Iktibar : Terlanjur semasa berada di rumah jiran

 

Semestinya hari raya Aidilfitri menjadi peluang kepada kita untuk lebih mengeratkan lagi persefahaman dan hubungan mesra antara keluarga dan jirang tetangga. Juga sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan kerana kebiasaannya kita akan dapat berjumpa sahabat handai yang telah merantau jauh dari kampung asal.

Menziarahi kaum keluarga dan jiran di hari raya sangat meriah dan menjadi nostalgia di hari raya.  Dah terlanjur berada di rumah jiran, maka berkenal-kenalanlah dengan anggota keluarga mereka.  Manalah tahu ada antara mereka yang dapat membantu kita dalam urusan seharian, terutamanya bagi mereka yang mencari rezeki dengan berniaga.  Pastinya memerlukan kenalan yang ramai untuk meluaskan pengiklanan perniagaan anda. 

Maksud saya tidak semestinya kita memberikan helaian iklan kepada mereka tetapi lebih kepada "promosi hebahan mulut". Maknanya mereka tahu apa yang sedang kita buat dan apa perkhidmatan yang kita sediakan.  "Stanby" kad bisnes anda semasa pergi beraya di rumah jiran atau saudara mara. 

Saat yang terbaik untuk memberikan kad bisnes anda itu ialah semasa sesiapa bertanyakan soalan "kau buat apa sekarang?" atau "kau kerja apa sekarang?". Namun jika tiada yang bertanya, maka anda berikanlah kad bisnes anda semasa anda dah nak balik, kepada individu yang dirasakan berpotensi menjadi pelanggan anda.




3 video iklan raya tersedap menyantau semangat

 
Secara peribadi, pandangan saya terhadap iklan raya Aidilfitri tahun 2014 ini lebih tenang dan menyenangkan.  Mungkin kerana pengarah video raya pada kali ini adalah dari kalangan mereka yang beragama Islam dan peka terhadap budaya Islam dan Melayu di Malaysia.

Pada perkiraan saya, ada tiga iklan raya yang benar-benar menarik perhatian saya dari segi pengisian dan jalan cerita, susun atur babak ke babak yang baik dan bersih serta tahap kekreatifannya. Iklan itu adalah dari Nissan, RTM dan Petronas. 

Tetapi bukan bermakna iklan yang lain tidak bagus, cuma saya lebih gemar pada tiga iklan ini, ibarat jatuh cinta pada pandangan pertama. Berikut adalah video berkenaan yang saya susun mengikut turutan nombor satu, dua dan tiga terbaik :


Nombor 1 di carta hati : Nissan - Atuk



Nombor 2 di carta hati : RTM - Ini Baru Raya

 


Nombor 3 di carta hati : Petronas - Ke Pangkuan Bonda



*Tambahan video pilihan : 

Nombor 4 di carta hati : KFC - Mengeratkan Hubungan keluarga di Syawal






Ketupat dan sejarahnya


Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.

Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.

Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.
Ketupat palas

Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Sejak 1990, ketupat yang dibungkus dalam plastik mula diperkenalkan, dan boleh dikukus dalam periuk biasa maupun periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan ketupat segera / nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah. Terdapat juga dakwaan bahawa ketupat segera dalam plastik boleh mengakibatkan barah.

Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran.

Mercun & bunga api dijual di Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah, Melaka

GAMBAR HIASAN : antara contoh bunga api dan mercun yang dijual di bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah, Melaka


Bazar Ramadhan bukan sahaja terdapat jualan yang berkaitan dengan juadah berbuka puasa dan persiapan untuk meraikan hari raya Aidilfitri, malah skop perniagaan dalam bazar bermusim setahun sekali ini lebih luas lagi dari itu. Dari makanan ringan, mainan kanak-kanak hinggalah ke barangan yang tidak ada kena mengena dengan musim perayaan, ada diniagakan di sini. Bazar Ramadhan ibarat pasar malam.

Namun dalam pengetahuan saya, penjualan mercun dan bunga api telah lama diharamkan oleh kerajaan pada orang awam semenjak peristiwa letupan kilang bunga api dan mercun  pada 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor, sama ada dari segi pembuatan, penjualan dan apatah lagi membakarnya.

Saya dapati sejak awal Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah, Melaka dibuka, terdapat beberapa orang peniaga (mungkin ada peniaga haram yang menyelit di celah-celah peniaga berdaftar yang lain) menjual barang yang dilarang dan diharamkan kerajaan iaitu mercun dan bunga api.  Malah ada juga segelintir peniaga berdaftar dan berkhemah turut menjual bahan terlarang dan terharam itu bersama-sama dengan jualan pakaian.

Lebih mengerikan, ada individu atau kumpulan yang membakar mercun di kawasan berhampiran dengan bazar berkenaan.  Letusannya kuat sehinggakan alarm kenderaan turut berbunyi. Ia juga membahayakan kenderaan yang dipakir di kawasan terdekat.

Saya sudah menyuarakan kebimbangan akan kemungkinan berlakunya kecederaan akibat dari pembakaran bunga api dan mercun berkenaan pada admin Facebook sebuah stesyen radio, namun saya lihat tiada respon dari pengendali page Facebook berkenaan.  

Saya yakin dengan letupan bunga api atau mercun yang begitu kuat, pasti akan ada mata-mata atau pegawai polis dan pihak berkuasa tempatan akan terdengar, namun sehingga ke malam artikel ini ditaip, penjualan dan pembakaran mercun dan bunga api masih lagi terjadi.

Sebelum ada yang benar-benar cedera atau buta mata akibat dari letupan mercun dan bunga api, lebih baik cegah sebelum terjadi. Jika dah diisytiharkan menjual bahan letupan seperti mercun dan bunga api telah diharamkan, laksanakan penguatkuasaan yang telus tanpa cuai atau diambil mudah.

Dan kalau kata boleh jual, pihak berkuasa tempatan dipersila keluarkan statement rasmi ke media massa.


*Saya tidak sempat untuk mengambil gambar yang jelas penjualan mercun dan bunga api di bazar ini kerana bimbang dipukul oleh para penjualnya.

**Membeli dan membakar bunga api dan mercun untuk tujuan suka-suka adalah pembazairan yang nyata. Namun ada sedikit kelonggaran jika dibeli dan dibakar untuk menghalau gangguan kera dan monyet terutamanya di kawasan kampung.

Apa makna ROOT, FLASH dan ROM pada Android


Berikut adalah penerangan ringkas tentang makna ROOT, FLASH, ROM untuk sistem Android.

Telefon Android anda dilaksanakan versi android yang telah dibuat oleh pembuatan telefon anda, khusus untuk telefon anda. Apabila Google mengeluarkan versi baru Android pembuatan telefon anda akan membuat keputusan sama ada atau tidak untuk mewujudkan update untuk telefon anda. 


Jika anda memutuskan untuk tidak membuat kemaskini untuk telefon tertentu anda dan anda sangat-sangat merasakan keperluan untuk menaik taraf sistem operasi telefon anda, di sini adalah bagaimana mereka dilakukan.

Sebelum anda
FLASH atau ROOT sistem Android anda, anda perlu untuk memeriksa kemaskini pengilangan untuk telefon anda. 

Dalam usaha untuk menaik taraf atau menukar perisian Android pada telefon atau tablet anda, anda perlu "ROOT" telefon.

Untuk
ROOT telefon adalah serupa dengan "cracking" telefon. Ini adalah cara untuk mendapatkan akses "superuser". Sebagai contoh jika anda membeli telefon yang telah dikunci, anda tidak boleh menggunakan ia dengan syarikat pembekal yang lain melainkan anda crack peralatan itu. Sebaik sahaja anda mempunyai akses sebagai pengguna super, anda boleh Flash telefon.

FLASH - Flash telefon adalah seperti sebuah komputer berubah dari menggunakan Windows Vista ke Windows 7.

ROM - Perisian telefon yang sedang anda gunakan. Contohnya
CyanogenMod membuat perisian untuk telefon yang berbeza. Ia dibuat mengikut keperluan model tertentu yang menawarkan aplikasi atau fungsi tertentu.

ROM yang ada pada telefon anda kini biasanya dikeluarkan oleh satu syarikat pembuatan yang hanya dipasang apabila mereka membuat telefon model tertentu sahaja.



 *Artikel ini adalah diambil dari sumber luar negara dari bahasa Inggeris. Diterjemahkan sebaik mungkin dan mungkin ada sedikit perbezaan dari penerangan asal.

**Jika sumber yang diambil itu salah maklumatnya, maka saya memohon maaf.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan