Assalamualaikum...
Dewasa ini kita telah diperdendangkan permasalahan sosial dan fahaman agama yang extrime. Masalah sosial yang melanda sebenarnya bukan hanya berlaku dikalangan generasi muda, bahkan orang dewasa dan golongan tua pun ada juga melakukannya.
"Hubungan kasih sayang" tanpa ikatan yang sah pun ada dilakukan oleh generasi tua itu, tetapi pada zaman mereka, tiada telefon berkamera, tiada kamera. Jika ada, pastinya merekapun akan menjadi pelakon 3gp Melayu boleh. Jadi janganlah nak disalahkan dan mengutuk golongan muda atau remaja sahaja, orang tua punya kemaruk lagu buruk roman ea...(loghrat Negeri Sembilan...).
Ada yang bertudung labuh tapi disebaliknya ada rantai bersalib, mempunyai nama orang Islam tapi dah murtad, rasuah itu haram tapi kalau parti dah macam nak kalah depa ketegak juga beli pengundi atau memalsukan undi (loghrat utara pulak).
Ada masyarakat yang nak Islam cuma separuh sahaja dalam hidup mereka, contohnya mereka mengikut syariat Islam masa nak bernikah, solat hari raya puasa & haji dan jika ada kematian, barulah mereka ini menggunakan Islam dalam kehidupan mereka. Islam bukan setakat hanya pada pernikahan, perayaan dan kematian sahaja. ajaran Islam merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Dari permulaan kelahiran manusia, urusan pentadbiran negara hinggalah ke akhir hayat.
Sekarang ini ada pemerintah cuba mengasingkan Islam dari sistem perundangan dan pentadbiran negara. Ada juga yang nakkan Islam tetapi dengan cara yang dipermudahkan mahupun diberi penjenamaan semula. Maka bermacam-macam istilah yang digunakan dan cara penyampaian pihak-pihak tertentupun berbeza bagi menarik minat golongan sasar seperti pemimpin politik dan artis bagi menyertai pertubuhan mereka.
Kesimpulannya, jika anda ingin jadikan Islam sebagai cara hidup secara menyeluruh, tiada had atau hari-hari tertentu sahaja, atau juga ingin kembali ke jalan yang benar, ikuti Islam yang diajarkan oleh guru agama di surau dan masjid. Tidak perlulah sertai mana-mana ajaran Islam dalam versi baru. Nak mengenali Allah, baca dan pelajari AlQuran disamping mendapatkan guru agama yang ditauliahkan oleh majlis agama Islam negeri masing-masing. Kalau sebarangan anda mengikuti perkumpulan motivasi yang kononnya membawa anda lebih mengenali Tuhan, lebih baik tidak perlu kerana jika seseorang itu kurang ilmu agama, maka amatlah senang akidah mereka terpesong dan keimanan mereka tergelincir ke arah kesesatan.

Perpaduan boleh dicapai melalui solat berjemaah |
Islam TIDAK menyuruh penganutnya "menyentuh" sensitiviti kaum penganut agama lain, apatah lagi mempersendakan agama sendiri. |