Pemasaran Affiliate : Bisnes segera yang menguntungkan

 

Pemasaran affiliate ialah memasarkan produk orang lain dan sekiranya pembeli melakukan pembelian melalui link khas affiliate anda, anda akan dibayar komisen jualan oleh penjual. Pemasaran affiliate semakin popular di kalangan ramai usahawan internet pada masa kini, dan tidak mustahil pemasaran ini akan lebih berkembang pada masa hadapan.

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan affiliate anda sendiri?. Mari kita lihat 8 sebab utama kenapa anda patut serius memikirkan untuk menyertai pemasaran affiliate.

1. Perniagaan yang boleh terus bermula
Anda tidak memerlukan persiapan yang panjang untuk memulakan perniagaan affiliate. Sebaik sahaja anda mendaftar dengan laman web yang menyediakan perkhidmatan affiliate, anda boleh terus bermula menjalankan promosi untuk produk jualan tersebut. Tambahan lagi, oleh kerana perniagaan affiliate dijalankan atas platform internet, perniagaan anda sebenarnya berjalan 24 jam sehari, 7 hari seminggu! Anda juga boleh menjalankan perniagaan ini dari rumah tanpa perlu ke pejabat, dan ia boleh dijalankan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian anda.

2. Tidak memerlukan modal yang tinggi
Anda juga tidak memerlukan modal yang tinggi untuk menjalankan perniagaan affiliate. Ini adalah kerana anda sendiri yang tentukan kaedah pemasaran yang anda inginkan. Sebaik berdaftar dengan mana-mana program affiliate, pada hakikatnya, anda sudahpun mempunyai satu model perniagaan online yang berpotensi menjadi penjana keuntungan untuk anda. Bahkan, anda boleh memilih untuk langsung tidak mengeluarkan sesen pun untuk mula mempromosi laman web affiliate anda kepada prospek pembeli yang berminat.

3. Tiada had untuk menjana pendapatan
Memandangkan pemasaran affiliate ini begitu mudah untuk dimulakan, dengan semua bahan promosi telahpun disediakan, sebenarnya tiada had untuk anda menjana pendapatan lumayan melalui model perniagaan ini. Bergantung kepada usaha yang konsisten yang anda berikan untuk pemasaran affiliate anda, anda berpotensi menjana keuntungan yang besar dalam tempoh yang singkat.

4. Tidak memerlukan produk sendiri
Antara penghalang utama seseorang usahawan baru untuk memulakan perniagaan internet adalah kekangan masa atau sumber untuk menyiapkan produk sendiri. Masalah ini dapat diatasi sekiranya anda memilih untuk menjalan pemasaran affiliate, kerana anda tidak memerlukan produk sendiri untuk dipasarkan. Kembali kepada asas pemasaran affiliate, anda sebenarnya memasarkan produk orang lain, dan menjana pendapatan setiap kali sesiapa membeli produk tersebut daripada link affiliate anda. Mudah, bukan?

5. Tidak memerlukan laman web dan hosting
Kebiasaannya, anda akan dibekalkan dengan laman web jualan anda sendiri yang dikenalpasti dengan link affiliate anda. Laman web jualan ini 100% sama dengan laman web jualan pemiliknya, cuma laman web anda mempunyai link affiliate anda untuk membezakannya dengan laman web affiliate lain. Oleh itu, anda tidak perlu pening memikirkan untuk membina laman web sendiri, membeli domain dan hosting sendiri untuk menjalankan perniagaan affiliate anda.

6. Tidak perlu runsing menguruskan jualan
Kelebihan pemasaran affiliate yang berikutnya adalah anda tidak perlu runsing untuk menguruskan jualan, seperti merekod butiran pembeli, mengenalpasti pakej pembelian, menguruskan pembungkusan dan penghantaran dan sebagainya. Ini adalah kerana semua urusan jualan dilakukan oleh penjual produk tersebut, dan anda boleh focus untuk melakukan promosi, promosi dan promosi untuk mendapatkan prospek pembeli melalui link affiliate anda. Itu sahaja.

7. Bahan promosi biasanya disediakan oleh penjual
Lazimnya apabila anda berdaftar dengan program-program affiliate, penjual lazimnya sudah menyediakan bahan promosi bagi memudahkan pemasaran anda. Sebagai contoh, kandungan emel untuk senarai subscriber anda, banner, teks promosi dan sebagainya. Anda tidak perlu pelik kenapa penjual sungguh baik hati menyediakan semua ini untuk anda. Sebenarnya, penjual akan mempunyai untung yang tinggi sekiranya beliau dapat membantu anda menjalankan promosi, dan mandapatkan pelanggan yang lebih ramai.

8. Anda pilih sendiri kaedah pemasaran anda
Oleh kerana semua bahan perniagaan sudah tersedia untuk anda memulakan pemasaran affiliate anda, anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih sendiri kaedah pemasaran yang anda inginkan. Sekiranya anda mempunyai kekangan bajet, anda boleh fokus untuk melakukan pemasaran percuma semata-mata, seperti pemasaran emel, blogging, media sosial, menggunakan kuasa forum dan sebagainya. Manakala sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh memilih untuk melakukan pemasaran berbayar seperti menempah banner di fanpage media sosial, facebook Ads, membeli iklan berbayar dan sebagainya.



*Sumber rujukkan

-Tuan Razif Yusuf
-Irfan Khairi 
-Ahmad Zaki - ICT Niaga (Pengalaman Sendiri)

Cara Mencari Bahagia Menurut Al-Quran dan Sunnah


Pelbagai pengertian bagi istilah "bahagia". Lain orang lain definisinya. Namun bahagia yang bagaimana yang seperlunya manusia ada untuk kehidupan di dunia dan akhrat?.

Bagi umat Islam, suatu panduan telah direncana oleh Allah SWT iaitu di dalam Al Quran dan pada Sunnah Rasulullah S.A.W bagi mencari erti kebahagiaan dan mendapatkannya, iaitu seperti di bawah :

1. Banyak mengingati Allah - Firman Allah “Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

2. Beramal soleh dan beriman - Firman Allah “Siapa yang beramal soleh baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan dia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)

3. Berbuat baik dengan tidak mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia. Berharaplah hanya kepada keredaan Allah. -Firman Allah “Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)


*Sumber : JAKIM

Datuk Osman Jantan meninggal dunia


Pelawak terkenal era tahun  1980-an, Datuk Osman Jantan atau lebih dikenal dengan nama Ali Mamak meninggal dunia dalam pukul 4.20 pagi, 27 Mac 2014. Alllahyarham yang mula dikenali melalui sitkom "Santan Berlada" meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua. Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook.

Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor. Dari Allah kita datang dan kepada Dia jugalah kita kembali. Sedekahkanlah al Fatihah untuk beliau. Moga beliau mendapat rahmat dari Allah SWT.



*Sumber : Sinar Harian

Solat Ghaib untuk mayat yang tidak dijumpai



Hadith mengenai solat ghaib jenazah :

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Pada hari kematian raja Najasyi (Raja Habsyah), Rasulullah S.A.W mengumumkannya kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, lalu baginda takbir empat kali (solat ghaib).

Huraian Hadith :

Mayat yang ghaib boleh disembahyangkan walaupun telah dikuburkan. Yang lebih utama menyembahyangkan mayat ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah,

Di antara syarat-syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah:

1. Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, suci daripada hadas kecil dan besar , menutup aurat dan mengadap kiblat.

2. Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama jika ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh)

3. Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan.

4. Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak mengetahuinya atau terlupa.


Pengertian solat ghaib jenazah :

Solat ghaib jenazah adalah solat terhadap jenazah yang jauh atau telah dikebumikan dan tiada kesempatan untuk ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya. Solat ghaib berlaku jika si mati berada jauh di seberang laut atau pada kadar dua marhalah (90km). Jika kurang dari dua marhalah maka solat tidak diharuskan.

Jika kematian seseorang hanya diketahui selepas dikebumikan jenazahnya maka diharuskan solat dilakukan di atas kubur si mati.

Solat ghaib disunatkan ketika mendengar berita kematian seseorang dan jika berlalu masa yang panjang maka ia tidak disunatkan dan ada pendapat mengatakan tidak sah.

Cara melakukan solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa cuma perbezaannya ialah:
1) Niat di hati untuk menunaikan solat ghaib.

2) Jenazah tidak berada bersama jemaah yang solat.

Bagi yang tidak berkesempatan solat, diharuskan solat jenazah di atas kubur si mati dengan niat yang sama seperti solat jenazah biasa.

Kitab ulama Syafie menjelaskan mengenai diharuskan solat ghaib dan solat jenazah di atas kubur selepas dikebumikan selain daripada nabi. Adapun tempoh masa solat ghaib dikira ketika mendengar berita kematian atau pada hari yang sama. Adapun doa untuk si mati tidak ditentukan masa dan ada pendapat mengatakan bahawa maksud dari solat itu sendiri ialah doa untuk si mati dan diharuskan walaupun berlalu masa yang panjang.

Ketika Nabi Muhamad mendengar berita kematian Najashi (Raja Yaman) yang memeluk Islam maka Baginda dan sahabat melakukan solat ghaib. Berdasarkan peristiwa ini, maka solat ghaib adalah diharuskan. (Kitab Subulas Salam).

Oleh demikian Imam Syafie, Ahmad dan majoriti ulama terdahulu seperti Ibnu Hazm menegaskan, solat ghaib adalah diharuskan dan tiada seorangpun daripada sahabat selepas kewafatan baginda mencegah daripada melakukan solat ghaib. (Fathul Bari).

Bagaimanapun, ada pelbagai pendapat ulama antaranya :

1) Imam Syafie, Ahmad dan seangkatan dengannya berpendapat bahawa solat ghaib adalah disunatkan pada hari kematian berdasarkan peristiwa di atas.

2) Imam Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa tidak disunatkan solat ghaib kerana ketiadaan jenazah dan digalakkan berdoa saja untuk si mati.

3) Diharuskan solat ghaib pada hari kematian atau baru menerima berita meninggal seseorang dan cukup hanya niat untuk simati. (Fathul Wahhab).

4) Sebahagian ulama berpendapat bahawa diharuskan solat ghaib jika negeri si mati berada diarah kiblat dan tidak diharuskan jika berada di arah bertentangan.

Namun, majoriti ulama bersepakat, doa supaya diampunkan dosa si mati serta diangkat darjatnya di sisi Allah dan sebagainya adalah diharuskan dan tidak dihadkan bagi tempoh masa tertentu.

Bagi si mati yang tidak ditemui jasadnya seperti tertimbus atau hilang, maka solat ke atasnya tidak diharuskan kerana jasad tidak dapat dimandikan. Jika jasad itu cedera atau rosak seperti disebabkan kemalangan dan tidak dapat dimandikan, maka jasad akan ditayamumkan dan disembahyangkan seperti jenazah biasa.

Bola Sepak Liga Super : 25 Mac 2014


Berikut merupakan keputusan perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 25 Mac 2014. Semua perlawanan dijadualkan berlangsung pada pukul 8.45 malam.  Sebanyak enam perlawanan berlangsung pada hari ini :


KEPUTUSAN PERLAWANAN akan dikemaskini sebaik sahaja perlawanan telah dimulakan di kebanyakkan tempat.   Sila "refresh" atau "reload" web browser anda dari semasa ke semasa bagi memastikan keputusan terkini terpapar.




ATM - Terengganu (Siaran Langsung TV2)
 0  -  3
24' Terengganu 
78' Terengganu 
90 + 4' Terengganu


Kelantan - JDT (Siaran Langsung Astro 801)
 1  -  2
17' Kelantan
34' JDT 
88' JDT


Perak - Lions XII (Siaran Tertunda 801)
 0  -  1 
90 + 4' Lion XII


PKNS FC - Pahang
 0  -  3
43' Pahang 
60' Pahang
63' Pahang


Sarawak - Selangor 
 0  -  2
26' Selangor 
53' Selangor


T-Team - Sime Darby
2  -  0 
26' T-Team 
72' T-Team




Jom beli jersi asli... klik link bawah ini :

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan