Kelayakan Piala Asia 2015 : Yemen - Malaysia (05/03/2014)

Tarikh : 5 Mac 2014 (Rabu) 
Lokasi : Stadium Tahnon bin Mohamed, Abu Dhabi, United Arab Emirates. 
Masa : 10:00 Malam (waktu Malaysia)

 KEPUTUSAN AKHIR PERLAWANAN

YEMEN  1  -  2  MALAYSIA
Malaysia kad merah - minit 10 (Amiridzwan Taj Tajudin)
Malaysia gol - minit 16 (Amri Yahyah)
Yemen gol - minit 59
Malaysia gol - minit 77 (Ahmad Fakri Saarani)

 Gol pertama dari Amri Yahyah


 Gol kedua dari Fakri Saarani



*Komen :
-Khairul Fahmi dapat mengagak dengan tepat arah sepakan penalti dari pemain Yemen
-Amri Yahyah masih releven untuk "Harimau Malaya"
-Ahmad Fakri Saarani membalas kepercayaan Dato' Ong Kim Swee dengan menjaringkan gol

Aksi akrobatik orang tua dan basikal tua




Seorang yang sudah mencapai tahap "datuk" dilihat dari susuk tubuhnya masih sihat dan bertenaga, menunggang basikal tua di jalan raya dengan aksi yang agak berbahaya malah kelihatan lucu juga.

Itulah yang terjadi seperti paparan video (di bawah), yang menunjukkan aksi lagak ngeri a.k.a lawak ngeri di jalan raya dengan basikal tua. Kemungkinan semasa mudanya beliau tidak berkesempatan untuk menjadi "rempit jalanan", maka di masa sudah tua hajat itu tetap dilaksanakan walaupun hanya dengan berbasikal tua.

Berdasarkan perkataan di papan tanda tepi jalan, menunjukkan rakaman video ini dibuat oleh seseorang di negara Indonesia, namun tidak dapat diketahui maklumat lanjut mengenai individu yang terlibat serta nama kawasan berkenaan.


Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api "Torangkek"


Ayam Masak Lemak Cili Api, sodap sampai torangkek... apo yang torengkek tu....?. Koninglah eakau ingat apo..?

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak lemak cili api (untuk 5 ke 6 ketul cincangan ayam)
  • Air 1 cawan
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit dihiris
  • 1 batang serai - dititik sahaja
  • Daging ayam yang siap dibasuh dan ditoskan
  • 1 kotak santan sekurangnya  800ml atau santan perah dari 1 biji kelapa
  • 15-20 biji cili api - ditumbuk lumat (jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan yang anda minat)
  • 1 inci kunyit hidup - ditumbuk juga bersama cili api
  • 1 keping asam gelugor (pilihan tambahan)

Cara Penyediaan :

1.Panaskan kuali dengan api yang paling kecil. Masukkan ayam dalam kuali panas (tak perlu minyak). Tujuannya ialah agar air yang terkandung pada ayam tu keluar bagi mengelakkan kuah lemak terasa hanyir. 

2.Masukkan sekali cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam. Gaul dan panaskan sebentar. Kemudian angkat daging ayam bersama cili dan serai, kemudian ketepikan sementara waktu.

3. Panaskan santan sahaja dalam periuk dengan api kecil hingga santan menggelegak.

4. Kemudian masukkan ayam yang telah digaul bersama cili padi, kunyit dan serai tadi ke dalam santan dengan api yang kecil. Masukkan air ikut keperluan. Teruskan mengacau agar santan tidak pecah minyak. 

5. Masukkan garam secukup rasa.

6. Sebagai pilihan, masukkan asam keping untuk mendapatkan rasa masam-masam. 

7. Jika dilihat ayam sudah empuk, tutup api. Masakkan sudah boleh dihidang.

**Komen :

-Hasil akan berbeza mengikut kualiti bahan mentah yang disediakan juga faktor "air tangan" asming-masing.

-Paling penting masak dengan dimulakan doa pada setiap peringkat dan dengan perasaan ikhlas. Inilah faktor yang paling ampuh untuk penghasilan makanan yang sedap sehingga menjilat pinggan.

-Kalau ada bakat, boleh saja ubahsuai ikut "rasa" masing-masing

Mengapa Perlu Akaun Paypal?


PayPal Inc. adalah syarikat dalam rangkaian yang menyediakan perkhidmatan pemindahan wang melalui elektronik, menggantikan kaedah lama yang masih menggunakan kertas, seperti cek dan wang pos. PayPal juga menyediakan perkhidmatan untuk para pemilik laman web e-dagang, lelongan, dan jenis usaha lain. Markas syarikat ini terletak di San Jose, California, Amerika Syarikat.

PayPal adalah cara kegemaran Malaysia untuk membayar secara online. Ia adalah satu cara yang lebih cepat, mudah dan selamat untuk membuat dan menerima bayaran online dan pada telefon bimbit anda. PayPal adalah sistem pembayaran online yang membolehkan anda menghantar atau menerima duit dalam bentuk digital. 

Dengan akaun PayPal anda sendiri, anda boleh menerima bayaran daripada pemegang akaun PayPal lain dengan cepat dan mudah. Malah, anda juga boleh menerima bayaran dari kad kredit. Sudah ada banyak peniaga dalam talian menerima pembayaran PayPal. 

PayPal adalah cara yang lebih selamat, lebih mudah untuk membayar dan mendapatkan talian dibayar. Perkhidmatan yang membolehkan sesiapa sahaja untuk membayar dalam apa jua cara yang mereka suka, termasuk melalui kad kredit, akaun bank, PayPal Smart Connect atau baki akaun, tanpa berkongsi maklumat kewangan.

PayPal dengan pantas telah menjadi sebuah pemimpin global dalam penyelesaian pembayaran dalam talian dengan lebih daripada 23000 juta akaun di seluruh dunia. Terdapat di pasaran 190 dan 24 mata wang di seluruh dunia, PayPal membolehkan e-dagang global dengan membuat bayaran mungkin di seluruh lokasi, mata wang yang berbeza, dan bahasa.

PayPal telah menerima lebih daripada 20 anugerah untuk kecemerlangan dari industri Internet dan komuniti perniagaan yang baru-baru ini Anugerah 2006 Webby untuk Perkhidmatan Tapak Terbaik Kewangan dan Anugerah Suara Orang Webby 2006 bagi Perkhidmatan Tapak Terbaik Kewangan.

Terletak di San Jose, California, PayPal telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan telah dibeli oleh eBay pada tahun 2002. Januari 2011, PayPal membuka pusat sokongan pelanggan kedua di rantau Asia Pasifik (yang pertama di Shanghai, China). Kemudahan baru di Malaysia menawarkan perkhidmatan dan sokongan untuk pelanggan di seluruh Asia Tenggara, serta menyediakan sokongan operasi untuk perkhidmatan pembayaran global PayPal.

Ringkasan sebab kenapa anda perlu daftar akaun e-dagang pada Paypal :

-Matawang Malaysia (MYR) telah disokong oleh Paypal. Bermaksud, anda boleh meletak harga dalam Ringgit Malaysia melalui sistem Paypal.

-Banyak perisian atau sistem Online yang menyokong Paypal. Contohnya seperti aplikasi Shopping Cart, Membership Site dan Sistem Affiliate.

-Banyak program buat duit yang melakukan bayaran melalui Paypal.

-Mudah digunakan kerana ia tidak terlalu teknikal.
   
-Membuka akaun di Paypal.com adalah PERCUMA. Ya, percuma sahaja. Tiada "setup fee" dan tiada yuran tahunan. Akaun anda hanya dicaj apabila menerima bayaran sahaja dan apabila memindahkan wang dari Paypal ke kad debit atau ke akaun bank.

-Cara ia berfungsi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

-Kemudahan memindah wang dari akaun Paypal terus ke mana-mana kad debit VISA atau ke akaun simpanan anda di bank yang terpilih. Pendek kata, Paypal telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia! (lihat keratan akhbar oleh Utusan di bawah).

-Boleh membeli belah di Internet. Kebanyakan laman web jualan di Internet menyediakan kemudahan pembayaran melalui Paypal.

-Kepercayaan dan keselamatan yang sedia ada. Paypal dikenali oleh kebanyakan pembeli di Internet. Jadi mereka tidak bimbang membeli melalui Paypal.
   
-Rekod transaksi yang lengkap. Rekod jual beli (duit masuk dan keluar) amat penting kepada hala tuju perniagaan anda.
   
-Boleh membeli nama domain dan hosting yang 'murah-murah' dari luar negara!
   
-Jika anda menjual di Ebay.com, mudah.my dan banyak lagi website lain, mereka menyediakan fungsi penerimaan bayaran melalui Paypal.

-Mampu untuk menerima bayaran melalui kad debit atau kad kredit daripada pembeli dari seluruh dunia. Bisnes anda akan pergi lebih jauh dan global. Dikatakan kadar penggunaan kad debit terus meningkat (lihat keratan berita oleh Harian Metro di bawah).

Gambar bumi waktu malam dari angkasa lepas


Angkasa lepas, atau lebih ringkas angkasa, merujuk kepada ruangan yang secara relatifnya kosong di dalam alam semesta yakni berada di luar dari atmosfera sesuatu objek astronomi. Angkasa lepas digunakan untuk membezakannya dengan ruang udara (dan kawasan-kawasan daratan) kerana angkasa merujuk kepada langit. 

Berlawanan dengan pemahaman popular, angkasa lepas sebenarnya tidak kosong (iaitu hampagas sepenuhnya) tetapi mengandungi zarah-zarah dalam ketumpatan yang rendah, majoriti plasma hidrogen, serta sinaran elektromagnet. Angkasa lepas dikatakan turut mengandungi jirim gelap dan tenaga gelap, namun kenyataan ini cumalah bersifat hipotesis.

Bumi merupakan planet ketiga daripada matahari. Menjadi rumah kepada jutaan spesies termasuklah manusia, setakat ini bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun lalu. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun atau lebih. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

Berikut adalah sebahagian gambar keadaan rupa bahagian bumi dari luar angkasa lepas yang diambil oleh satelit peninjau NASA iaitu badan kerajaan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab kepada program angkasa lepas :

Eropah, Afrika,dan Timur Tengah

Asia dan Australia

 Britain dan Ireland

Bandar New York

Pantai Atlantic

United States, Mexico dan Canada

Semenanjung Korea


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan