Assalamualaikum...
Sila tenung lama-lama pada gambar di atas. Apa yang akan anda nampak...? Inilah yang dipanggil ilusi mata...
Begitulah juganya dalam kehidupan ini. Kita sering ditipu dan tertipu dengan apa yang kita lihat, apa yang kita nampak dipersekitaran kehidupan kita. Ramai sering tertipu dengan kecantikkan serta kekayaan duniawi sehingga ianya menjauhkan kita dengan akhirat.
Selain dari pandangan "mata zahir", "mata batin" juga perlu dipandu dengan akal yang disertakan bersama keimanan terhadap "Maha Pencipta" iaitu Allah SWT yang Maha Esa... Kita janganlah ditipu dengan ilusi dan bayang kita sendiri. Dunia ini penuh dengan kesesatan seandainya kita masih leka dengan harta, pangkat, nikmat dunia dan kuasa.
Kembalilah pada Al Quran dan Hadith's serta sunnah Rasullullah SAW. Jauhi ketamakkan kuasa. Janganlah kita menindas dan memfitnah orang lain hanya kerana kita inginkan pengekalan kuasa dalam pemerintahan. Jauhi pendapatan yang haram, yang terhasil dari perkara-perkara dan benda-benda yang dilarang oleh Allah SWT seperti arak, judi, penipuan dan penindasan terhadap mereka yang tidak berkemampuan.