TV Alhijrah - Segalanya bermula di sini

http://www.tvalhijrah.com
Mungkin para pendengar radio terutamanya Sinar.FM telah mengetahui mengenai TV Alhijrah melalui iklan mereka namun masih ada juga yang keliru berkenaan TV Alhijrah kerana iklan mereka agak ringkas dan tidak benar-benar menerangkan fungsi kewujudan mereka, seolah-olah iklan berkenaan mempromosikan barangan jualan sahaja.

Sebenarnya TV AlHijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai  platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

Buat masa ini hanya beberapa tempat sahaja yang boleh menerima siaran TV Al Hijrah. Berikut adalah liputan frekuensi bagi saluran TV Al Hijrah

Liputan Saluran
UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang CH 55 743.25
Terengganu CH 41 631.25
Kuantan CH 22 479.25
Mersing, Johor CH 40 623.25
Sarawak CH 37 599.25
Sabah CH 37 599.25

Lirik Lagu Zamree-Tugu Cinta



Ku pinjam sebuah ilusi dari lautan sepi
Senja indah kian temaram
Sembunyi di balik kegelapan
 

Ku ukirkan sebuah nama
Bersama jemari gementar
Ingin hati mengabdikan sebuah tugu cinta

Titisan airmata pilunya hati ini
Deburan ombak memecah membahana
Musnahlah sebuah citra cinta berganti derita
 

Kulangkahkan kaki nan guntai
Menyusur buih yang menghilang
Dalam diam hati pun bertanya
Bilakah ombakkan reda


**p/s : Lagu ini telah saya nyanyikan di majlis pernikahan kakak saya pada 18/12/2010, dalam keadaan belum pulih dari demam. Hati tergerak untuk berkaraoke kerana semasa itu baru ditinggalkan oleh bakal tunang...

Majalah 3 - Nelayan Blogger


Assalamualaikum...

Pasti ramai dari kalangan blogger dan bloggies menonton Majalah 3 dan pasti ramai juga yang mengunjungi laman blog "Lokan Melaka".  Ianya disiarkan dalam salah satu segmen Majalah 3 yang bertajuk Nelayan Blogger.  Ia mengisahkan Zainal Md Ali,seorang bekas tentera. Antara kerja sambilan yang pernah dibuat beliau ialah menjadi pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Berisu dan SK Ramuan China Besar selama 15 tahun. Di samping itu "Pak Zainal menjadi nelayan bagi menambahkan sumber pendapatan. Pak Zainal merupakan Ahli Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat, Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Melaka Barat dan Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Melaka.  Pada malam itu juga saya telah bersms dengan anak beliau yang juga membantunya mengendalikan blog serta membalas sms yang masuk ke telefon Pak Zainal.

Krew Majalah 3 (TV3) dibawa ke Taman Lokan untuk melihat aktiviti harian Pak Zainal dan sebagai salah satu lokasi penggambaran.  Pak Zainal bangga kerana pihak TV3 telah sampai ke Taman Lokan. Namun Pak Zainal terasa segan kerana Taman Lokannya masih banyak kekurangannya dari segi prasarana. Apa yang ada itulah sahaja yang mampu Pak Zainal sediakan dalam usia beliau yang sudah lanjut di tambah pula dengan kekangan kewangan.  Namun dengan hasil kreativiti Pak Zainal menggunakan barang yang hanyut di sungai, beliau mampu menghiaskan Taman Lokan itu dengan sesedap mata memandang.

 
Setelah sekian jam menunggu, akhirnya Ahmad Zaki berjaya menjadi 
follower blog "Lokan Melaka" yang ke 100

Hasil dari perbincangan ringkas dalam sms, saya telah mencadangkan beberapa penambahbaikkan untuk dibuat pada blog Lokan Melaka ini.  Terima kasih diucapkan kerana memberi "credit" pada blog "Inspirasi Ahmad Zaki" dalam artikel bertarikh 11 Disember 2010.

Fitnah & penipuan berada di mana-mana

Assalamualaikum...





Sejak zaman awalan kewujudan manusia di bumi, fitnah dan penipuan sudah mula menghinggapi peradapan manusia.  Kita dapat lihat betapa kemusnahan dan peperangan yang berlaku akibat dari perkara tersebut.

Fitnah, penipuan dan pembohongan dilakukan oleh mereka yang "mengambil" dunia sebagai matlamat hidup mereka bagi memperolehi kesenangan metarialistik, kemewahan dan kemegahan.  Maka dengan itu fitnah wujud dalam pelbagai bentuk serta keadaan.  Dalam masjidpun ada orang berani menipu dan mencuri.  Tidaklah menjadi satu jaminan mutlak akan kebenaran perkara yang disumpahnya bagi orang yang membuat sumpah yang dirancang di dalam masjid dan baru pulang dari mengerjakan umrah atau haji.   

Manusia akhir zaman yang mengejar dunia, akan sanggup membuat apa sahaja asalkan perkara fitnah yang dirancang itu akan kelihatan benar. Puak-puak ini akan cuba berselindung disebalik nama agama bagi meraih simpati. Mereka tidak takut untuk mengeksplotasikan isu-isu agama untuk mendapatkan undi. Dan lama kelamaan fitnah ini semakin membesar lantaran cubaan mereka untuk mempertahankan rancangan pembohongan mereka.

Allah SWT tidaklah semudah itu menjatuhkan bala atau balasan pada hambaNya.  Tidak semestinya jika seseorang yang bersalah itu, jika pergi ke Mekah akan terus dijatuhi hukuman oleh Allah SWT.  Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang.  Allah SWT ingin memberi peluang pada hambaNya untuk memperbetulkan kesilapan.  Adalah menjadi hak mutlak Allah SWT untuk menentukan bila masa dan tempatnya untuk "memberi" hukuman.

Dan apabila dilihat seseorang "pelakon" itu selamat pulang dari Mekah, puak-puak tertentu ini akan mencanangkan bahawa "lihatlah, apa yang kami katakan adalah benar dan buktinya si pengadu selamat pulang ke tanah air...".

Hijrah yang teramat perlu - Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum...

Kita seringkali dihidangkan dengan cerita tahun baru masihi.  Pelbagai majlis sambutan diadakan samaada oleh kerajaan mahupun organisasi tertentu, dilangsungkan dengan besar-besaran, dan selalunya keterlaluan.  Ada acaranya bercampuran perempuan dan lelaki secara tidak terkawal dan ada juga unsur-unsur penggalak maksiat.

  
Namun apabila tiba Maal Hijrah, sambutannya hambar dan lesu.  Bukan sahaja dari kalangan remaja malah sebilangan orang tua (dato'-dato' & VIP-VIP) dan yang lain memandang lesu akan pengertian sambutan Maal Hijrah yang sama sekali jauh dari hiburan yang selalunya melalaikan dan menjahanamkan rakyat.  Kita tidak perlukan konsert nyanyian artis.  Kita tak perlukan himpunan rakyat yang menghitung detik masuk ke tahun baru. Kita tidak perlukan pembakaran bunga api bagi meraikan tibanya tahun baru.  Jadi apakah yang sebenarnya kita perlukan untuk menyelamatkan umat Islam yang kini layu?

Sudah lama rakyat kita tenggelam dalam arus kemodenan yang mengikut acuan barat serta undang-undang perlembagaan negara yang bukan dari unjuran Islam.  Kini umat Islam sama ada di Malaysia atau serata bumi dipandang enteng.  Pada kelompok kafir ini, ada yang memusuhi Islam dan memandang rendah umat Islam dan cuba mencari cara untuk menjatuhkan imej Islam.  Mereka cuba membawa suatu fitnah yang ingin disemai dalam fikiran masyarakat dunia bahawa agama Islam adalah agama yang mundur dan ganas.

Bagi melepaskan diri dari kongkongan kelemahan dan kehinaan, maka umat Islam perlu melihat hijrah dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur dan betul.

Perubahan ke arah kemajuan dan kemuliaan ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam adalah agama yang agung dan mulia maka umatnya juga jelas adalah umat yang agung dan mulia. Namun ia hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Masyarakat Islam juga wajib memahami bahawa segala ilmu yang baik dan berfaedah kepada manusia adalah termasuk ke dalam ilmu yang disukai dan dituntut oleh Islam. 

Oleh itu, menuntut ilmu yang bermanfaat adalah satu kewajipan dan dikira berdosa mereka yang mengabaikannya. Masyarakat juga perlu memahami bahawa mereka merupakan pewaris yang sah kepada kepimpinan bumi ini. Tanpa pertunjuk dan panduan hidup dari Allah Tuhan semesta alam, mustahil kaum lain yang mensyirikkan Allah SWT layak mentadbir bumi yang diciptakan-Nya.

   
    
       Lebih 50 tahun merdeka, inikah hasilnya?  Di mana letaknya Islam di dalam sistem perundangan negara? Apakah hanya digandingkan dengan konsep ketuanan Melayu untuk meraih undi semata-mata.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan