Aziz Sattar (Bujang Lapok) meninggal dunia


Al-Fatihah...

"Berakhirlah sudah kisah perjalanan trio Bujang Lapok. Dimulai dengan pemergian P. Ramlee pada 1973, kemudian S. Shamsuddin pada 2013, dan kini Aziz Sattar pada 2014....."

Dalam usia 89 tahun, pelakon veteran yang sangat popular dengan lakonan-lakonan filem arwahyarham P.Ramlee seperti sequal filem "Bujang Lapok" iaitu Aziz Sattar (Datuk) telah meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor dalam pukul 2.00 pagi, 6 Mei 2014.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz Sattar menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. Beliau dimasukkan ke hospital sejak 4 Mei 2014 lalu akibat diserang penyakit jantung. Jenazah beliau akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital. Sandakiah berkata, keluarganya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini (6 Mei 2014).


Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S.Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapok menjadi antara watak yang menjadi bualan dalam dunia seni lakonan Melayu sejak era 1950an.

Sejarah ringkas :

Bintang lagenda ini yang dilahirkan pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia ini juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara  yang dianggotai oleh  P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor  pada awal tahun 1950an.

Allahyarham juga pernah mengarah beberapa buah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993).

Pada tahun 2007,  Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong,  Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk.

Allahyarham Pak Ajis pernah empat kali berkahwin, termasuk bersama seniwati Dayang Sofia yang merupakan isteri keempatnya (bercerai) dan hasil daripada empat perkahwinannya itu beliau telah
dikurniakan tujuh orang anak.

Allahyarham juga telah berkahwin buat kali kelima pada 16 Disember 2006 dengan Hashimah Delan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.



Kemaskini :

 
Antara yang hadir di Masjid Al Amin Bandar Tun Hussein Onn Cheras utk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Aziz Sattar.

Pekebun kesal nangka sering dicuri

 

Seorang pekebun sangat kesal dengan sikap sebilangan remaja-remaja nakal di Kampung Pisang yang selalu mencuri nangka di kebunnya.  Namun dia tidak dapat menangkap remaja berkenaan dan tiada sebarang bukti untuk menuduh sesiapa yang bertanggungjuawab atas gangguan di kebunnya.

Setelah perkara ini berlarutan beberapa lama, akhirnya pekebun berkenaan mendapat ilham.. Maka pada suatu petang, di tengah-tengah kebunnya dipacakkan papan tanda yang besar dan bertulis :

"AWAS... SALAH SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN PEROSAK"

Keesokan harinya, pekebun itu gembira kerana beliau mendapati nangkanya itu tidak dicuri lagi. Selang beberapa hari selepas itu, pekebun ini pergi lagi ke kebunnya untuk memetiknangka untuk dijual di pasar besar di Pekan Duku. Memang pasti tiada kelihatan kesan-kesan nangkanya dicuri.

Namun demikian, beliau sangat terkejut kerana di sebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang tertera ayat :

"KINI ADA LIMA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN"



*Komen :

-mungkin sebilangan pembaca tak terfikir dan tak nampak "punch line" cerita ini.

Sembilan mimpi Nabi Muhammad SAW

 
Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka.

Siapakah yang mimpinya paling benar?
1.Para nabi: Semua mimpi mereka benar-benar belaka.
2.Orang soleh: Selalunya benar.
3.Selain mereka: Adakalanya benar dan kadang-kadang sebaliknya.

Kesimpulannya :
Mimpi mu’min lebih benar dari kafir.
Mimpi alim lebih benar dari si jahil.
Mimpi orang tua lebih benar dari orang muda.


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:

Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”


1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.

7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


Cara kreatif suami nak nikah tiga


Tidak seperti arwahyarham P.Ramlee dalam babak filem Madu Tiga, nak nikah atau kahwin tiga tidak perlulah sampai nak kena pandai "pembohong" dan "temberang". Cuma perlukan kesabaran, masa yang sesuai dan fikiran yang kreatif dalam "menghantar proposal" kepada isteri pertama.

Untuk penjelasan lanjut akan hal ini, sila baca dialog antara seorang bapa kepada anaknya :

Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mendengar kuliah agama di masjid, seorang ayah bertanya kepada anak lelakinya yang berusia 8 tahun...

Ayah : "Adik faham tak kuliah yang ustaz sampaikan di masjid tadi?". 

Anak : "Faham..ayah.."

Ayah : "Apa yang adik faham?"

Anak : " Ustaz tadi kata.. seorang anak wajib lebih mengutamakan ibunya daripada ayahnya".

Ayah : " Selepas tu? "

Anak : " Ibunya "

Ayah : " Selepas tu? "

Anak : " Ibunya "

Ayah : " Selepas tu? "

Anak : " Selepas tu barulah bapanya "

Ayah : " Jadi berapa ibunya? "

Anak : " Tiga "

Ayah : " ...dan berapa bapanya? "

Anak : " Satu "

Ayah : " Adik ada berapa ibu? "

Anak : " Satu "

Ayah : " jadi adik kurang berapa lagi ibu? "

Anak : " Kurang lagi dua "

Ayah : " Haa... Kalau macam tu, sampai rumah nanti cakap dengan ibu macam tu ye..."


Manfaat kentang pada kesihatan


Atas sebab manfaat kesihatan dan popularnya kentang sebagai makanan sampingan di kalangan masyarakat, beberapa syarikat yang menjalankan perniagaan makanan memilih kentang sebagai antara sajian utama dalam hidangan menu yang ditawarkan. 

Antaranya seperti KFC dengan kentang putar, McDonald dengan jejari kentang goreng dan beberapa peniaga western food yang menghidangkan makanan sampingan yang berasaskan kentang bersama dengan chicken dan lamb chop mereka.

Berikut adalah alasan kenapa kentang bagus untuk manfaat kesihatan manusia :

1. Tinggi serat
Kentang mengandung serat yang cukup tinggi, sebaris dengan roti gandum, bijirin dan pasta. Dengan kandungan serat yang tinggi tersebut, kentang bermanfaat untuk kesihatan sistem pencernaan. Kentang juga sering digunakan dalam program diet.

2. Melawan penyakit
Kentang diketahui dapat membantu mengurangi risiko kanser seperti kanser prostat dan kanser rahim. Beberapa penelitian juga menunjukkan bahawa kentang baik untuk melawan penyakit jantung. Kentang mengandung vitamin B6 yang dapat membantu anda untuk melawan gangguan saraf dan pembentukan kristal atau tumor.

3. Baik untuk kesihatan kulit
Kentang mengandung vitamin C yang sangat baik bagi tubuh anda terutama kulit wajah. Membasahkan jus kentang di wajah dapat membuat kulit wajah anda cantik dan bersinar. Seperti halnya timun, potongan kentang yang diletakkan di bahagian mata selama 30 menit, diketahui dapat mengurangi pembengkakan dan lingkaran hitam di bawah mata.

4. Membantu mengurangi kadar kolesterol
Mungkin anda sering mendengar banyak mitos tentang bagaimana kentang dapat menggemukkan badan. Namun yang nyatanya, kentang tidak mengandung kalori yang banyak seperti nasi. Bahkan kentang memberikan efek kenyang yang lebih lama sehingga anda tidak mudah lapar. Selain itu, kentang dapat membantu anda untuk mengurangi kadar kolesterol.

5. Baik untuk otak
Kentang kaya dengan zat besi dan zink yang sangat bermanfaat untuk perkembangan otak.

6. Membantu mengurangi peradangan
Jika anda sedang mengalami peradangan baik luaran maupun dalaman, kentang boleh membantu anda untuk mengatasi hal tersebut. Kentang merupakan makanan yang mudah dicerna dan mengurangi peradangan pada usus dan sistem pencernaan. Kentang juga dapat membantu mengatasi peradangan atau luka yang ada di mulut. Untuk peradangan luaran, jus kentang sangat bermanfaat untuk mengubati lebam, luka bakar, terseliuh, dan bisul. Selain itu, kentang diketahui dapat membantu melawan kesan narkotik dan masalah kulit.

7. Baik bagi penderita batu karang
Kentang mengandung zat besi dan kalsium yang juga membantu pembentukan batu karang. Ia juga sangat kaya dengan magnesium yang dapat menolak akumulasi atau deposisi kalsium dalam ginjal dan jaringan lain sehingga kentang terbukti bermanfaat dalam mengobati batu karang. Para doktor juga menyarankan pesakit batu karang untuk melibatkan kentang di setiap diet makanannya.

8. Meredakan tekanan
Mengandungi vitamin B6, kentang sangat bermanfaat untuk menghilangkan tekanan yang berasal dari fikiran. Kentang membuat hormon adrenalin yang dapat bertindakbalas pada tekanan hingga pada akhirnya membuat tubuh menjadi rileks dan memberikan perasaan yang menyenangkan.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan