Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan mencuba Gintell massage chair

 

 Pada 7 Ogos 2014, saya menemani Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan dan Melaka iaitu Encik Jamaludin Arshad untuk menyelesaikan beberapa urusan dengan agensi kerajaandi bangunan UTC Melaka.

Dalam waktu kelapangan yang ada sementara menunggu urusan selesai, Encik Jamaludin berminat untuk mencuba kerusi urut yang terdapat di dalam bangunan UTC Melaka. Di dalam bangunan ini terdapat dua lokasi diletakkan dua set kerusi urut jenama Gintell. Salah satunya diletakkan berhampiran dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, malah Encik Jamaludin turut menyinggah di kedua-dua lokasi berkenaan kerana beliau berasa selesa dan berpuas hati dengan kerusi urut Gintell itu pada kali pertama.

Saya juga turut mencuba kerusi urut berkenaan dan ternyata memberi kesan positif pada setiap "point" yang diurut pada bahagian badan saya. Selepas ini mungkin duduk di kerusi urut Gintell akan menjadi aktiviti utama sekiranya kami singgah di UTC Melaka.



*Untuk makluman pembaca, Encik Jamaludin mempunyai kemahiran membuat ubatan akar kayu dan minyak urut serta urutan tradisional.

Selain itu beliau juga menjalankan perniagaan masakan panas dan membekalkan makanan bermasak.  Menu makanan beliau yang paling utama ialah Char Kuew Tiow Penang.


Pemburuan polis Malaysia terhadap peserta acara bogel




Seorang wanita telah ditangkap dan lebih daripada sedozen yang dicari oleh Pihak berkuasa Malaysia selepas imej festival sukan perkumpulan hidup telanjang mencetuskan kemarahan di negara majoriti Islam, kata polis Jumaat.

Paparan dalam video perhimpunan itu, yang dipanggil "Malaysia N-u-d-e Sports Games 2014 ", tersebar pertama kali di media sosial awal minggu ini dan menjadi "viral" di internet.

Ia menunjukkan peserta bermain-main di pantai terpencil Pulau Pinang pada penghujung bulan Mei, terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuk lukisan badan, menari, dan pelbagai pertandingan lain, semua dalam keadaan bogel.

Dalam satu adegan, seorang wanita dilihat menunggang kuda pada seorang lelaki, manakala di yang lain, seorang wanita merangkak ke atas tiga lelaki terbaring di sebelah satu sama lain di atas pasir.

"Seorang wanita warga Malaysia ditahan Khamis untuk membantu pihak polis dalam penyiasatan festival kasar, "Lai Fah Hin,Ketua Polis tempatan di negeri utara Pulau Pinang, memberitahu AFP (Agence France-Presse).

Lai berkata 18 orang, kebanyakan mereka orang asing, mengambil bahagian dan polis yang telah belajar identiti 15 dan sedang mencari mereka.

Pihak berkuasa tidak memberitahu sama ada wanita Malaysia yang ditangkap itu adalah peserta atau sebaliknya. Mereka dicari termasuk tujuh rakyat Malaysia, empat warga Singapura, dua Warga Myanmar, Filipina dan seorang warga India, katanya.

Perhimpunan ini bukan sahaja telah dikutuk oleh masyarakat Islam tetapi juga banyak bukan Islam, dan mencetuskan pertelingkahan antara pengkritik dan penyokong budaya hidup telanjang.

Lai berkata, mereka boleh menghadapi sehingga lima tahun penjara kerana mengambil bahagian dalam suatu "perbuatan lucah".

Kira-kira 60 peratus daripada hampir 30 juta penduduk Malaysia adalah Islam berbangsa Melayu.


*FAKTA :

Di Pulau Pinang diharamkan kasino (pusat judi) tetapi di negeri yang bersultan dan mempunyai seorang rakyatnya yang menjadi teraju pemerintahan negara, mempunyai kasino terbesar di Asian Tenggara.

Apatah lagi penganjuran seperti ini, pastinya tidak ada kaitan dengan kelulusan kerajaan negeri. Mereka datang mendaftar sebagai pelancong tetapi aktiviti mereka boleh berubah bila-bila masa.

Nak boikot perniagaan cina DAP? Kalau cina MCA bagaimana? masih lagi 1Malaysia?


Restoran dan Kiosk Ramly Burger


Dalam kehangatan isu boikot Restoran Makanan segera Mc Donalds, ada lagi agenda yang lebih penting dan dirasakan wajib bagi meneruskan legasi empayar perniagaan milik orang Islam terutamanya orang Melayu.  

Jika sebelum ni kita sudah ada Restoran Radix Fried Chicken, iaitu menyediakan makanan berasaskan "ayam goreng", kini jenama Ramly Burger sebenarnya sudah memiliki restoran yang boleh dijadikan lokasi lepak terbaik sambil makan dan minum dari sumber yang diyakini halal.. insya Allah.

Sudah tiba masanya lupakan jenama yang bukan milik orang Islam di Malaysia. Lupakan kopi yang mahal, lupakan burger dan ais krim yang mahal. Cari dan pilihlah yang milik orang Islam  dan Melayu. Kalau tak jumpa tidak mengapa kerana kita tak akan mati kalau tak makan ayam goreng, burger dan ais krim milik jenama luar negara itu. Makanan ruji kita ialah nasi...

Berikut adalah alamat bagi lokasi "halal mart" (restoran & kiosk) jenama Ramly :

Mukim Batu,Kuala Lumpur
Restoran Ramly Burger
No. 12, Jalan 29/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6184 2972
Fax: 603-6185 3526

Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur
Restoran Ramly Burger
Lot 35, Pesiaran Mewah,
Kawasan Penindustrian Bandar Tun Razak,
Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9172 6617 Fax: 603-9172 1222

Bandar Botanik,Klang
Restoran Ramly Burger
No 43 & 45 GF, Jalan Kasuarina 2/KS 07,
Bandar Botanik, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-3325 1463      

Bandar Baru Bangi,Selangor
No33 (Ground Floor), Jalan Medan Pusat 2D,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 603-8925 2653 Fax: 603-8925 0289

Selain cawangan di atas, terdapat empat kiosk yang boleh anda kunjungi iaitu :

Taman Maluri,Kuala Lumpur,
No 25G & 23G, Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9281 3231 Fax: 603-9281 0146

Meru,Klang
No. 9 & 11G, Jalan Klang Sentral 10/KU5,
Taman Klang Sentral, Bukit Raja Meru,
41050 Klang, Selangor.
Tel: 03-3341 7554

Setapak,Kuala Lumpur
56-G, Tingkat Bawah, Jalan 42/26,
Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 603-4021 2896

Jalan Raja Abdullah,
No. 132A, Wisma Akar, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-2691 8952 Fax: 603-2691 4229 

Klik gambar logo Ramly di bawah untuk melawat laman web Ramly Burger

http://www.ramly.com.my/Ramly Web


 


*Sama-sama kita doakan agar pemilik jenama ini masih tetap dipegang oleh orang Islam walaupun mungkin ia akan bertukar tangan serta dapat meluaskan empayar perniagaan ke seluruh Malaysia bagi menyediakan pilihan yang halal untuk rakyat Malaysia. 

*Ia juga sebagai fardu kifayah, iaitu menyediakan makanan, minuman dan perkhidmatan yang halal untuk orang Islam juga memudahkan urusan orang Islam dalam mencari makanan yang halal lagi diberkati.


Kepada mereka yang berminat untuk menjalankan bisnes burger dan memerlukan panduan lengkap untuk sukses dalam bisnes burger, boleh klik link di bawah ini :



Kek Belacan : resipi dari Sarawak


Namanya sahaja sudah mampu membuatkan sesiapa yang mendengar atau membacanya buat pertama kali, berkerut dahi dan tersenyum sinis.  Namun ia tidaklah melambangkan belacan sebenar digunakan di dalam resipi kek istimewa dari Sarawak ini.

Saya mula "sedar" akan kewujudan Kek Belacan ini ketika menonton rancangan yang disiarkan oleh sebuah stesyen televisyen di Malaysia ketika pagi raya ke tiga (kalau tak silap).  Pengacara rancangan itu menjawab panggilan telefon dari penonton dan bertanyakan hidangan di pagi raya.

Kepada orang Sarawak, jika ada silap pada mana-mana bahagian, mohon maaf ya. Sila kemukakan cadangan untuk sebarang pembetulan.

Berikut adalah salah satu resipi Kek Belacan yang ingin saya kongsikan di dalam artikel ini :


Bahan-bahan :
  • 1 peket kecil horlicks
  • 1 tin kecil serikaya
  • 1 tin kecil nestle cream
  • 16oz mentega
  • 1 sudu teh esen vanila (pastikan jenama yang benar-benar halal)
  • 10 biji telur
  • 1 gelas gula halus (1/2 gelas)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 2 gelas tepung gandum
  • Browning sugar secukupnya
  • satu sudu kecil nescafe (yang sudah dibancuh dengan sedikit air panas)
  • 1 sudu besar serbuk koko
Cara-cara pembikinan :
  • Masakan air untuk mengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mengukus kek.
  • Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu (jangan pukul orang tak tentu fasal)
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata (masukkan sebiji telur,pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya)
  • Masukkan esen vanilla, susu pekat manis, serikaya, nestle cream dan pukul sebati
  • Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan
  • Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  • Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan nampak kehitaman.
  • Gaul adunan sehingga sekata dan sebati
  • Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung
  • Masukkan adunan ke dalam loyang , ditutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan. 
  • Kukus dalam masa 4 jam.
  • Pastikan ianya sejuk sebelum dipotong (bukan masuk dalam peti sejuk)



Sumber (rujuk resipi je, gambau atas tu saye punye)


Keadilan kecam surat palsu

 

Berikut adalah kenyataan balas dari Fahmi Fadzil iaitu Pengarah Komunikasi Parti KEADILAN Rakyat mengenai edaran surat palsu yang menggunakan nama serta tandatangan Dato' Saifuddin Nasution Ismail, selaku Setiausaha Agung PKR :


KEADILAN KECAM SURAT PALSU

Saya menerima beberapa panggilan media berkenaan sepucuk surat yang kononnya dikeluarkan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN kepada YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Saya telah menghubungi Datuk Saifuddin dan mendapat pengesahan bahawa beliau tidak mengeluarkan surat tersebut. Malah nombor rujukan yang digunakan juga adalah nombor rujukan palsu; "JKD" merujuk kepada Jawatankuasa Disiplin, dan Datuk Saifuddin tidak menandatangani surat Jawatankuasa tersebut.

Oleh yang demikian, KEADILAN mengecam pihak yang mengeluarkan surat palsu tersebut. Jelas ia berniat jahat dan berusaha untuk menimbulkan syak wasangka dan ingin merosakkan usaha menyelesaikan masalah di Selangor dengan baik dan tertib.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan