Adab laki ketika bini mengandung


Alam perkahwinan adalah alam yang sangat membahagiakan bagi pasangan yang berkahwin dengan niat yang suci. Perkahwinan adalah melibatkan perkongsian dalam kehidupan seharian seperti makan minum, perasaan, tempat tinggal hatta tempat tidur dan bilik mandi.

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. 

Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

1.Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2.Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3.Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4.Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.

5.Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

6. Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri.


**rujukkan dari ceramah Ustaz Azhar Idrus

Bola Sepak Liga FAM : Melaka FA - PB Melayu Kedah (9 Jun 2013)



Sudah lama pasukan bola sepak Melaka tidak "mencetak" kejayaan di atas pentas liga bola sepak negara kita ini. Saban tahun prestasi merudum dan suram. Pelbagai usaha yang dibuat dilihat kurang meyakinkan dan tidak berjaya untuk menarik semula "anak Melaka" untuk kembali bermain semula di dalam pasukan ini.

Pelbagai spekulasi yang muncul dalam persatuan yang menguruskan pembangunan bola sepak negeri Melaka menyebabkan sebahagian besar peminat "menjauhkan" diri dari mengambil tahu perkembangan bol sepak Melaka. Apatah lagi sebelum ini ada kemungkinan individu yang dilantik untuk menjadi peneraju bola sepak negeri Melaka bukan "kaki bola".

Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, masih ada saki baki peminat dan penyokong bola sepak negeri Melaka setia mengikuti dan memberi galakkan serta sokongan setiap kali ada perlawanan melibatkan Melaka, walaupun prestasi ibarat yoyo.

Kelompok penyekong ini sanggup "menyewa" bas untuk memberi sokongan sekiranya pasukan bola sepak Melaka menghadapi perlawanan di luar negeri Melaka.  Mereka ini masih lagi berdoa dan mengharapkan agar tahun 2013 menjadi tahun kebangkitan bola sepak Melaka sekaligus mensasarkan agar Pasukan Bola Sepak Negeri Melaka dapat menjayakan misi ke Liga Perdana 2014.

Ayuh anak-anak Melaka, datanglah ke Stadium Hang Tuah (Stadium Kubu) pada hari Ahad ini iaitu pada tarikh 9 Jun 2013, bermula jam 4.45 petang. Masuk adalah percuma.


** Kemaskini :  Melaka 3 - 2 PB Melayu Kedah

S Shamsuddin (Pelakon era 1950-an) telah meninggal dunia pada hari ini

 

Pelakon veteran popular filem Melayu era tahun 1950-an (era P.Ramli) dan pelawak S Shamsuddin (84 tahun) telah meninggal dunia di rumahnya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura pada pukul 10.56 pagi hari ini, seperti yang dinyatakan oleh salah seorang anak arwah yang bernama Noredah kepada agensi berita BERNAMA.

Allahyarham terkenal melalui lakonannya trionya bersama P. Ramlee dan Aziz Satar dalam filem-filem seperti Nujum Pak Belalang serta siri filem iaitu Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.

Allahyarham telah berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lim Chu Kang, Singapura. Al-Fatiha untuk arwah dan semoga beliau berada dalam rahmat Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.


 
Babak dalam filem Pendekar Bujang Lapok


 
Isteri arwah (kiri) dan Seniwati Sarimah ketika menemani arwah berehat di hospital

Al Quran Tanah Melayu (Malaysia) dan senapang milik bangsa Melayu dari abad ke 19 dilelong




Sejarah Malaysia (Tanah Melayu) yang dicatatkan dalam buku-buku sejarah kebanyakkan pada hari ini adalah menyimpang dari perihal yang asal. Beberapa bahagian penting dalam sejarah tamadun Tanah Melayu, malah mengenai bangsa Melayu itu sendiri telah digelapkan oleh pihak tertentu bagi mengelakkan kebangkitan semula "bangsa istimewa" ini dalam akhir zaman.

Sewajibnya para pemimpin di negara ini perlu berusaha untuk menggali, mencari dan mengambil semula sejarah kita yang telah lama hilang dari tanah air sendiri.  Daripada membeli kapal selam buruk dengan menghabiskan berjuta ringgit semata-mata diletakkan di tepi pantai untuk dijadikan pameran dan membuat tugu yang tiada apa faedahnya untuk pembangunan bangsa, lebih baik "kita" membeli bahan-bahan sejarah bangsa kita sendiri yang telah bertebaran di pelusuk Eropah dan Amerika serta membuat kajian terhadapnya. 

Ia amat penting untuk akal-akal generasi bangsa Melayu sekarang yang makin lemah dan terasuh dengan acuan budaya penjajah.  Mereka tidaklah menjajah kita (belum lagi setakat masa artikel ini ditulis) secara fizikal tetapi sejak merdeka, mereka sudah menjajah negara kita dengan cara "menguasai" fikiran rakyat di negara ini dalam pelabagi sektor seperti hiburan dan teknologi pembuatan.

Apakah bangsa kita kini sudah malas untuk membuat kajian dan mengambil tahu perihal sejarah sedangkan bangsa lain dari barat terutamanya berketurunan Yahudi berlumba-lumba membuat cari-gali dan kajian terhadap artifak-artifak sejarah yang telah dijumpai sepanjang pencarian mereka. 

Sebagai makluman, generasi kita dimomokkan dengan cerita bahawa orang Melayu dahulu berperang dengan penjajah seperti Portugis dengan bersenjatakan keris dan tombak semata-mata.  Padahal, bangsa Melayu ketika itu sudah mahir membuat ubat bedil, meriam dan senapang.  Malah sejak Portugis merampas senjata api milik orang Melayu, orang Jepun mula mengkaji dan mencuri teknologi orang Melayu dalam penciptaan senjata api (seperti yang diceritakan dalam beberapa laman web lain).

Sehingga ke hari ini (tarikh artikel ditulis), saya dapati ada sebuah laman web yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah membuat lelongan barangan seperti Al Quran dari Malaysia (Tanah Melayu) dan senapang ciptaan / milik bangsa Melayu. Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat laman web berkenaan :

QUR'AN (MALAYSIA, 19TH CENTURY)

A MALAY MATCHLOCK LONG GUN (MALAYSIA, 19TH CENTURY)

HARAM BERKAHWIN WANITA SATU PEJABAT : Benarkah?

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam

Firman Allah S.W.T :

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.' (Yaasin: 36)


Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina.

Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.

Namun apabila tiba pada bab hukum yang berkaitan dengan perkahwinan, maka timbul kata-kata yang mengatakan bahawa "haram berkahwin wanita satu pejabat...." Apakah benar penyataan ini ada dalam ajaran Islam yang sebenar atau ianya adalah ajaran sesat dari kumpulan tertentu? Jika benar haram, apa alasannya sehingga jatuh hukum sebegitu? 

Sebelum pelbagai spekulasi yang menjelma dalam minda anda, sila baca sesi dialog antara dua orang sahabat yang berbicara mengenai topik perkahwinan...



Jamal : Aku nak kawin la Man...

Azman : Dengan budak mana?

Jamal : Satu pejabat...

Azman : Ish mana boleh kawin satu pejabat…haram tu!

Jamal : Eh, kenapa pula haram? Kau ni dah terikut ajaran sesat ke apa?

Azman : Aku pun alim juga la...aku pun ada dengar ceramah di masjid.....

Jamal : Ok, bagitahu aku..sebab apa sampai jadi haram?

Azman : Islam suruh kahwin paling ramai 4 orang je... kalau dah satu pejabat ada 20,30 orang perempuan, itu bukan ke haram namanya....?

Jamal : $#@%^&*\ =.="

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan