Iklan kreatif : Lemon Lemon Lemon

 

Salah satu fungsi iklan atau pengiklanan adalah sebagai pemberitahuan mengenai adanya sesuatu produk jenama tertentu kepada masyarakat yang disasarkan di dalam sesuatu negara dan tempat. Ia "mendidik" bakal pelanggan tentang pelbagai ciri dan manfaat jenama keluaran mereka, dengan harapan agar peratusan bakal pelanggan itu akan membeli barangan itu meningkat.
 
Berikut adalah salah satu contoh video iklan kreatif minuman berperisa Lemon.  Ia sangat tepat untuk menggambarkan betapa jenama mereka sangat sesuai dan dapat menghilangkan dahaga orang yang meminumnya. 





Selain itu pihak syarikat pengeluar juga memasukkan unsur-unsur kelakar bagi menarik minat penonton melihat iklan mereka dengan lebih lama seterusnya menukarkan penonton menjadi pembeli.

Untungnya berniaga semasa Perhimpunan Aman "TURUN"


Kehadiran hampir 50 ribu rakyat berhimpun secara aman di Dataran Merdeka. Himpunan Turun juga diakhiri dengan lagu "Negaraku" sebaik saja menjelang tahun 2014, sebagai simbolik bahawa rakyat Malaysia benar-benar cintakan Negara, sekaligus menafikan himpunan ini adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Banyak fitnah yang direka dan dilontarkan kepada rakyat sah Malaysia yang datang berhimpun di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru yang lalu.  Antara cerita yang ditomahkan ialah ia merupakan himpunan gulingkan kerajaan, ada bahan-bahan bahaya yang disyaki dibawa oleh peserta perhimpunan, keganasan berlaku, peserta perhimpunan meraba-raba perempuan, peserta perhimpunan membaling objek ke pentas hiburan yang kosnya dikatakan sebanyak 15 juta ringgit dan lain-lain lagi yang tidak ketahuan tuduhannya.

Ada juga yang mengatakan bahawa kononnya peniaga takut untuk berniaga kerana kuatir barang yang diniagakan akan rosak akibat rusuhan yang akan dilakukan oleh peserta perhimpunan.  Sedangkan yang datang itu adalah berhimpun untuk membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan dan bantahan itu pula adalah secara aman dengan membawa sepanduk dan kertas yang tertulis luahan perasaan rakyat negara jiwa merdeka yang semakin lama semakin dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi.


 

 
Untungnya sesiapa yang berniaga pada malam itu dan tidak terpengaruh dengan tuduhan yang berniat jahat terhadap peserta perhimpunan

 
Luahan perasaan rakyat biasa

Dikhabarkan ramai juga warga negara asing yang berkunjung ke "pesta hiburan" yang dianjurkan namun mengapa tidak diambil peluang berkenaan untuk memeriksa dokumen pengenalan diri mereka.  Manalah tahu kalau-kalau ada yang tidak sah dan palsu.

Seperti yang diujarkan oleh Presaiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), “Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata,”. Tambahnya, tujuan himpunan adalah untuk memberi isyarat kepada kerajaan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang bukannya mengguling kerajaan.

“Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah (pemberontak) namanya di dalam Islam,” katanya.

Beliau menambah, dalam keadaan negara yang menangung hutang yang banyak, pembaziran terus berlaku, adakah "rakyat yang lain" tidak nampak perkara ini.

“Adakah itu tidak zalim? Peruntukan untuk konsert di dataran merdeka sebanyak 15 juta, adakah mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru?"

 
Konsep mereka ialah "duduk bantah", tiada sebarang rusuhan atau keganasa. Yang ada hanyalah provokasi pihak luar yang menyamar

Permintaan dari rakyat yang sekian lama memerhati perkembangan terkini negara

Ekonomi merundum atas sebab keborosan berbelanja sumber ekonomi negara


**Komen :

-rasuah, ketirisan ekonomi, ketamakkan, kepentingan golongan tertentu sahaja yang dijaga, ketidakcekapan pengurusan aset serta sumber alam negara adalah penyebab utama negara muflis dan jatuh kepada tahap inflasi. 

-subsuidi kepada kos bahan mentah dan makanan serta perkhidmatan untuk rakyat bukan penyebab negara jadi miskin atau bankrup.

-kawalan cukai dan perbelanjaan negara yang efisyen iaitu berbelanja berdasarkan keperluan bukan kehendak adalah langkah paling berkesan untuk kawalan prestasi ekonomi negara.

-Singapura merupakan negara asalan Malaysia namun mereka menjadi negara ke tiga paling kaya di dunia sejak tahun 2012 dan 2013. Di mana kedudukan Malaysia yang kaya dengan sumber alam?

Resepi kuih lapis



Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 cawan gula pasir
  • 600ml santan pekat
  • 800ml air
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh esen ros
  • 1 atau lebih pewarna (mengikut citarasa masing-masing)

Cara-cara membuat :

1. Masukkan tepung beras,tepung gandum,gula, garam,santan dan air dalam sebuah mangkuk. Gaul hingga adunan sebati. Tapiskan supaya adunan tidak bergentel.

2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.. untuk contoh resepi ini, menggunakan warna merah dan warna sebahagian lagi ialah warna asal adunan.

3. Panaskan loyang dalam pengukus. Tuangkan dua senduk adunan merah ke dalam loyang yang telah disapu sedikit dengan minyak masak agar adunan senang dikeluarkan nanti. Seeloknya menggunakan lipatan daun pandan semasa menyapu minyak pada loyang atau acuan. Kukus lebih kurang selama 10 minit.

4. Tuangkan pula adunan yang bewarna asal, juga kukus selama 10 minit. Buat berselang-seli hingga adunan habis. Pastikan anda mengelapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula supaya adunan tidak terlalu berair dan lembab.

5. Apabila kuih telah masak,angkat dan sejukkan.

*********^^^^^^^^*********^^^^^^^^*********

*Untuk menekap bentuk pada kuih lapis, gunakan apa sahaja bentuk acuan tetapi hendaklah menyapu sedikit minyak masak pada acuan supaya nanti mudah untuk di keluarkan. Ataupun potong sahaja seperti biasa.

**Resepi sama tetapi adakalanya rasa yang berlainan. Ini kerana atas beberapa faktor iaitu :

- jenis atau jenama tepung yang digunakan.
- jensi santan sama ada santan yang diparut dan diperah dari kelapa atau santan dari dalam kotak yang "ready made".
-"air tangan" adalah berbeza antara satu dengan lain. Istilah air tangan ini dalam fahaman yang mudah ialah bakat dan kemahiran anda membuat sesuatu pekerjaan.



Klik gambar di atas

Jepun Cipta Mesin Seks Maya




Sebuah studio di Tokyo, Jepun baru-baru ini melancarkan apa yang boleh dipanggil mesin seks dan. Teknologi terkini dalam mainan melancap dan permainan realiti maya telah digabungkan ke dalam mesin yang dipanggil "VR tenga". 

Mesin ini yang telah diramalkan oleh penulis-penulis fiksyen sains dan masturbaters kasual selama beberapa dekad.Penggunaan teknologi realiti maya untuk mesin seks mungkin tidak datang sebagai banyak kejutan, akhirnya dan Jepun adalah tempat yang paling sesuai untuk pelancaran item itu untuk pasaran dunia. 

VR tenga sedang dibangunkan untuk Oculus Rift, alat yang dipasang di kepala untuk paparan maya. Dalam simulasi olok-olok , pengguna sedang duduk di atas kerusi malas , melihat pornografi animasi pada alat dengar realiti maya , sementara"tangan" robot membuat pergerakkan tertentu bertujuan untuk memanipulasi zakar pengguna.  

Alat ini mempunyai reka bentuk mekanikal yang hampir menyamai tangan robot yang digunakan oleh kapal angkasa . Berikut adalah video daripada kemunculan sulung di Oculus Permainan Jam di Shibuya , Tokyo. Video ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah orang, tetapi tidak mengandungi kebogelan sebenar. Anda menonton atas risiko anda sendiri.


The Oculus Rift telah digunakan sebagai simulator seks sebelum ini. Permainan dipanggil Custom Maid 3D dibebaskan tampalan supaya pengguna boleh boleh menggunakan alat dengar . Peranti VR belum disediakan kepada pengguna umum lagi, tetapi pemaju kini sedang bekerja dengannya dan ia telah bersedia untuk keluar pada suku ketiga 2014.

Banyak soalan tentang VR tenga seperti: Bolehkah orang cacat mendapat manfaat daripadanya? Adakah terdapat versi perempuan? Adakah terdapat versi homoseksual? Adakah ia selamat? Mengapa ia mempunyai begitu banyak bahagian yang bergerak ? Bolehkah penggodam mendapatkan kawalan dari jauh ?

Masih terlalu awal untuk mengatakan apa jenis implikasi pelancaran mesin seks maya akan ada pada anak-anak muda Jepun, atau sama ada pada masa depan umat manusia secara keseluruhannya akan menjadi tidak menentu.


Komen :

*Jepun merupakan sebuah negara maju. Banyak teknologi canggihnya mengatasi pencapaian ciptaan di negara Amerika Syarikat, namun kadang kalanya mereka menyalahgunakan kemahiran yang mereka ada dengan mencipta alat yang bukan-bukan.

Perkara yang DILARANG KERAS semasa himpunan 31 Disember 2013


Perkara yang dilarang keras semasa perhimpunan  31 Disember 2013, di Dataran Merdeka :

  1. Bendera Parti Politik
  2. Ceramah oleh ahli politik
  3. Senjata
  4. Alatan tajam

Manakala perkara yang wajib dibawa dan dipakai semasa perhimpunan berkenaan ialah :

  1. Pakaian hitam
  2. Bendera Malaysia
  3. Semangat membara

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan