Syed Mokhtar AlBukhary : Jutawan ke 526 dunia


Syed Mokhtar Albukhary merupakan antara hartawan yang terkenal di Malaysia. Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia ini. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara.

Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik,perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa.

Syed Mokhtar telah mengambil peluang terhadap polisi Dasar Ekonomi Baru yang memberi ruang kepada usahawan Bumiputera. Beliau enggan mengguna pendekatan "Ali Baba", melibatkan perniagaan dengan usahawan Cina berjaya yang hanya akan meletakkan beliau sebagai pelabur pasif dan sekadar makan hasil tanpa berusaha.

Sebaliknya, beliau berusaha mempelajari selok-belok dan terlibat sepenuhnya dalam perniagaan yang dimilikinya. Ini menjadikan beliau lebih tabah menghadapi cabaran dan sekaligus muncul antara nama terbesar dalam landskap korporat Malaysia masa kini.

Beliau merupakan antara ikon terbaik bagi umat Islam di Malaysia khususnya dan secara amnya di dunia yang bangkit dari belenggu kemiskinan ke suatu tahap memperolehi kehidupan yang sejahtera.  Walaupun beliau kini sudah bergelar jutawan, namun beliau masih merendah diri dan berbakti kepada masyarakat melalui penubuhan Yayasan Al Bukhary.  Malah semasa awal penglibatan beliau dalam dunia keusahawanan, beliau sentiasa bersedekah dan membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Semasa artikel ini ditaip, jumlah kekayaan Syed Mokhtar Albukhary mengikut ranking dunia adalah berada pada kedudukan ke 526 dan berada pada kedudukan ke tujuh di Malaysia (mengikut senarai yang disediakan oleh Forbes).

Dibuka untuk tempahan : Mafla Melaka edisi kedua



Bola sepak negeri Melaka, walaupun pasukan utamanya iaitu Melaka FA masih lagi akan beraksi dalam Liga FAM untuk tahun 2014, masih lagi mempunyai penyokong 'tegar' (kadang-kadang tegang jugak). Bagi yang 'buta sukan', Liga FAM adalah sebuah liga yang dianggap berada di tahap ketiga terbawah di Malaysia.  Liga nombor dua adalah Liga Perdana dan liga nombor satu adalah Liga Super.

Kebanyakkan penyokong ini adalah terdiri dari kumpulan di Facebook iaitu Penyokong Bolasepak Melaka dan Ultras Taming Sari.  Selebihnya adalah saki baki penyokong terdahulu semasa zaman prestasi bola sepak Melaka berada di tahap terbaik.

Kini melalui Penyokong Bolasepak Melaka, pelbagai barangan seperti jersi, pelekat dan mafla yang berkaitan dengan bola sepak negeri Melaka telah dibuat dan dijual.  Lebih membanggakan, ianya dikatakan laris!.  Malah ada barangan yang telah dibuat dan ditambah lagi pengeluarannya.

Kali ini, pihak berkenaan telah mengeluarkan Mafla Melaka edisi kedua dengan harga promosi RM35.00.  Untuk maklumat pembelian, sila rujuk di bawah atau lawati laman facebook Penyokong Bolasepak Melaka :

Cara untuk tempahan.
BACA KETERANGAN GAMBAR DENGAN BETUL!

Mafla Melaka 2nd Edition Dibuka Untuk Tempahan.
Harga: RM 35 (tambah RM5 jika ingin pos )

Untuk tempah sila msg inbox fb/ whatsapp details berikut:

aznor : 013-6363067 (whatsapp)
aznor : http://www.facebook.com/aznorashiq

Bayar ke :
CIMB : Mohammad Aznorashiq Bidin (04060101312521 )

Nama:
Kuantiti:
No Telefon:
Alamat (bagi hantaran pos):
Lokasi & masa bankin:

TARIKH TUTUP TEMPAHAN - 31 Ogos 2013 (Sabtu)

*Konsep "Order dan payment first"
* Barangan dijangka diedarkan 2 BULAN (anggaran sahaja) selepas tarikh tutup tempahan (segala perubahan akan diumumkan melalui laman FB ini)

UnderTaker (WWE) tahu menghormati ulama


World Wrestling Entertainment, Inc. (WWE) adalah sebuah syarikat awam di Amerika Syarikat, syarikat hiburan dikawal oleh pihak  persendirian yang menjurus kepada bidang hiburan terutamanya dalam gusti profesional, dengan sumber-sumber pendapatan utama juga datang dari filem, muzik, pelesenan produk, dan produk jualan langsung. Diasaskan oleh Jess McMahon dan Toots Mondt pada tahun 1952, ia kini merupakan promosi gusti profesional terbesar di dunia, mencapai 13 juta penonton di Amerika Syarikat dan penyiaran menunjukkan kepada lebih daripada 145 buah negara.

Manakala Ulama (علماء, ditransliterasikan sebagai ‘Ulamā’) ialah seorang wakil atau pemimpin agama yang bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam baik dalam masalah-masalah agama mahupun masalah sehari-hari yang diperlukan baik dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan.

Ulama berasal dari perkataan alim yang bermaksud ilmuan islam atau seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal ehwal agama dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Seorang yang alim juga dilihat dari sudut pakaian dan kehidupan luarannya. Seorang ustaz atau tok guru selalu dilabel sebagai alim kerana mereka memiliki ilmu ukhrawi berbanding ilmu duniawi. Mufti, qadi, faqih dan muhaddith adalah contoh ulama.

Namun dikala negara kita sudah lama merdeka, yang kononnya bebas dari penjajah, ada pihak yang tidak tahu dan buat-buat tak tahu cara menghormati golongan agama. Ada yang sanggup menghina ulama dengan pelbagai tuduhan dan cerita yang menjatuhkan maruah golongan berkenaan, malah ada yang lebih berani dengan menghina Nabi dan hukum Allah SWT seperti kata-kata "dulu orang bela janggut dan tak cukur sebab tak ada Gillette" serta "jika hudud dilaksanakan, maka akan ramai rakyat Malaysia yang kudung". Ia bukanlah diucapkan oleh pemimpin pihak pemerintah yang kafir (cina,india atau lain-lain bangsa yang bukan beragama Islam), tetapi mereka yang dilihat sebagai Melayu dan Islam sendiri.

Mereka telah terpengaruh dengan "ajaran tuan penjajah" mereka bahawa agama mesti dipisahkan dari urusan dunia (urusan pentadbiran / politik). Mungkin sebab ini jugalah yang menyaksikan negara Malaysia yang sudah lebih dari 50 tahun merdeka tetapi tidak ada usaha ke arah menyerapkan sepenuhnya undang-undang Hudud ke dalam perlembagaan negara, walaupun kononnya lagi negara ini diiktiraf sebagai negara Islam.

Berbeza pula yang dipertonjolkan oleh penggusti profesional iaitu terkenal dengan gelaran "UnderTaker" atau nama sebenarnya "Mark William Calaway", dilahirkan pada 24 Mac 1965. Melalui akaun laman facebook, beliau ada berkongsikan gambar yang pada saya sangat menarik perhatian, yang diambil pada 31 Julai 2004 (seperti yang tertera pada gambar).

Kelihatan beliau berada di dalam kapal terbang berjabat tangan dan memberi tanda hormat kepada seseorang yang dilihat dan dipercayai sebagai seorang ulama atau paling tidakpun boleh dipanggil sebagai orang alim. 'Orang alim' berkenaan turut ditemani dua orang sahabatnya. (jika ada maklumat terkini mengenai gambar ini, saya akan mengemaskinikannya).

Lapan nasihat utama untuk usahawan baru


Setelah enam tahun syarikat saya wujud (ICT Niaga Enterprise) sejak 7 Julai 2007, telah banyak jenis-jenis perniagaan yang telah saya perhatikan... Dan pandangan serta nasihat saya untuk mereka yang nak mula berniaga :

-Jangan letakkan wang sebagai 'modal utama' untuk memulakan perniagaan. Jadikan pengetahuan dan kemahiran anda sebagai modal terbesar dalam perniagaan itu.

-Tidak mencampurkan urusniaga berunsurkan halal dan haram. Sebagai seorang Islam, pilihlah yang halal sahaja!

-Biar bermula kecil asalkan berhasil, dari bermula besar, tapi akhirnya bubar. Eloklah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah, tanpa menyewa premis. Cari cara untuk kurangkan kos "start up" perniagaan.

-Rajin membaca buku-buku berkaitan perniagaan. Dapatkan pengalaman serta ilmu untuk kuasai jenis perniagaan yang ingin diceburi

-Tidak terpengaruh dan terlalu ghairah dengan peluang perniagaan yang diperkenalkan oleh seseorang kepada anda. Biasanya usahawan atau peniaga baru terperangkap dan terpedaya dengan jumlah pendapatan yang lumayan, yang ditawarkan oleh peluang berkenaan.  Ingat, mereka hanya menawarkan peluang bukan janji yang pasti. Dengan peluang perniagaan yang meragukan, berselindung disebalik 'seminar' yang diadakan, anda juga "sangat berpeluang" untuk kerugian wang dan masa. Duit tidak datang dengan semudah yang mereka kata.

-Tidak terpedaya dengan kata-kata manis pegawai dari agensi tertentu yang menawarkan bantuan kepada usahawan-usahawan baru setelah anda berkursus / berseminar dengan agensi mereka.

-Tidak membina syarikat atau perniagaan atas dasar 'cuba-cuba'. Binalah perniagaan atas faktor minat dan kemahiran anda. Dengan cara ini ia dapat memanjangkan hayat anda dalam dunia perniagaan.

-Paling utama menunaikan kewajiban anda sebagai orang Islam. Beristiqamah setelah anda melakukan yang terbaik untuk memulakan perniagaan anda.

Rakaman Konsert Aidilfitri di Pasar Tani



Pada ketika artikel ini dibuat, sedang berlangsung rakaman "Konsert Aidilfitri Mempesonakan Di Hati Melakafm & TVi 180" di Pasar Tani UTC Melaka.  Rakaman dilewatkan dari jadual asal dan bermula pada pukul 9.00 malam bagi menghormati azan solat Isyak.

Antara artis yang bersama memeriahkan rakaman ini ialah Azlina Aziz, Rahimah Rahim, Wann, Alif Satar, Tasha Manshah, Syed Shamim, Dj2 Melekafm, Pengacara TVi, Artis Residen Melakafm dan Bintang Melakafm.

 
 Suasana ketika rakaman sedang berlangsung di Pasar Tani UTC Melaka


 
Gimik "mengacau dodol" yang disempurnakan oleh tetamu VIP

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan