Assalamualaikum...
Pasti ramai dari kalangan blogger dan bloggies menonton Majalah 3 dan pasti ramai juga yang mengunjungi laman blog "Lokan Melaka". Ianya disiarkan dalam salah satu segmen Majalah 3 yang bertajuk
Nelayan Blogger. Ia mengisahkan Zainal Md Ali,seorang bekas tentera. Antara kerja sambilan yang pernah dibuat beliau ialah menjadi pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Berisu dan SK Ramuan China Besar selama 15 tahun. Di samping itu "Pak Zainal menjadi nelayan bagi menambahkan sumber pendapatan. Pak Zainal merupakan Ahli Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat, Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Melaka Barat dan Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Melaka. Pada malam itu juga saya telah bersms dengan anak beliau yang juga membantunya mengendalikan blog serta membalas sms yang masuk ke telefon Pak Zainal.
Krew Majalah 3 (TV3) dibawa ke Taman Lokan untuk melihat aktiviti harian Pak Zainal dan sebagai salah satu lokasi penggambaran. Pak Zainal bangga kerana pihak TV3 telah sampai ke Taman Lokan. Namun Pak Zainal terasa segan kerana Taman Lokannya masih banyak kekurangannya dari segi prasarana. Apa yang ada itulah sahaja yang mampu Pak Zainal sediakan dalam usia beliau yang sudah lanjut di tambah pula dengan kekangan kewangan. Namun dengan hasil kreativiti Pak Zainal menggunakan barang yang hanyut di sungai, beliau mampu menghiaskan Taman Lokan itu dengan sesedap mata memandang.
Setelah sekian jam menunggu, akhirnya Ahmad Zaki berjaya menjadi
follower blog "Lokan Melaka" yang ke 100
Hasil dari perbincangan ringkas dalam sms, saya telah mencadangkan beberapa penambahbaikkan untuk dibuat pada blog Lokan Melaka ini. Terima kasih diucapkan kerana memberi "credit" pada blog "Inspirasi Ahmad Zaki" dalam artikel bertarikh 11 Disember 2010.