Sesuatu yang dinginkan dan hakikat yang dilupakan

Salam sejahtera.....
Keredhaan Allah merupakan nikmat yang paling agung, yang hanya dimiliki oleh insan yang bertaqwa kepada-Nya. Ketaqwaan itu hanya dimiliki oleh insan yang beribadah dan beramal soleh. Sedangkan amal soleh yang memperoleh keberkatan adalah amal soleh yang disertakan dengan ilmu. Jadi ilmu adalah sumber segala kekuatan untuk memperoleh keredhaan Allah.
Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata "Ada dua orang yang mendatangkan bala bencana kepada kita iaitu orang yang berilmu yang tidak menjaga kehormatan dan orang yang bodoh yang kuat beribadah. Orang yang bodoh itu menipu manusia dengan amalnya sedangkan orang yang berilmu itu menipu manusia dengan kelalaiannya."

Dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya sesuai dengan tuntutan Islam maka kita akan memiliki hati yang mulia.  Hati yang mulia dalam erti kata yang sebenar akan meninggalkan dunia yang sia-sia, bersederhana dalam hidup serta bersyukur atas nikmat kurniaan Allah SWT...
"Ketika kita ingin hidup KAYA, kita lupa bahawa HIDUP adalah KEKAYAAN.

Ketika kita takut MEMBERI, kita lupa bahawa semua yang kita miliki adalah PEMBERIAN.

Ketika kita ingin jadi yang TERKUAT, kita lupa bahwa dalam KELEMAHAN... Allah SWT memberi kita KEKUATAN.

Ketika kita takut RUGI, kita lupa bahawa HIDUP KITA adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika kita MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Ada kalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK, tetaplah Berusaha menjadi lebih baik, Kerana semuanya akan menjadi indah bila tiba waktunya
..."

Keputusan bola sepak AFC Cup 25 April 2012 : Terengganu - Song Lam Nghe An (Kumpulan F)

 

Ini merupakan perlawanan ke lima kumpulan F, AFC Cup 2012 antara wakil Malaysia iaitu Terengganu bertemu dengan wakil dari negara Vietnam, Song Lam Nghe An.

KEPUTUSAN AKHIR

TERENGGANU  6  -  2  SONG LAM NGHE AN

Terengganu menjaringkan gol pada minit 6, 12, 34, 37, 72 dan 88.  Manakala Song Lam Nghe An hanya mampu membalas dengan dua jaringan iaitu pada minit ke 28 dan 83.

Resepi Sambal Kering Ikan Bilis



Assalamualaikum...

Ramai yang mengatakan bahawa sambal adalah pembuka selera tak kiralah apa jua jenis sambal.  Jika kena dengan gaya masaknya serta dimakan bersama dengan ulam segar, pasti berpinggan-pinggan nasi ditambah, sangat menyelerakan.

Resepi sambal yang saya kongsi pada hari ini adalah menggunakan ikan bilis.  Ianya adalah satu resepi ringkas dan mudah disediakan, amat sesuai untuk orang bujang ataupun pelajar-pelajar institut pengajian tinggi.  Kemahiran memasak makanan seperti ini penting bukan sahaja untuk orang bujang atau golongan pelajar, malah sebelum seseorang ingin berkahwin.  Paling tidakpun berasaplah juga dapur tu...


Bahan-bahan resepi :

100 gram, kurang atau lebih ikan bilis halus / sederhana (dibasuh dan ditoskan)
10 tangkai cili kering (tambah jika nak pedas - dikisar)
1 labu bawang besar (dipotong membulat)

4 biji bawang merah (dikisar)

4 biji bawang putih (dikisar
)
sedikit air asam jawa (
jumlah mengikut citarasa masing-masing)
garam dan gula (secukup rasa)


Cara penyediaan :

-Sediakan kuali kecil atau sederhana besar. Panaskan 3 atau 4 sudu besar minyak masak dengan api yang sederhana dan goreng ikan bilis sehingga garing dan toskan.

-Tumis bahan-bahan kisar dengan menggunakan minyak lebihan menggoreng ikan bilis tadi sehingga terbit aroma (tumis lebih lama dengan api kecil supaya cili benar-benar masak dan tidak tengit).

-Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kering. Tutupkan api. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan gaul sehingga rata. Biarkan seketika di dalam kuali.

-Sebagai pilihan, boleh juga dicampurkan dengan petai, kacang tanah atau tempe goreng. Nak campurkan semua pun boleh je, asalkan perut masing-masing boleh terima.

-Jika inginkan sambal basah, lebihkan sedikit air suam (bermasak/bertapis) semasa memasukkan air asam jawa.

-Lain sungai lain buaya, lain orang lain cara masaknya.... Harap para pengunjung faham ye...


*p/s : jika cukup bahan di dapur, saya suka memasak sambal udang  :-)

Keputusan bola sepak AFC Cup (Kelantan - Navibank Sai Gon) : 24 April 2012


Perlawanan ini merupakan perlawanan ke lima Kumpulan H antara Kelantan yang bertemu dengan wakil dari negara Vietnam iaitu Navibank Sai Gon di Stadium Thong Nhat.  Perlawanan bermula pada pukul 7.00 malam waktu Malaysia.

Kelantan mula meraih gol dalam separuh masa kedua.  Gol pertama dijaringkan pada minit ke 80 oleh Indra Putra Mahyuddin melalui sepakan percuma. Gandingan Mohammed Ghaddar dan Nurshahrul Idlan Talaha yang dimasukan pada separuh masa kedua perlawanan memperlihatkan hasil yang baik. Mohammed Ghaddar dengan lincah "membelah" pertahanan Navibank Sai Gon di sebelah kanan gawang gol setelah mendapat bola dari hantaran Nurshahrul Idlan Talaha dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke 83, sekaligus gol kedua dan kemenangan untuk negeri Kelantan.

Keputusan perlawanan lain dalam Kumpulan H ini ialah antara Ayeyawady yang mewakili negara Myanmar dan Arema mewakili negara Indonesia.  Arema berjaya mencapai kemenangan pertama dalam peringkat kumpulan ini, menewaskan lawan dengan jaring 3 berbalas 0.

 KEPUTUSAN AKHIR

NAVIBANK SAI GON  1   -   2  KELANTAN

Destinasi Pelancongan : Pantai Remis Kuala Selangor, Selangor

 
Pantai Remis Kuala Selangor terletak 20 kilometer arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sungai Sembilang, Jeram yang mana ia merupakan salah satu lokasi " eko-pelancongan" yang semakin di gemari oleh pelancong.

Para pengunjung berpeluang berjalan di persisiran pantai sambil menghirup udara segar serta menikmati keindahan alam dan menikmati keenakan makanan laut selain menjalankan aktiviti seperti :

a. Beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan.
b. Bermain layang-layang atau mengemudi perahu layar
c. Mencari hidupan laut seperti ikan, pari, sotong, kerang, ala-ala dan mentarang.
d. Aktiviti memancing
e.Sukan air dan pantai

Pengunjung dapat membeli belah disekitar kawasan pantai kerana terdapat beberapa usahawan yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, kraftangan, buah-buahan, sayur-sayuran, hasil tangkapan dari laut, makanan serta minuman.

Di sini juga lokasi yang cantik untuk melihat matahari terbenam sambil menenangkan fikiran, juga sesuai untuk mereka yang minat dalam bidang lukisan untuk melukiskan keindahan alam.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan