Tebusan beragama Islam diselamatkan tentera Rusia

Tentera Rusia didakwa berjaya membebaskan sejumlah tawanan Islam di sebuah masjid di daerah Primorsky, Mariupol pada Sabtu lalu. - Foto AFP


Tentera Rusia berjaya membebaskan dan menyelamatkan sejumlah penduduk Islam yang ditahan di sebuah masjid di bandar Mariupol, Ukraine, kata seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov pada Ahad.

Menurutnya, penduduk Islam itu ditahan oleh pasukan bersenjata yang dikenali sebagai Nazi Ukraine di sebuah masjid. Beliau berkata, operasi pembebasan itu dilakukan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Justeru, katanya, satu operasi ketenteraan dilakukan di daerah Primorsky pada Sabtu lalu untuk membebaskan para tebusan yang ditahan oleh anggota-anggota Nazi Ukraine di masjid tersebut.

Pada kebiasaannya, Nazi Ukraine merupakan gelaran yang diberikan kepada Batalion Azov Ukraine yang menentang tentera Rusia.

Menurut jurucakap itu, hasil operasi itu, masjid itu telah dibuka semula dan seramai 29 militan termasuk askar upahan asing telah terbunuh.

Di daerah Primorsky, terdapat sebuah masjid yang diberi nama sempena bekas pemerintah Turki, Sultan Suleiman. - Agensi



Kredit : Sinar Harian


Related Posts:

  • Keputusan Liga Super Malaysia : 8 Mei 2012   KEPUTUSAN PENUH Felda United 0-2 Lions (Stadium Hang Jebat) Selangor 1-3 N.Sembilan (Stadium Shah Alam) Kedah 1-1 T-Team (Stadium Darul Aman) Johor FC 3-2 PKNS (Stadium MP Pasir Gudang)… Read More
  • Polis Ayam, menjaga keamanan? Dalam dunia manusia tugas menjaga keamanan (jagalah sangat....) digalas oleh pasukan keselamatan awam sepertu polis dan tentera.  Pasukan keselamatan ini terutamanya polis perlu jujur dan berkarisma dalam menyempurnak… Read More
  • Keputusan bola sepak AFC Cup 8 Mei 2012 : Kelantan - Ayeyawady KELANTAN  1  -  0  AYEYAWADY Kelantan mara ke pusingan ke-2 Piala AFC selaku juara kumpulan H dengan 13 mata. Automatik berkelebihan selaku tuan rumah menentang Naib Juara Kumpulan F 23 Mei n… Read More
  • Tujuh "pernah" dalam cinta   Di mana bumi dipijak, dimana langit dijunjung, di situlah pasti ada hati insan yang pernah terguris tatkala berkongsi perasaan, menyulam kasih dalam menyantuni tuntutan sunah pada umat Nabi Muhammmad S.A.W. Saya… Read More
  • Destinasi Pelancongan : Gunung Jerai Assalamualaikum... Dah lama saya tak "melancong" ke Gunung Jerai.  Adalah dalam lebih 10 tahun rasanya.  Pasti kini terdapat perubahan yang ketara terutamanya dari segi kemudahan awam bagi pelancong yang ing… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan