : Felda United - Johor Darul Ta'zim (20/10/2014)


Bertempat di Stadium Majlis  Perbandaran Selayang malam ini, Felda United melayan kunjungan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan Separuh Akhir pertama Piala Malaysia 2014.

Perlawanan yang dijadualkan bermula pada jam 8.45 malam akan disiarkan secara langsung di RTM TV1 dan Astro Arena.

 KEPUTUSAN PENUH

  
8:45 malam | 20/10/2014
 
Felda United   4  -  3   Johor Darul Ta'zim I
 
(Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor)
7' Felda United
42' Felda United
52' Johor Darul Ta'zim I
60' Felda United
79' Johor Darul Ta'zim I
88' Johor Darul Ta'zim I 
93' Felda United

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan