Buah Binjai : ramai juga yang tak tahu


Mengikut pengalaman saya semasa di Karnival Jualan Buah-buahan Tempatan : "Jom Makan Buah" (6 - 10 Disember 2013) di Presint 2 Putrajaya yang diadakan di Laman 1 Malaysia anjuran FAMA, ramai juga yang tidak mengenali akan buah yang dianggap sebagai buah-buahan tradisional iaitu buah binjai.  Bukan hanya kanak-kanak dan remaja yang tidak mengenali buah ini, orang dewasa pun ada juga yang mengakui bahawa tidak pernah tahu akan buah binjai.

Teringat semasa sama masih tinggal di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka, semasa zaman kanak-kanak. Ada sepokok Binjai tumbuh di tepi pagar rumah. Sebelah rumah tu ialah tanah kosong milik jiran sekampung, yang juga merupakan "bau-bau bacang" dengan keluarga saya (buah juga tu). Bila musimnya berbuah, selalu dapat merasa apabila jiran tu beri.

Untuk pengetahuan semua, nama saintifik Binjai ialah Mangifera caesia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga "Anacardiaceae". Binjai tergolong dalam jenis yang sama dengan mangga dan ada ditanam di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Papua New Guinea, Kerala dan Filipina. Pokok Binjai dapat membesar sehingga 30 m (100 ft) tinggi. 

Bunganya berwarna ungu atau merah jambu, 0.7 cm panjang dengan lima sepal. Buahnya besar, boleh dimakan dan berbentuk elips (bulat bujur) 10-15 cm (4-6 in) panjang dan 6-8 cm (2-3 in) lebar. Kulit buahnya nipis dan berwarna perang dengan tompok gelap, dan isinya putih kekuningan, lembut, dan berbau kuat dengan rasa masam manis atau masam.

 

Binjai terutama ditanam untuk buahnya, yang biasa dimakan segar setelah buah itu masak atau disejukkan dengan ais. Binjai juga digunakan sebagai campuran sambal, terutama untuk masakan ikan sungai. Bijinya kadang-kadang dikeringkan dan dijadikan sebagai lauk yang dimakan bersama nasi.


Kayu binjai dapat digunakan sebagai papan untuk pembinaan lantai dan bahan sokongan untuk kerja-kerja ringan pembinaan bangunan. Buahnya yang sudah matang boleh dimakan dalam keadaan segar dengan dikupas terlebih dahulu kulitnya. Setelah itu, pucuk daunnya yang masih muda boleh dimakan sebagai ulam.


**Maklumat tambahan :
-Binjai juga merupakan nama sebuah kota di utara Sumatra, Indonesia.

Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 3


Ini adalah artikel bersiri, sambungan dari artikel yang bertajuk "Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 2".  Pada artikel kali ini saya memaparkan pula lagu yang bertajuk "Usang - Rahim Maarof", "Sungguh Tak Ku Sangka - X-Ray" dan "Kasih Tak Terhurai - Sheqal".

 *-*-*-*-*

Usang - Rahim Maarof

Helaian daunan
Yang gugur dari pohon
Mengingatkan daku
Saat dikau berlalu
Sesepi tangkaimu
Begitulah hatiku
Terasing sendiri
Meniti hari

Sejauh manakah
Terdaya ku meredah
Melepaskan diri
Dari belenggu ini
Dipanggang dibakar
Ia tidakkan pudar
Seraut wajahmu ku rindu

( korus )

Memori yang usang
Bagai bara merah
Ku rasa hangat bahang
Yang menujah (menyala)
Memori yang usang
Mengekori langkah
Diusir dibuang tak terpadam

( solo )

( ulang korus )

Sayangnya hatimu
Sepejal tembok batu
Tak bisa dirayu
Dengan airmata ku
Terbuku di hati
Dengan kedegilanmu
Tak daya ku tawan semula

Video Youtube :



Sungguh Tak Ku Sangka - X-Ray

 ( 1 )
Cinta itu sungguh indah bagi yang tahu menilai
Tapi sayangnya engkau tidak tahu menghargainya
Kau hanya pandai mengucapkan cinta dan mempermainkannya

Cinta itu sungguh murni bagi insan yang mengerti
Tapi sayangnya mengapa engkau mempersiakannya
Sedangkan aku sanggup bersusah payah bersama dirimu

Hatimu tak seindah cinta yang wangi berseri
Lain di bibir lain pula di hatimu
Pandai kau bermain kata sewaktu mula bercinta
Hingga aku menelan cintamu

( 2 )
Sungguh tak ku sangka dalam diam-diam
Kau jalinkan hubungan dengan si dia
Tidak perlu lagi kau jelaskan padaku
Kerana aku dah mengerti

( 3 )
Oh sayu pilu rasa di hati ku di saat ini
Biarkan aku mengheret cintaku ke alam yang lain

( ♪ ♪ ♪ )

( ulang 2, 3, 1 )

Video Youtube :  




Kasih Tak Terhurai - Sheqal
Kau temui jalanmu
Apakah kau pasti
Itu yang kau cari
Aku tak menyalahkan
Bahkan merelakan
Takdir itu takdir

Namun ke mana
Dan bagaimana
Ku bawa cintaku

Pedih yang menampar
Menambahkan luka
Pada ku yang terlalu menyintaimu..

Gemersik menikam
Tersayat sembilu
Apakah ini kan berakhir

Namun tangisanmu yang
Telah kau titiskan
Waktu perpisahan
Memberikan ku tanda
Satu keraguan
Kian bergelora

Namun siapakah
Bisa huraikan
Pertanyaan ini

Hanyalah dirimu
Yang menyimpan rahsia
Jawapan pasti yang ku nantikan..

Ku tetap menanti
Saat kau kembali
Ke asalmu, pangkuanku

 Video Youtube :

Tanda Awal Kanser Tetek

Kanser payudara atau bahasa kampungnya disebut tetek sememangnya sinonim dengan kaum wanita dan ia merupakan jenis kanser yang paling banyak meragut nyawa kaum wanita. Walaubagaimanapun, kanser payudara ini bukan sahaja boleh dihidapi oleh kaum wanita, malahan kaum lelaki juga berisiko menjadi penghidap kanser.

Jadi adalah penting untuk setiap orang mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang kanser dan dapat memeriksa dan meneliti setiap tanda-tanda kanser payudara.

Justeru, disini saya senaraikan tanda-tanda umum kanser payudara.

Simptom-simptom barah payudara adalah seperti berikut

1. Terdapat ketulan pada payudara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3.
Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil.
 
4. 
Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting buah dada.

Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat.

Jika terdapat perubahan pada payudara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang seperlunya.

Resepi Bubur Talbina (Barli)


Diriwayatkan daripada Aisyah isteri Nabi r.a katanya: “Apabila ada keluarganya yang meninggal dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali keluarga dan orang-orang tertentu, beliau menyuruh untuk memasak seperiuk bubur Talbinah (bubur tepung), kemudian dibuat pula Tharid (sejenis makanan yang diperbuat dari campuran roti dan daging), lalu disiram dengan bubur Talbinah tersebut, kemudian beliau berkata: Makanlah! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bubur Talbinah itu boleh menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian dari kesedihan.” (Diriwayatkan oleh Muslin dan Bukhairi)

Bubur Talbinah sebenarnya adalah bubur barli. Biji barli yang dimaksudkan ialah bukan biji barli mutiara yang seperti kita buat air barli tetapi biji barli yang masih belum dikisar. Masih fibernya melekat pada beras barli itu. 

Biasanya bubur ini diperbuat daripada biji barli yang ditepungkan dan tepung itu dimasak dengan air atau susu dan madu tetapi Ibn al-Qayim menerangkan “talbina” sebagai sup yang dicampur dengan yogurt.


Cara Penyediaan :

1. Ambil dua sudu besar tepung Barli dan masukan ke dalam bekas 1 1/2 cawan air atau susu 
2. Masak 10-15 minit dengan api yang sederhana. Bila buburnya masak, maniskan dengan satu sudu besar madu lebah asli.

Sedikit penerangan mengenai barli :
Barli atau nama botaninya "Hordeum Vulgarie" dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadiikan sebagai makanan haiwan ternakan.



Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tinnginya kira-kira satu meter. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. 

Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini dan merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Doa semasa hujan berterusan dan banjir


Sejak akhir- akhir ini, bencana alam sering berlaku di dunia ini termasuklah yang menimpa di negara kita Malaysia. Bencana alam seperti banjir merupakan sebahagian daripada sunnah alam atau sunnah Allah yang menciptakannya. Ia dijadikan sebagai pengimbang kepada kehidupan dan kemusnahan.

Namun kebanyakkan bencana ini merupakan hasil dari kerosakkan tangan-tangan manusia yang rakus mengejar kekayaan duniawi seperti penebangan pokok-pokok tanpa kawalan dan pemuliharaan kawasan, yang selama ini menjadi penebat dan pemegang air dan tanah.

Biar apa pun tafsiran di sebalik bencana alam, namun dalam Islam ia adalah nyata sebagai satu bala yang menimpa manusia sebagai ujian terhadap tahap keimanan dan kesabaran atau sebagai kifarat dosa yang mengangkat darjat para Mukmin. Namun, yang paling utama, hikmahnya ialah bahawa ia adalah amaran Allah tentang bagaimana kejahatan manusia sudah mencecah tahap kemuncaknya. 

Kemarahan ini dihamburkan oleh Allah menerusi bencana alam yang menimpa alam ini. Segala tafsiran saintifik berhubung kejadian ini tidaklah bertentangan kerana Allah telah pun menyediakan fenomena alam sesuai dengan kehendakNya. Sebagai umat Islam, wajib kita muhasabah addin untuk kembali kepada Allah dengan azam dan tekad yang lebih kuat. Itulah satu-satunya jalan penyelamat daripada kemurkaan.

Di bawah ini adalah doa dari surah Hud, ayat 44 yang dibaca ketika hujan sedang turun dengan lebat dan berterusan. Ia dibaca dengan niat agar dielakkan dari berlakunya banjir


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan