Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan : Malaysia - Sabah 24 Februari 2012

   
Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Amar Rohidan pada minit 79


Kesebelasan Utama MALAYSIA :
Farizal Marlias, Amirizdwan Tajudin, Subramaniam, Asraruddin Putra, Bunyamin Umar, Shakir Shaari, Safiq Rahim (C), Shahrudin Yakup, Ashari Samsuddin, Manaf Mamat, Zaquan Adha
Kesebelasan Utama SABAH :
Syed Adney, Mafry Balang, Sumardi Hajalan, Reithauddin Ag. Emran (C), Fariss Azlan, Brendan Gan, Alto Linus, Shahrul Azhar, Rozaimi Abd. Rahman, Michael Baird, Zainizam Marjan
 
** Rumusan perlawanan : 
- Pasukan Malaysia tidak mahu hanya kerana persahabatan dgn pasukan negeri, ada pemain cedera.... tak berbaloi begitu.... paling penting persembahan yang baik di kejohanan yang disertai Malaysia... Yang nak dilihat atau dicari dalam perlawanan persahabatan ialah keserasian, teknik dan lain-lain hal yang berkaitan dengan taktikal bola sepak.
- Safee Sali dimasukan lewat pada separuh masa kedua kerana beliau belum sepenuhnya cergas, malah hanya berlatih bersama pemain bola sepak kebangsaan yang lain seketika sahaja, sejurus selepas tiba dari Indonesia beberapa hari lalu.  Beliau juga telah mengalami kecederaan ringan ketika berlatih bersama skuad kebangsaan.

Kebaikan dan kegunaan pokok Patawali

 

Assalamualaikum....

Pada hari Jumaat yang dimuliakan ini, saya berkongsi maklumat kepada para pembaca mengenai tumbuhan yang dikenali sbagai "patawali".  Nama lain bagi pokok ini setakat yang diketahui ialah akar seruntun, brotowali dan batang wali.

Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan dikawasan rumah lama yang agak terbiar.Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu.

Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai enam "mahkota" yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda.kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.


Kegunaan :

Bagi tujuan perubatan, batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.

Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil "jattrorrhizine" yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.

Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan.Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam). Malah di Filipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental. Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit "sifilis".

Cawangan baru Radix Fried Chicken di Shah Alam, Selangor

 

Assalamualaikum.....

Saya pernah mengunjungi Restoran Radix Fried Chicken yang terdapat di MyDin MITC,Ayer Keroh, Melaka dan saya berpuas hati dengan minuman dan rasa ayam gorengnya serta layanan dari para pekerja di sana.  Walaupun ada pelbagai isu yang ditimbulkan atas sebab ketidakpuasan hati sesetengah pelanggan, namun saya masih lagi menyokong RFC kerana ia sebagai satu contoh baik dalam bidang keusahawanan berteraskan Islam. 

Memang begitulah sifat insan yang dikurniakan akal dan nafsu ini.  Sampai kiamatpun pasti ada yang tidak kena dan puas hatinya. Hatta pada diri kita sendiripun, tidak dapat memuaskan perasaan semua orang di sekeliling kita.  Cuma saya berharap pada saf pengurusan RFC agar peka dalam setiap aduan dan masalah yang timbul di setiap cawangan restoran RFC.  Lakukanlah pekerjaan yang mulia ini dengan sabar, tekun dan istiqamah agar dengan itu ia dapat menjadi pendorong serta contoh pada umat Islam yang lain, yang berminat dalam bidang keusahawanan ini.  

Ingatlah, ayam di RFC diyakini suci lagi halal dan disembelih sambil doa dibacakan. Di restoran lain, walaupun ayamnya mendapat status halal, tetapi semasa ayam itu disembelih, belum tentu ianya dibacakan "bismillah" dan doa-doa tertentu.

Mengenai cawangan baru RFC di Shah Alam, ianya beralamat di No 2 Jalan Kristal J 7/J, Seksyen 7 Shah Alam. Berhadapan dengan  padang Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam. Ianya dibuka pada setiap hari Isnin hingga Khamis dari pukul 10.00pagi hingga 1.00pagi. Manakala pada hari Jumaat hingga Ahad ia dibuka pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.


Peta Lokasi

 
Ini sahajalah peta yang terbaik yang dapat saya sediakan.  Mohon maaf jika kurang jelas

Keputusan perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik 2012, Kumpulan C : Malaysia - Jepun

 
22 Februari 2012
MALAYSIA vs JEPUN
Stadium Nasional Bukit Jalil
Malaysia akan turun tanpa Wan Zack Haikal Wan Noor dan Gary Steven Robbat kerana menjalani penggantungan perlawanan. Manakala Jepun amat tertekan kerana bukan sahaja mahukan kemenangan tetapi terdesak memburu jaringan yang besar bagi mengatasi Syria.
KEPUTUSAN PENUH
 
Jika kamu tidak mampu untuk terus menyokong ketika pasukan bola sepak Malaysia kalah, maka kamu langsung TIDAK LAYAK untuk bersorak ketika Malaysia menang...!!!

(ada yang tak suka dengan ayat saya di atas? ada aku kesah? kesah le sangatnyepun adoi...!!!)


Ulasan perlawanan :

Saya sangat "raspect" pada penyokong yang bersorak dan menyanyi sepanjang perlawanan untuk pasukan Malaysia... dari segi nyanyian dan cara sorakan tersebut..., mereka dikenalpasti sebagai satu kelompok penyokong yang dipanggil "Ultras Malaya" . Mereka ni tetap menyokong bola sepak kebangsaan Malaysia sama ada menang atau kalah...

Malaysia boleh juga dianggap "menang" kerana dapat mengelak dari bolos lebih banyak kerana Jepun perlu cari seberapa banyak gol bagi mengatasi Syria dengan perbezaan jumlah gol. Jika Syria dapat tambah lagi gol ketika menentang Bahrain, maka ia jadi halangan pada Jepun untuk mara ke peringkat seterusnya.


Dua ini sahaja sebab yang Malaysia tidak dapat kemenangan :-

-Bahagian tengah pasukan Malaysia "lopong"
-Bahagian pertahanan Malaysia lambat "cover" selepas naik ke atas untuk menyerang

Perasmian Radix Fried Chicken cawangan Shah Alam - 22 Februari 2012

 

Assalamualaikum.....

HPA Industries Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995, diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad akan mengadakan majlis Perasmian Radix Fried Chicken cawangan Shah Alam pada hari ini (Rabu, 22 Februari 2012), bermula jam 4.00 petang.  

Dengan pembukaan cawangan baru di Shah Alam, secara langsungnya menamatkan penantian peminat RFC yang berada di sekitar Lembah Kelang bagi melihat sebuah restoran RFC dibina dalam kawasan mereka.
Tentatif program adalah seperti berikut
Solat Asar berjemaah
Bacaan Yassin & Doa' Selamat
Ucapan Perasmian dari Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad
Sokonglah perkhidmatan dan produk keluaran umat Islam bagi memperampuhkan usaha memperkasakan ekonomi umat Islam sejagat seperti mana yang dilakukan oleh penganut agama lain pada usahawan-usahawan mereka.  
Contoh yang terbaik ialah seperti yang dibuat oleh bangsa Yahudi.  Bagaimana keteguhan hati mereka menyokong aktiviti ekonomi Yahudi yang sehingga kini berjaya menguasai sebahagian besar pasaran ekonomi dunia.
Jika ada masalah pada produk dan perkhidmatan dari usahawan Islam, maka dengan niat mahu memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan usahawan-usahawan Islam, pergilah membuat aduan pada para pengusaha berkenaan.  
Janganlah kita memburuk-burukkan dan menambah-nambahkan cerita tetapi dalam masa yang sama menyokong perkhidmatan yang bukan Islam.  Apa yang saya lihat pada masa kini, walaupun ada masalah pada perkhidmatan dan produk keluaran orang-orang "kafir", namun ada sebilangan besar umat Islam masih lagi berkunjung pada premis "orang-orang kafir" itu.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan