Pelayar internet popular sehingga musim perayaan.



Dengan bantuan pelayar internet seperti Internet Explore, Mozilla Firefox, Opera, Google Chrome dan beberapa lagi "jenama" yang agak asing bagi pengguna di Malaysia, dapatlah kita menziarahi blog sahabat-sahabat kita pada bila-bila masa.  Sekiranya kita tidak dapat untuk berkunjung ke rumah mereka, maka blog boleh juga dijadikan alternatif persinggahan kita.  Inilah keistimewaan blog jika berbanding dengan laman web rangkaian sosial yang lain.  Berlainan dengan Facebook yang dikhabarkan pengguna setianya terutamanya di Malaysia sudah ada yang mula kebosanan, media blog boleh diberi imej yang lebih bersifat peribadi, seolah-olah melawat ke rumah sahabat blogger kita.

Dengan meninggalkan komen yang berkaitan dengan artikel di blog yang kita lawat, ia merupakan teknik yang mudah tetapi berkesan untuk "blogging" serta ia amat baik untuk menjalinkan "silaturrahim" yang berpanjangan.

Berbalik kepada tajuk artikel, saya telah meneliti jenis-jenis pelayar internet yang digunakan oleh pelawat untuk menziarahi blog ini.  Berikut adalah susunan mengikut jumlah peratusan populariti pelayar internet ( pelayar web ) :


Firefox  -  45%

Internet Explore  -  26%

Google Chrome  -  18%

Opera  -  3%

Java   -  3%

Simple Pie  -  1%

Jakarta Commons  -  <1%

Safari  -  <1%

Bunga api, mercun masih lagi memeriahkan suasana lebaran

Assalamualaikum...

Salam Syawal buat semua rakan-rakan blogger.  Macam mana raya kali ini?  Dapat balik kampung?   Saya balik kampung selepas solat Jumaat.  Balik lambat sebab nak uruskan hal kedai yang dah 5, 6 hari saya tinggalkan.

Pada malam raya pertama, suasana kampung menjadi gegak gempita kerana sanak saudara, anak cucu yang pulang beraya di kampung berlawan-lawanan membakar mercun dan bunga api.  Ada kalanya bungai yang cantik cahayanya dibakar dan ada juga mercun yang mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga menggegarkan lantai rumah pada bahagian anjung, iaitu tempat saya on line menggunakan laptop pinjam.  Anak-anak buah juga tidak ketinggalan bermain bunga api pelbagai jenis, yang saya sendiripun tak tahu di mana mereka dapatkannya.  Namun pada pendapat saya, mercun dan bunga api boleh dimainkan asalkan dengan cara yang normal dan dipantau oleh orang dewasa.

Maka "pesta" membakar bunga api dan mercun mewarnai "ruang udara" kampung saya iaitu Tanjung Rimau Dalam (Melaka), dua tiga kilometer ke Pusat Perlancongan Air Panas Gadek dan 6 kilometer ke pekan Tampin, Negeri Sembilan.  Nak ambil merakamkan suasana tersebut terasa malas dan "poyo" je rasanya. Jadinya saya cuma memerhatikan seketika warna-warni yang tampak menyerikan malam hari raya pertama.  Nanti saya akan upload gambar masak dodol dan suasa membakar bunga api (kalau mereka masih lagi "sudi" membakarnya malam esok).


(Gambar hiasan)
Gambar di atas bukanlah suasana di kampung saya tapi bunga api seperti inilah yang dibakar oleh "orang kampung"...

Bila Intan Berlian BUAT CONTEST, GAMBAR MAKAN PALING SEDAP..!


Dialog :


Situasi berlaku semasa waktu kudapan pagi di Hotel Sri Costa, Melaka semasa Bengkel Jaringan Perniagaan Melalui Koperasi GIATMARA Peringkat Zon Selatan yang melibatkan bekas pelatih GIATMARA yang telah menjalankan perniagaan sendiri.  Kelihatan di gambar, kumpulan yang mewakili Kelab Usahawan GIATMARA Melaka sedap enak menyantap makanan dan minuman...

Wan (1)  :  "Wei Naz.., hang tengok la kueh ni, bukan main sedap sungguh aku dok balun, kat kampung aku pun tak da sedap macam ni... hang tengok la, tengok la ooii..."

Nazri (2) : "Bang oii.., jangan la hang suruh aku pandang hang makan kueh tu... Aku tahu perasaan hang bang, ni aku tengah menghayati kesedapan karipap ni,  mangaii.. punyelah sedap, hang tak nampak ke bang..?

Aini (3) : "Korang ni, agak2 le, group lain tak le macam korang berdua... Kesian pun ade jugak aku tengok. Terpegun dan terkesima sejenak diriku ini... korang nak lagi ke karipap tu..? agak2 sebakui lagi cukup kaa...?

~ yang lain buat tak tau je, sibuk dok ligan apa yang ada kat pinggan memasing... tak ambek port, biasa dah diaorang berdua buat perangai, dah lama dah...



Slogan :

SAYA PALING SUKA ENTRI INTANBERLIAN YANG berkaitan dengan iklan raya dari TV3 KERANA ianya sealiran dengan artikel saya yang juga berkaitan dengan isu yang telah menjadi suatu fenomena di dunia blogSelain itu, dengan kemunculan artikel berkenaan membuktikan bahawa pemilik blog INTANBERLIAN termasuk dalam golongan yang prihatin dan serius dengan isu bersangkutan dengan kepentingan agama.

Tarik iklan sebab bantahan, bukan kerana kesedaran memelihara kesucian Islam


Kalau diikutkan isu ini sudah selesai dengan penarikkan semula iklan yang mencemar kemuliaan agama Islam dan permohonan maaf secara terbuka telahpun dibuat.  Namun apabila difikirkan semula, yang memohon maaf secara terbuka itu bukan dari orang yang bertanggungjawab membikin iklan dan meluluskan iklan tersebut tetapi ia cuba dibacakan oleh pembaca berita yang naif.  Dari awal lagi sebelum pembikinan iklan tersebut, hal seperti ini tidak boleh terjadi kerana "kepala" di TV3 dan Media Prima dikuasai oleh orang beragama Islam.

Iklan ini diterbitkan oleh pengarah kreatif yang bernama Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3. Beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.

"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.

"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai".

Anda fikirkanlah maklumbalas yang dibuat olehnya.  Apakah yang dia maksudkan tentang "Melayu millenium"?  Apakah yang dia tahu tentang kumuliaan ajaran suci agama ISLAM?  Ini membuktikan bahawa Kementerian Penerangan dan Jabatan Agama Islam tidak menghantar wakil untuk memantau atau menapis iklan yang dibuat sebelum disiarkan? Adakah bermakna TV3 menyiarkan iklan tanpa kelulusan Kementerian Penerangan?.  Kalau nak buat iklan hanya sebab nak nampak menarik dan kreatif, kenapa masukkan unsur-unsur agama lain dalam perayaan umat Islam?. Kenapa tulisan jawi atau arab di dalam buku dalam iklan itu terbalik? Kenapa ada awan yang menyalib pada menara masjid? Kenapa titik-titik air boleh mewujudkan lambang Zionis? Kenapa ada api pelita dalam bunga teratai? Bukankah itu semua adalah unsur mewakili dakwah agama lain? Semuanya kebetulan? 

Pengarah kreatif yang berbangsa Cina itu adalah bukan seorang Islam yang tahu kemuliaan dan kesucian Islam, jadi kenapa dia nak buat sesuatu tentang Islam tanpa minta bantuan serta pendapat dari orang Islam sendiri yang berkelayakkan memberi nasihat dalam proses pembikinan iklan tersebut.  Nampaknya beliau memandai-mandai  sahaja buat iklan ikut sedap akal pendeknya tanpa mengambil kira sensitiviti umat Islam.  sudah tiada lagi orang Islam yang mampu buat iklan untuk TV3 ke? (iklan untuk orang Islam)

Hal seperti ini berlaku kerana orang Islam sendiri tidak cuba berdakwah kepada orang kafir.  Ada pemimpin politik yang cuba menjauhkan orang kafir yang cuba mengenali dan mendekati ajaran Islam kerana jika orang kafir telah mengenali dan mendalami ajaran Islam, strategi politik dan kelangsungan hayat politik mereka akan tergugat.  Mereka ini ada agenda tersirat disebalik pelbagai slogan yang diperkenalkan.  Mereka seolah-olah masih mengamalkan dasar "pecah perintah".  Unsur-unsur seperti inilah yang wajib kita semua bersatu membersihkannya dari negara kita.

10 tahun kebelakangan ini, dilihat orang bukan Islam (yang tertentu) dilihat telah mula tertarik untuk mengenali Islam yang sebenar.  Kebanyakkan mereka ketika berucap ada merujuk kepada nasihat dari tuan guru mahupun ustaz-ustaz yang berkemampuan untuk memberi nasihat berkenaan isu semasa yang ada kaitan dengan ajaran Islam.  Mereka juga sudah menghafal beberapa istilah atau perkataan dalam Islam.   Jika dibandingkan dengan "puak" yang satu lagi, mereka cuma mahu meneruskan hayat politik masing-masing dan tidak ikhlas berkawan dengan kita.

Tarikh untuk menentukan Hari Raya Aidilfitri-Syawal 2010 di Malaysia


Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Puasa tahun ini ialah pada esok hari 8 September 2010.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dikeluarkan, perkara itu dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan Majlis Raja-Raja di Malaysia.  Ia akan dilakukan di 30 tempat yang bersesuaian di seluruh negara.  Majlis Raja-Raja sepakat bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2010 adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
 
Kawasan yang terpilih di Melaka untuk melakukan pencerapan anak bulan Syawal ialah di Kompleks Falak Al-Khawarizmi - MITC, Kampung Balik Batu dan Tanjung Bidara.  Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang telah dipersetujui oleh ahli pencerap anak bulan di semua stesyen yang terpilih.
 
Tetapi kebiasaannya tarikh masuknya bulan Syawal telah dinyatakan dalam "kalendar kuda" kerana sekurang-kurangnya setiap 5 tahun sekali, semua para ilmuan ahli kaji bintang, falaq, dan ahli sains dari pelbagai kumpulan, cabang bidang dan agama akan berkumpul bagi mengkaji dan memperbincangkan kiraan tarikh 5 atau 10 tahun akan datang. Tarikh yang dinyatakan dalam kalendar ialah 10 hb 9 2010.  Setiap tahun sememangnya tarikh yang dinyatakan adalah tepat kerana ia telah dikira lebih awal.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan