Assalamualaikum....
Pada hari Jumaat yang dimuliakan ini, saya berkongsi maklumat kepada para pembaca mengenai tumbuhan yang dikenali sbagai "patawali".  Nama lain bagi pokok ini setakat yang diketahui ialah akar seruntun, brotowali dan batang wali.
Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan 
berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan 
dikawasan rumah lama yang agak terbiar.Seluruh tumbuhan ini mempunyai 
rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk 
memudahkan bayi bercerai susu.
Batangnya yang pahit itu mempunyai 
kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang 
dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya 
berwarna hijau muda yang mempunyai enam "mahkota" yang berupa tunas. Bunganya 
kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. 
Buahnya pula berwarna merah muda.kulit batangnya mengandungi alkaloid 
dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.
Kegunaan : 
Bagi tujuan perubatan, batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang 
mengandungi khasiat. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut,
 demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin 
dikenali sebagai gonorea.
Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah 
cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan
 diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk 
membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan 
luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan 
tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil "jattrorrhizine" 
yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.
Selain 
daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan 
meningkatkan selera makan.Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat 
menurunkan suhu panas badan(mengubat demam). Malah di Filipina tonik ini 
digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental. Air rebusan ini 
juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur 
dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh 
kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Daunnya digunakan 
untuk mengubat penyakit "sifilis".
 
 
 
 







