Tentera Rusia selamatkan kru helikopter Ukraine

MELITOPOL - Dua kru sebuah helikopter Ukraine mengucapkan terima kasih kepada tentera Rusia kerana menyelamatkan dan memberi rawatan perubatan pada 5 April lalu sehingga mereka dapat meneruskan hidup.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan media Rusia baru-baru ini, kedua-duanya sedang menaiki helikopter Mi-8 yang dalam penerbangan dari Dnepro ke Mariupol sebelum pesawat tersebut ditembak jatuh dengan peralatan sistem pertahanan tentera udara Rusia.

“Saya dibawa keluar dari helikopter ketika saya terbaring dan dibawa ke kemudahan perubatan.

Mereka memberikan bantuan perubatan.Kaki dan lengan saya dibalut. Mereka tidak membiarkan saya mati. Terima kasih banyak-banyak,” kata seorang penembak Ukraine, Ivan Gavrilenko sambil berbaring di atas katil.

Pegawai itu mengalami beberapa luka serpihan dan melecur teruk hingga 55 hingga 60 peratus pada badannya.

Seorang lagi jurutera penerbangan, Kapten Dmitry Burlakov yang mengalami kecederaan yang lebih serius hanya mengucapkan perkataan 'terima kasih'.

Kenyataan mereka yang dibuat menerusi rakaman video turut disiarkan menerusi media Rusia.

Gavrilenko dan Burlakov sedang dirawat di sebuah hospital tentera Rusia di Melitopol kira-kira 150 kilometer ke barat Mariupol.

Ketika kejadian, helikopter sedang terbang dari Dnepro ditembak jatuh dalam perjalanan ke bandar Mariupol yang sebahagiannya berada di bawah kawalan tentera Ukraine, pejuang Batalion Azov dan askar upahan asing, pada 5 April lalu.

Burlakov yang juga seorang pegawai Briged Penerbangan ke-16 Kor Tentera Darat ke-8, Angkatan Darat Ukraine memberitahu penyiasat bahawa percubaan untuk memindahkan komander Azov dari Mariupol gagal kerana ia dilakukan dengan tidak teratur.

Organisasi misi tidak dijalankan dengan sebaik mungkin. Pada 5 April, kira-kira jam 4-5 pagi, kami telah diarahkan untuk terbang dari bandar Dnepro ke kawasan antara Dnepro dan Mariupol, 20 minit dari garisan persempadanan, kata Burlakov seperti dilaporkan media Rusia. - Agensi


Kredit : Sinar Harian


Related Posts:

  • Hospital Melaka perlu darah O dan AB STATUS BEKALAN DARAH O dan AB.Baru-baru ini Tabung Darah Hospital Melaka menerima permintaan darah yang tinggi untuk beberapa pesakit yang dimasukkan ke Wad Kecemasan untuk pendarahan yang sangat banyak.Salah satu kes i… Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia | 19 Julai 2022 Dua perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia berlangsung pada 19 Julai 2022 melibatkan Sabah FC bertemu Terengganu FC serta KDA FC menentang Sarawak United.Perlawanan antara Sabah FC dan Terengganu FC bermula pada 8:15… Read More
  • Liga Super Malaysia : 2 Julai 2022 Hanya satu perlawanan berlangsung pada hari Sabtu, 2 Julai 2022, pukul 9.00 malam iaitu melibatkan Melaka United dan JDT.Keputusan perlawananMelaka United 1 - 1 JDT27' Leandro Velazquez ( JDT )38' Justin Baas … Read More
  • Banjir lagi di KedahHujan lebat melebihi dua jam sejak pagi 12 Julai 2022 di negeri ini menyebabkan beberapa kawasan di daerah Alor Setar dinaiki air.Kenderaan yang melalui kawasan Lebuhraya Sultanah Bahiyah terpaksa memperlahankan kenderaan aki… Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia : 15 Julai 2022 Dua perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia berlangsung pada 15 Julai 2022 melibatkan Sabah FC bertemu JDT serta Terengganu FC bertemu KDA FC.Perlawanan antara Sabah FC dan JDT bermula pada 8:15 malam, manakala Tereng… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan