Kursus Padanan Perniagaan (CSB262) di Hotel Riverview, Muar

 


Assalamualaikum...

Bermula pada 31/10/2011 hingga 03/11/2011, saya selaku wakil Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad telah menyertai Kursus Padanan Perniagaan anjuran Maktab Koperasi Malaysia Wilayah Selatan (dahulu dikenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia) di yang beralamat di Hotel Riverview, No.29 Jalan Bentayan, 84000 Muar, Johor.

Kursus ini bertujuan untuk melawat projek atau perusahaan sesuatu koperasi atau ahli koperasi / pertubuhan peladang di sekitar Johor dan mencari kemungkinan peluang kerjasama dengan wakil-wakil koperasi yang hadir menyertai lawatan ini.  Selain itu, wakil-wakil koperasi ini dapat membuat pemerhatian terhadap kekuatan dan kelemahan sesuatu projek atau perusahaan yang diusahakan oleh koperasi yang dilawati, bagi dijadikan sebagai panduan untuk koperasi masing-masing.  Koperasi-koperasi ini rata-ratanya mempunyai lebih dari satu projek atau perusahaan yang dijalankan.

Koperasi yang terpilih untuk dijadikan kajian kes dalam kursus ini ialah Koperasi Felda Kahang Timur Berhad, Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad, Pertubuhan Peladang Kawasan Bakri dan Koperasi Pengusaha Makanan Melayu Muar Berhad.

 Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad

 
Pertubuhan Peladang Kawasan Bakri

 Koperasi Pengusaha Makanan Melayu Muar Berhad ( Kek Seri Tanjung )

 **Gambar semasa lawatan ke Koperasi Felda Kahang Timur Berhad akan dipaparkan kemudian...

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011

  
 TERENGGANU   1   |  2   Negeri SEMBILAN

 Assalamualaikum...

Walaupun pelbagai pihak "bising-bising" dengan ketidakpuasan hati berkenaan harga tiket yang dinaikkan oleh FAM sehinggakan laman web FAM telah digodam dengan logo asalnya diletakkan gambar babi dan nama penuhnya ditukar kepada "Tuan BolaSepak Malaysia, namun dilihat peminat dan penyokong bola sepak Malaysia khasnya yang menyokong Negeri Sembilan dan Terengganu masih kelihatan ramai memenuhi Stadium Shah Alam yang juga menjadi perbualan dikalangan pemerhati sukan dan peminat lantaran kualiti padang yang dikatakan kurang baik untuk perlawanan akhir Piala Malaysia.

Permulaan permainan memperlihatkan pertahanan Terengganu "bocor" di sana-sini dan Negeri Sembilan hampir-hampir dapat memanfaatkan kesilapan pertahanan Terengganu dengan peluang di awal 10 minit pertama.  Tiada jaringan dihasilkan kedua-dua pasukan di separuh masa pertama.

Terengganu mula menyerlahkan keyakinan dengan corak permainan pantas dan meyakinkan pada separuh masa kedua dengan menyerang kubu Negeri Sembilan di setiap pelusuk kawasan dan berjaya mendapatkan gol pertama melalui Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit ke 59.

Atas kesilapan dan kealpaan penjaga gol Terengganu iaitu Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang gagal menangkap bola yang melantun di hadapannya hasil dari pada sepakan jauh pemain Negeri Sembilan iaitu Kunanlan Subramaniam, pasukan Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 81.

Pada minit ke 85, penyerang pasukan Negeri Sembilan kelahiran Terengganu iaitu Hairuddin Omar menjadi "duri dalam daging" pada skuad "peteh Terengganu peteh" dengan berjaya mendapatkan gol kemenangan hasil dari sepakan "gunting" dicelahan pemain Terengganu dan bola tersebut terkena tiang sebelah kiri gawang Terengganu lalu terus menerjah jaring gol. Dan kegembiraan Hairuddin Omar berganda apabila beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan Piala Malaysia edisi ke 33, 2011 ini.




**p/s :  pada pemerhatian saya, budaya penggunaan pancaran "laser hijau" masih lagi ada di kalangan penonton.  Mercun dan "bom asap" juga "memeriahkan" perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini...

Sebab apa burger kelihatan lebih sedap dan besar di iklan tv?


Assalamualaikum....

Pengaruh iklan di media massa dalam kehidupan rakyat amat besar dan kuat kesannya.  Kita didedahkan dengan iklan yang berulang-ulang sama ada disedari atau tidak, tidak kurang dari seribu kali sehari.  Dengan sejumlah berkenaan, terlangsungnya barangan atau jenama yang diiklankan akan mempengaruhi minda bawah sedar manusia.  Kesannya sehinggakan kita membeli atau terbeli barangan yang tidak benar-benar perlu.

Saya suka memperkatakan iklan makanan di televisyen, terutamanya burger.  Keenakkan burger tidak dapat dinafikan, apatah lagi ianya disediakan dalam pakej lengkap seperti sayuran, mayonis, sos cili atau sos tomato, kepingan keju dan tomato serta daging. 

Tetapi perasankah anda ada perbezaan antara yang diiklankan dan yang dibeli..? Yang dibeli lebih kecil daripada yang diiklankan di televisyen.  Kenapa dan bagaimana ini boleh berlaku..?  Di bawah ini saya sediakan video yang menjawab persoalan tersebut....


Ustaz Radzi (bekas vokalis kumpulan Melissa) nyanyi semula lagu "Cinta Untuk Nabi lah"


Assalamualaikum...

Tahukah anda lagu yang bertajuk "Cinta Untuk Nabila" nyanyian kumpulan Melissa?.  Bagi mereka yang melalui zaman kanak-kanak dan remaja mahupun dewasa dalam sekitar tahun 1980-an, pasti lagu ini sering kedengaran di stesyen-stesyen radio dan juga muncul di siaran televisyen.

Namun seperti juga artis-artis atau personaliti hiburan lain yang berhijrah dari dunia hiburan ke arah keagamaan seperti Izam dari kumpulan E.Y.E dan Bob Lokman, Ustaz Radzi  mendapat hidayah dari Allah S.W.T semasa kumpulan Melissa mengadakan satu konsert. Semasa beliau sedang asyik menyampaikan lagu di hadapan ribuan peminat, beliau dalam beberapa ketika seolah-olah diperlihatkan suasana siksaan di Padang Mahsyar. Penghijrahan beliau tidaklah terlalu memeranjatkan kerana sebelum beliau jadi penyanyi, beliau sebenarnya telah mengikuti pendidikan agama Islam di sekolah pondok semasa usia remaja. 

Namun beberapa siri penghijrahan artis rock ke arah keagamaan seperti mengundang rasa kurang senang pada golongan tertentu.  Apabila golongan yang berhijrah ini memberi ucapan dan menyampaikan pengetahuan ilmu agama pada rakyat, mereka akan dikenakan pelbagai sekatan dan tuduhan oleh pihak tertentu.  Apa "celup" nak tahan orang-orang yang nak sampaikan pengetahuan agama?.  Kenapa tidak diteliti isi kandungan penyampaian dalam majlis ceramah berkenaan...? Jika tidak bertentangan dengan akidah Islam, biarkan sajalah.. atau ianya bertentangan dengan "kehendak" pemimpin-pemimpin politik tertentu?

Jika konsert artis luar negara yang membawa imej dan budaya serta pengaruh songsang, senang-senang saja dibenarkan membuat persembahan di negara ini.  Adakah perlakuan dan sikap seperti ini bersesuaian dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam?. Atau pada hakikatnya negara Islam yang diisytiharkan hanyalah "wayang" semata-mata bagi melindungi rancangan jangka panjang para penjajah kristian suatu ketika dahulu...?



**p/s : saya juga sedang berusaha untuk "berhijrah" ke arah yang lebih baik pada baki kehidupan di dunia dan persediaan bagi kehidupan yang abadi di akhirat...

Cinta Muka Bulu vs Cinta Muka Tak Malu

 
Assalamualaikum....

Najwa Latif dengan lagunya bertajuk "Cinta Muka Buku" berjaya mencetus fenomena seperti Yuna dengan lagu "Dan Sebenarnya". Ceritanya hampir sama walaupun ada sedikit perbezaan iaitu seorang gadis bertudung, menyanyi sambil bermain gitar dan berkebolehan mencipta lirik atau lagu (maaf ye Ana Raffali tak masuk line sebab tak pakai tudung).

Fenomena yang di bawakan oleh Najwa Latif, dengan menumpang populariti laman web sosial "Facebook", maka mewujudkan keinginan pihak tertentu untuk menyanyikan semula lagu Cinta Muka Buku dalam versi yang hampir sama tetapi lirik yang diubah secara..... (melampau..? melawak...?).  Lagu berkenaan adalah bertajuk Cinta Muka Bulu dan Cinta Muka Tak Malu.

Melalui artikel kali ini, saya nak komen sedikit berkenaan lirik dan lagu yang telah diubah.  Dalam lirik "Cinta Muka Tak Malu..", liriknya memang berterabur, tak tersusun dan penyanyi @ penciptanya tak bersedia untuk buat gubahan yang "cantik...", cuma buat santai dan suka-suka.  Namun ada sedikit unsur nasihat yang baik..

Berbanding dengan Cinta Muka Bulu, ia adalah persembahan yang menarik dan cubaan untuk meniru video rasmi lagu Najwa Latif itu boleh dikatakan berjaya untuk "mengejek" video yang asal.  Namun pemilihan subjek "Bulu", pada saya ianya tidak sesuai dan bolehlah dikatakan tak senonoh.  Di sini bulu apa yang mereka cuba nak maksudkan?  bulu (rambut) di muka seperti janggut, bulu hidung, bulu kening? atau bulu-bulu halus di pipi...?

Jika nak suka-sukapun, carilah "subjek" yang lebih baik selain dari "bulu".  Antara liriknya yang terasa jelik, jengkil dan "what ever" (sambil mata pandang ke atas, tangan ke bahu) ialah "kau hantar bulu, suruh aku terima kamu...".  Bulu apa yang dihantar tu? Bunyi dah la agak kelucahan dan sensitif.  Main hantar-hantar pula, dah macam nak hantar santau bulu...  

Bayangkan kalau kanak-kanak yang mendengar dan mereka semakin dibiasakan dengan lirik lagu yang ala-ala kelucahan, makanya kanak-kanak yang tidak tahu bezakan apa yang boleh (sopan) atau tidak dalam penuturan seharian mereka akan menjadikan budaya "double meaning" sebagai permainan mereka.

Bukannya saya berfikiran sempit atau nak menyekat kreativiti pencipta (penciplak) lagu, tetapi walaupun alasannya sebagai penghargaan dari peminat Najwa Latif, namun janganlah sengal sangat.  Cukup-cukuplah dengan masalah dalam filem, usah menambar onar di dalam seni muzik pula.


**p/s : saya hanya berfikir secara berlainan dari corak fikiran orang lain... ada pendapat sendiri yang perlu disampaikan....


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan