Berkhidmat sementara di Smartech Stationary


Assalamualaikum...

Bermula pada 17 september 2007, penulis berkhidmat di Smartech Stationary, Plaza Usahawan, Melaka. Penulis mengambil keputusan untuk berkhidmat di syarikat ini kerana ingin mengumpul modal bagi membiayai sedikit sebanyak perjalanan bisnes penulis sendiri. Terlangsungnya penulis dapat juga menimba pengalaman dalam bidang bisnes yang hampir serupa dengan bisnes penulis.

Cabaran untuk menjadi usahawan...

Assalamualaikum...

Penulis telah lama menyedari bahawa "menjadi usahawan" ataupun memiliki perniagaan sendiri bukannya semudah dilihat ataupun dikata. Mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan ini perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana cabaran serta dugaan dalam "sepak terajang" dunia perniagaan terlalu hebat. Sesiapa yang patah semangat atau mudah putus asa akan cepat mengalah, lantas menarik diri dengan segera dari "dunia bisnes".

Bagi penulis sesuatu pekerjaan itu tidak kira dalam apa jua sektor perlu ada ketekunan serta kesungguhan menjalankannya. Penulis telah menyertai beberapa kursus atau seminar yang berkaitan dunia keusahawanan sebagai bekalan dalam menyertai dunia "peperangan" ini, malah tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada. Penulis masih lagi "memburu" kursus-kursus keusahawanan atau yang seumpama dengannya ( terutamanya yang berkaitan dengan bisnes komputer serta ICT ).

Cabaran serta dugaan datang bukan sahaja dari persekitaran luaran malah persekitaran dalaman penulis sendiri. Penulis tidak mendapat sokongan yang sewajarnya dari orang-orang yang sepatutnya. Ditambah lagi dengan karenah birokrasi pihak-pihak tertentu yang semestinya penulis akan berurusan dengan mereka.

Tetapi penulis tidak berputus asa. Penulis akan menyusun semula strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat perniagaan penulis. Oleh kerana itulah penulis amat suka membaca buku-buku motivasi perniagaan serta berhubungan dengan individu-individu yang dapat membantu penulis dalam meniti perjalanan perniagaan ini... Doakan penulis berjaya dalam usaha ini...

Menjadi pemilik perniagaan atau kerja makan gaji?

Dalam zaman sekarang,pelbagai peluang wujud untuk rakyat Malaysia memperolehi kehidupan yang terbaik. Bermacam-macam peluang atau sumber kewangan halal yang boleh diterokai. Satu"trend" yang semakin popular ialah menjadi usahawan ( menjalankan atau memiliki bisnes ).

Terdapat pelbagai agensi yang berkaitan dengan dunia keusahawanan seperti MARA, MECD, SMIDEC dan beberapa agensi lain yang berkaitan dengan keperluan dalam pengwujudan usahawan. Malah, pihak MARA telah lama terlibat dalam memberi latihan kepada orang ramai sama ada darisegi pendidikan formal mahupun latihan teknikal atau bidang kemahiran. Contohnya dengan penubuhan Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA melalui GIATMARA Sdn Bhd di seluruh negara, memberi peluang latihan kepada kaum Melayu yang berminat dalam bidang kemahiran serta menggalakkan pelatih-pelatih ini untuk menubuhkan perniagaan sendiri. Usaha ini dilihat sesuatu yang positif dan amat berkesan memandangkan penguasaan kaum bumiputera dalam bidang ekonomi masih tidak mencapai tahap memuaskan dan ianya kurang 30% penguasaan dalam Malaysia. Terlangsungnya ia dapat mengurangkan masalah pengangguran di Malaysia.

Keluarga juga memainkan peranan penting dalam penggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang keusahawanan. Kurangnya pendedahan maklumat tepat mengenai bidang keusahawanan ini telah menyebabkan ramai dari kalangan ibubapa kurang merestui anak-anak mereka berniaga. Ibubapa lebih suka anak-anak mereka kerja "makan gaji" dan kalau boleh biarlah kerja itu mempunyai pencen, bagi meneruskan tradisi keturunan keluarga mereka. Tetapi ada juga ibubapa yang memberi dorongan sepenuhnya kepada anak-anak. Ini kerana ada ibubapa itu begitu memahami keperluan dan minat anak-anak ini untuk berniaga, malah ada keluarga mempunyai perniagaan yang diteruskan dari generasi ke generasi.
Sedangkan dalam agama Islam telah menyatakan bahawa 90% rezeki datangnya dari sumber berniaga. Nabi Muhammad s.a.w sendiri pada awalnya merupakan usahawan berjaya yang jujur lagi dipercayai. Maka, berniaga atau menjadi usahawan adalah sunnah nabi dan suatu jenis pekerjaan yang amat mulia disisi agama Islam. Rezeki datangnya dari Allah yang bergantung pada sejauh dan setekun mana usaha hambaNya dalam mengusahakan sesuatu.

Dilema bola sepak MALAYSIA

Kita jangan hanya memberikan komen-komen yang bersandarkan pada "kemarahan" atau dalam ertikata lain "memberikan pendapat yang menunjukkan kebodohan sendiri" (yang kononnya peminat bijak sukan bola sepak). Jangan membandingkan pasukan bola sepak Malaysia dengan pasukan luar kerana pasukan kita mempunyai kekuatan sendiri, cuma ianya belum dapat digilap dan diketengahkan dengan cara yang tepat.
Banyak ( bukan ramai ) peminat bola sepak dalam Malaysia mengutuk dengan teruk bola sepak Malaysia dengan kata-kata "main bola macam budak kampung","lembik" dan bermacam-macam kata-kata yang menyakitkan perasaan. Sedangkan peminat bola sepak yang "pandai mengutuk" itu sendiri tidak profesional dan tidak tahu mengawal emosi. Baling botol & buang sampah merata-rata dalam stadium. Hanya pandai beri komen...!!! (macam meriam buluh). Mengata macam-macam,tapi satupun tak boleh pakai...bising aje lebih. Pada pengutuk "profesional zero",pergilah sesi ujian pemilihan pemain bola sepak yang dijalankan oleh mana-mana pasukan negeri atau My-Team. Buktikan kehandalan kata-kata anda di padang bola sepak.
Sepatutnya kita semua berikan cadangan atau idea yang bernas, yang boleh digunakan untuk membangkitkan pencapaian pasukan bola sepak Malaysia.

Lahirnya usahawan komputer di Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka


Assalamualaikum...

Sesudah saya menyertai Program Pembentukan Usahawan Teknikal ( PUTEK ) di Ancasa Hotel MITC pada 13 - 22 Mei 2007, saya mendaftarkan bisnes saya atas nama ICT Niaga Enterprise. Program berkenaan di bawah anjuran Giatmara Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan negeri Johor.

Semasa saya mendaftarkan nama perniagaan pada tarikh 07 / 07 / 2007 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia cawangan MITC, ia turut berlangsungnya pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di dewan MITC. Di kesempatan itu saya bertemu dengan para usahawan SDSI yang mempunyai "booth" promosi. Di sini dapatlah saya menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah penjenamaan dan pemasaran perniagaan.

Buat sementara waktu, saya menjalankan bisnes ini di rumah sementara saya dalam proses untuk membuat pinjaman perniagaan pada pihak MARA,TEKUN ataupun mana-mana organisasi yang dirasakan sesuai dan dapat membantu mengembangkan lagi bisnes saya. 

Tetapi itu masih dalam pertimbangan, belum tentu lagi saya jadi buat pinjaman dengan mana-mana institusi berkenaan kerana untuk perniagaan baru, adalah sangat berisiko tinggi untuk gagal membayar semula seandainya membuat pinjaman dengan mereka.  Oleh itu saya sangat berhati-hati dalam hal ini.

Dalam perancangan, saya akan membuka premis perniagaan di Tampin, Negeri Sembilan kerana di situlah saya bersekolah dari peringkat rendah hingga menengah iaitu di Sekolah Kebangsaan Tampin ( sekolah rendah ) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin ( sekolah menengah ).


KEMASKINI
06/02/2014

Saya kini beroperasi di Tingkat 4, Arked Jalan Hang Tuah (a.k.a Kompleks Hang Tuah), Melaka

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan