Jamal Muhamad meninggal dunia


Pak Cik Jamal atau Jamal Muhamad, berusia 75 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11.00 pagi, 7 Mei 2014 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Jamal yang juga personaliti televisyen veteran popular dengan watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM di era 80-an mengalami sesak nafas sejak kelmarin. Kebanyakkan akhbar hari ini melaporkan, Jamal tenat dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, semalam, selepas mengadu sesak nafas.

Jamal atau lebih mesra disapa Pak Cik Jamal melalui program Mini Parlimen yang popular pada era 1980-an, turut menjalani ujian khas mengesan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV), berikutan beliau baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 30 April lalu.

Anak beliau, Sheila berkata, ayahnya mengalami masalah pernafasan yang didakwa berpunca daripada penyakit ankylosing spondylitis yang dihidapi sejak 14 tahun lalu, menyebabkan tulang belakang Jamal membengkok hingga mengganggu paru-paru. Katanya, ayahnya dikejarkan ke Hospital Putrajaya menggunakan ambulans selepas mengadu sukar bernafas, tengah hari kelmarin.

Pak Cik Jamal sebelum ini terpaksa dikuarantin sebelum keputusan mengenai virus itu diketahui antara tiga hingga empat hari.



Aziz Sattar (Bujang Lapok) meninggal dunia


Al-Fatihah...

"Berakhirlah sudah kisah perjalanan trio Bujang Lapok. Dimulai dengan pemergian P. Ramlee pada 1973, kemudian S. Shamsuddin pada 2013, dan kini Aziz Sattar pada 2014....."

Dalam usia 89 tahun, pelakon veteran yang sangat popular dengan lakonan-lakonan filem arwahyarham P.Ramlee seperti sequal filem "Bujang Lapok" iaitu Aziz Sattar (Datuk) telah meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor dalam pukul 2.00 pagi, 6 Mei 2014.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz Sattar menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. Beliau dimasukkan ke hospital sejak 4 Mei 2014 lalu akibat diserang penyakit jantung. Jenazah beliau akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital. Sandakiah berkata, keluarganya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini (6 Mei 2014).


Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S.Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapok menjadi antara watak yang menjadi bualan dalam dunia seni lakonan Melayu sejak era 1950an.

Sejarah ringkas :

Bintang lagenda ini yang dilahirkan pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia ini juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara  yang dianggotai oleh  P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor  pada awal tahun 1950an.

Allahyarham juga pernah mengarah beberapa buah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993).

Pada tahun 2007,  Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong,  Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk.

Allahyarham Pak Ajis pernah empat kali berkahwin, termasuk bersama seniwati Dayang Sofia yang merupakan isteri keempatnya (bercerai) dan hasil daripada empat perkahwinannya itu beliau telah
dikurniakan tujuh orang anak.

Allahyarham juga telah berkahwin buat kali kelima pada 16 Disember 2006 dengan Hashimah Delan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.



Kemaskini :

 
Antara yang hadir di Masjid Al Amin Bandar Tun Hussein Onn Cheras utk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Aziz Sattar.

Pekebun kesal nangka sering dicuri

 

Seorang pekebun sangat kesal dengan sikap sebilangan remaja-remaja nakal di Kampung Pisang yang selalu mencuri nangka di kebunnya.  Namun dia tidak dapat menangkap remaja berkenaan dan tiada sebarang bukti untuk menuduh sesiapa yang bertanggungjuawab atas gangguan di kebunnya.

Setelah perkara ini berlarutan beberapa lama, akhirnya pekebun berkenaan mendapat ilham.. Maka pada suatu petang, di tengah-tengah kebunnya dipacakkan papan tanda yang besar dan bertulis :

"AWAS... SALAH SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN PEROSAK"

Keesokan harinya, pekebun itu gembira kerana beliau mendapati nangkanya itu tidak dicuri lagi. Selang beberapa hari selepas itu, pekebun ini pergi lagi ke kebunnya untuk memetiknangka untuk dijual di pasar besar di Pekan Duku. Memang pasti tiada kelihatan kesan-kesan nangkanya dicuri.

Namun demikian, beliau sangat terkejut kerana di sebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang tertera ayat :

"KINI ADA LIMA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN"



*Komen :

-mungkin sebilangan pembaca tak terfikir dan tak nampak "punch line" cerita ini.

Sembilan mimpi Nabi Muhammad SAW

 
Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka.

Siapakah yang mimpinya paling benar?
1.Para nabi: Semua mimpi mereka benar-benar belaka.
2.Orang soleh: Selalunya benar.
3.Selain mereka: Adakalanya benar dan kadang-kadang sebaliknya.

Kesimpulannya :
Mimpi mu’min lebih benar dari kafir.
Mimpi alim lebih benar dari si jahil.
Mimpi orang tua lebih benar dari orang muda.


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:

Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”


1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.

7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


Cara kreatif suami nak nikah tiga


Tidak seperti arwahyarham P.Ramlee dalam babak filem Madu Tiga, nak nikah atau kahwin tiga tidak perlulah sampai nak kena pandai "pembohong" dan "temberang". Cuma perlukan kesabaran, masa yang sesuai dan fikiran yang kreatif dalam "menghantar proposal" kepada isteri pertama.

Untuk penjelasan lanjut akan hal ini, sila baca dialog antara seorang bapa kepada anaknya :

Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mendengar kuliah agama di masjid, seorang ayah bertanya kepada anak lelakinya yang berusia 8 tahun...

Ayah : "Adik faham tak kuliah yang ustaz sampaikan di masjid tadi?". 

Anak : "Faham..ayah.."

Ayah : "Apa yang adik faham?"

Anak : " Ustaz tadi kata.. seorang anak wajib lebih mengutamakan ibunya daripada ayahnya".

Ayah : " Selepas tu? "

Anak : " Ibunya "

Ayah : " Selepas tu? "

Anak : " Ibunya "

Ayah : " Selepas tu? "

Anak : " Selepas tu barulah bapanya "

Ayah : " Jadi berapa ibunya? "

Anak : " Tiga "

Ayah : " ...dan berapa bapanya? "

Anak : " Satu "

Ayah : " Adik ada berapa ibu? "

Anak : " Satu "

Ayah : " jadi adik kurang berapa lagi ibu? "

Anak : " Kurang lagi dua "

Ayah : " Haa... Kalau macam tu, sampai rumah nanti cakap dengan ibu macam tu ye..."


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan