Setakat ini blog saya tidak dijangkiti apa-apa jenis virus @ malware. Sama-samalah kita semua berdoa agar "penyakit" yang sedang melanda dunia blog ini segera berakhir.
Blog inipun takde malware jugak...
By Admin at 12:15:00 am
internet
Setakat ini blog saya tidak dijangkiti apa-apa jenis virus @ malware. Sama-samalah kita semua berdoa agar "penyakit" yang sedang melanda dunia blog ini segera berakhir.
Pendapatan dari blog, terfikirkah anda tentang berzakat?
By Admin at 1:23:00 am
Islam
Contoh kiraan zakat automatik di dalam laman web Pusat Zakat Melaka.
Sudah agak heboh diperkatakan mengenai blogger-blogger yang memperolehi pendapatan mencecah ribuan malah puluhan ringgit melalui pengiklanan di blog. Pasti mereka ini dapat hidup senang dan selesa dengan pendapatan sebanyak itu, boleh beli macam-macam, dapat melancong dan soal makan di luar rumah tidak menjadi masalah, sebut saja restoran mana yang teringin nak pergi, hotel mana yang tergerak nak jejak...
Namun dalam keghairahan memperolehi pendapatan lumayan dari pengiklanan di blog sama ada melalui Nuffnang, Mangga Ad dan pelbagai lagi program yang disediakan oleh syarikat-syarikat tertentu, adakah para blogger berfikir untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim dengan menunaikan zakat?. Atau terlupa dan tak teringat langsung..? Ataupun fikir ia tidak berkaitan dengan zakat?
Walaupun pendapatan yang diperolehi dari iklan di blog bukan pekerjaan tetap, yang pastinya ia termasuk dalam kategori "Zakat Pendapatan. Ianya wajib dibayar apabila jumlah pendapatan sudah sampai tahap yang wajib dibayar. Zakat bukan untuk memberi "buta-buta" duit pada orang miskin, tapi ia sebagai tanggungjawab seorang Islam dalam memberi sumbangan pada rakyat yang memerlukan pembelaan.
Islam didahulukan, Keimanan diutamakan
Keputusan perlawanan Piala Malaysia 20 September 2010
By Admin at 1:16:00 am
bola sepak
Kumpulan A
PKNS FC Kelantan | 1 - 2 3 - 3 | N.Sembilan KL Plus |
Kumpulan B
Sabah Terengganu | 2 - 0 0 - 1 | Pahang Kuala Lumpur |
Kumpulan C
ATM Johor FC | 1 - 1 2 - 0 | Kedah Perak |
Kumpulan D
Felda United Selangor | 1 - 2 1 - 0 | T-Team Perlis |
Booth keIslaman di Jom Heboh sepi
By Admin at 12:07:00 am
Isu semasa
Bila hal berkaitan agama, tak ramai yang nak ambil tahu., kurang sangat sambutan. Tapi bila tiba tang hiburan, bukan main berasak-asak, berpusu-pusu pergi tengok, tak panggilpun ramai yang datang, sanggup berhujan dan berpanas. Tidak kurang juga yang beraba-raba dalam "kesesakkan" lalu lintas lalu lalang di Jom Heboh.
Hal ini diyakini berlaku di mana-mana dalam dunia, khususnya di Malaysia. Ia menunjukkan kesalahan dan kelemahan pemimpin sekarang dalam membudayakan ilmu pada kalangan rakyatnya.. Dah lama dah.... Nak hiburan boleh tapi berpada-padalah dan perlukan keseimbangan dengan ilmu keagamaan.

Dah le hukum / undang-undang Islam tidak sepenuhnya digunapakai, hiburan pula yang terlampau dipilih oleh sesetengah masyarakat. Bila negara kita nak berubah? Islam ajaran dan wahyu dari Allah S.W.T pada Nabi Muhammad S.A.W adalah ubat yang sebenar-benarnya bagi masalah yang sedang melanda Malaysia ketika ini. Undang-undang sedia ada tidak dapat membendung kes jenayah, buang anak, bunuh dahulu tanya soalan kemudian dan lain-lain... Orang jenayah macam tak gentar pula dengan undang-undang...
Dodol Melaka di Aidilfitri
By Admin at 12:07:00 am
tradisi
Salam sejahtera...
Seperti yang telah dijanjikan dalam artikel yang lalu, saya "muat naik" beberapa gambar berkaitan dengan keadaan semasa pembikinan dodol sehari sebelum hari pertama raya Aidilfitri. Ini aje yang sempat saya sajikan dalam artikel kali ini. Saksikanlah...
Selain dodol, kueh raya yang buat sendiri ialah kueh ros atau nama lain ialah kueh goyang (tiada kaitan dengan goyang Inul Daratista mahupun goyang Shafiq tau...).

Gambar menunjukkan dodol yang telah siap dikacau secara manual dan dipindahkan ke dalam talam beralaskan daun pisang yang telah dibersihkan serta dilayur dengan api.
Tumbuhan hutan ini ialah Pokok Senduduk. Digunakan bagi membersihkan sisa-sisa dodol yang melekat pada permukaan "kuali kawah". Jika nak buang dodol yang melekat setakat guna berus & sabun, "berjanggut" le korang nak sudahkan. Kuali kawah tu dimasukan air dan dinyalakan api bagi memanaskannya sehingga berwap. Sesudah itu sapukan pokok senduduk sehingga sisa-sisa dodol tertanggal dari permukaan kuali kawah.
Selain dodol, kueh raya yang buat sendiri ialah kueh ros atau nama lain ialah kueh goyang (tiada kaitan dengan goyang Inul Daratista mahupun goyang Shafiq tau...).