Mahasiswi liar berjoget tiang - bukti kegawatan ekonomi & moral

Adakah ini hasil kemerdekaan yang diraih selama ini?

Surat khabar "Harian Seks" tanpa jemu menyiarkan berita-berita yang memalukan orang Melayu dengan gambar yang besar, tajuk yang gempak dan sentiasa  meletakkan berita tersebut di muka hadapan, seolah-olah bangga dengan keruntuhan bangsa sendiri.  Melihatkan akhbar berbahasa (milik bangsa lain) lain, tidak pula pihak berkenaan beria-ia memberitahu (jika ada) perkara yang memalukan yang mungkin dilakukan oleh bangsa mereka di muka hadapan.

Pada hari ini, dipaparkan pula berita mengenai segelintir penuntut institusi pengajian tinggi yang melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko. Sama ada kenyataan yang diberikan oleh gadis yang terlibat adalah ayat yang asal ataupun ditokok tambah oleh wartawan, berikut adalah "statment" yang diberikan :


“Siang saya rasakan diri ini mulia, terutama ketika menuntut ilmu, tetapi apabila malam menjelma saya akui diri ibarat syaitan. Kehidupan di disko bagaikan syurga kerana itu tempat paling sesuai untuk melepaskan tekanan.

“Apabila mabuk, setakat melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko bukan masalah untuk saya. Ketika itu saya hanya mahu seronok, tetapi berasa ‘glamor’ juga sebab jadi perhatian,” kata gadis berkenaan.


Mereka melakukan perkara seperti ini atas alasan melepaskan tekanan dan menampung pembelanjaan pengajian dan kehidupan seharian mereka.  Perkara semacam ini sudah lama berlaku, iaitu sebelum kenaikan harga barang yang mendadak serta sebelum kejatuhan ekonomi.  Bayangkan dengan kos sarahidup yang semakin tinggi, pembaziran perbelanjaan wang negara oleh sesetengah pemerintah dan penarikkan subsidi barangan keperluan (makanan) harian, keadaan yang macam mana akan berlaku nanti?

Pada mereka yang menyokong kenaikkan harga minyak dan penarikkan subsidi BARANGAN KEPERLUAN / MAKANAN harian rakyat keseluruhannya termasuk rakyat yang sederhana dan miskin, adakah mereka ini akan sedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang hidup susah?. Adakah mereka akan memasakkan nasi dan lauk untuk rakyat yang miskin dan susah?. Yang miskin semakin miskin, yang rosak bertambah jahanam, yang kaya seolah-olah hidup di kayangan.

Masa bila kita dapat lihat mereka berpusu-pusu datang ke ceruk kampung memberi bantuan pada yang miskin dan hidup serba kekurangan..?, ya masa pilihanraya nanti...


~ pandangan ikhlas, ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang benar2 mengamalkan undang2 Islam dan menjaga kebajikkan rakyatnya.  Jika pihak akhbar nak beri pengajaran pada orang ramai, BUKAN ini caranya.  

Dalam Islam dah diajarkan cara-cara untuk menegur dan menasihati seseorang.  Kenapa tak ikut cara Islam? Cara yang digunakan pihak akhbar sekarang hanya gimik untuk melariskan jualan. Sepatutnya mereka meletakkan pada suatu sudut di akhbar berkenaan simbol "18SX".

Bahagian tengah ada artikel agama Islam (itupun nasib2 le ada...), bahagian belakang surat khabar dipromosikan judi. Ini ke konsep 1Malaysia?

Kebersihan melambangkan keperibadian

Video nasihat mengenai penjagaan kebersihan bagi mengelakkan penyakit yang wujud di akhir zaman ini.  Ini baru penyakit zahir, belum lagi "penyakit fikiran dan sikap" masyarakat kita hari ini...


Video di bawah sekadar mengambil isi dan maksud penyampaian sahaja, 
TIDAK sama sekali di hati saya untuk promosikan pakaian :

"KEBERSIHAN MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN"


Kurang Ajar vs Kurang Asam..?

Assalamualaikum, salam sejahtera...

Selalunya apabila seseorang yang masih muda bertekak atau berselisih faham dengan yang lebih tua atau dalam ayat lain "lebih dahulu makan garam..",  dikatakan ; "aku lebih tua dari kau, kau orang muda, jangan nak kurang ajar dengan aku...".  Tetapi tak semestinya yang mudah tu salah, kadang-kadang orang yang rasa dirinya tua tu lebih banyak "songeh".  Mentang-mentanglah dia tua, semua orang mesti hormat dia tak kira siapa yang benar, semua keputusan dia betul..?

Seperti kata pepatah, "kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa..".  Ada masanya yang muda memang buat silap tetapi yang tua tak selalunya betul.  Saya pernah jumpa orang tua yang ringan benar lidah dan mulutnya mengungkapkan kata-kata carut, dahlah tua perempuan pula tu, dah pergi haji pun...  Sikit-sikit nak salahkan orang, cakap tak pernah nak yang baik-baik, mesti nak mencarut.  Orang tua apa ni? Tunjukkan contoh yang tak baik pada orang lain.

Saya pernah bertanya kepada guru saya, jika dalam keadaan tertentu, orang muda dikatakan "kurang ajar", kalau orang tua yang kurang ajar macam mana pula? Guru saya jawab; "kalau orang tua yang buat kurang ajar, ianya dinamakan "KURANG ASAM...".

1. Kurang Malu
2. Kurang Sopan

3. Tak Tahu Malu & terlebih sopan

Penilaian luaran harus seiring dengan keperibadian dalaman

              

Penampilan luaran seharusnya seiring dengan kebaikkan dalam diri, begitu juga sebaliknya.  Apa rasionalnya seseorang itu berpakaian seperti pelacur kelas atasan ataupun yang mendedahkan aurat, tidak kiralah perempuan atau lelaki? Apakah dengan berpakaian sehingga menampakkan bonjolan-bonjolan ghairah itu seiring dengan keperibadian mulia seorang Islam?  Apakah dengan berseluar pendek di khalayak ramai itu serasi dengan tugas seseorang itu sebagai siak masjid..? (sekadar contoh).

Kalau seseorang itu sememangnya orang baik, suka tolong orang, kerap solat, tahu baca AlQuran, tapi pakaiannya menunjukkan susuk tubuh, dedah aurat,tidak memakai tudung dan terlalu bebas bergaul, kenakah imej tersebut dengan keperibadian dalamannya?

Sebagai contoh, anda pergi ke kedai untuk membeli biskut. Tetapi sarung atau balutan biskut itu rosak atau terdedah, sedangkan isi kandungannya nampak elok lagi.. Masihkah anda mahu membeli barangan seperti itu?

Bagi orang yang normal pastinya tidak.Penampilan dan tanggapan luaran amat penting pada seseorang. Hidup manusia ialah bermasyarakat.  Jadi, penilaian luaran itu penting bagi menggambarkan kebaikkan dalamnya. Anda nak ke bersuamikan atau beristerikan lelaki / perempuan yang selekeh dan pengotor, sedangkan kononnya dia baik hati? (pun sebagai contoh dan perumpamaan).

Jaga penampilan bukan sahaja dari segi pakaian, malah dari sudut tingkahlaku serta reaksi anda terhadap persekitaran juga penting.  Kita harus peduli dengan setiap apa yang orang kata.  Mungkin tak semuanya baik, tetapi ia boleh dijadikan kayu pengukur dalam penerimaan masyarakat sekeliling terhadap perbuatan kita.  Selalunya kita sendiri tidak nampak kelemahan dan kesalahan diri melainkan ianya ditegur oleh orang lain.

Bak kata orang Jawa, "the solution is brought to us by the teachings of the Prophet Muhammad true without any additions and rebranding as the teachings of Islam is complete and covers all things".



*Gambar yang digunakan di atas sekadar contoh perbezaan etika berpakaian sahaja, 
tiada niat ingin "mencemarkan" maruah sesiapa, melainkan si pemakai itu sendiri yang berbuat demikian...

Barang Naik, Beban Bertambah Naik, Semua Naik


Takkan hujan sahaja yang turun...?

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan