Algoritma terkini Twitter mampu kesan kemurungan pengguna


Sepasukan penyelidik mendakwa bahawa satu siri algoritma baharu mampu mengesan kemurungan yang dialami oleh pengguna laman Twitter dengan ketepatan sehingga 90 peratus, lapor akhbar Metro UK. 
Menerusi penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal IEEE Transactions on Affective Computing itu, pasukan penyelidik dari Universiti Brunel dan Universiti Leicester telah menganalisis 38 ‘titik data’ khas daripada beribu-ribu profil Twitter yang berbeza.
Ia termasuk jenis kandungan-kandungan tertentu berkaitan bila sesuatu ciapan dihantar dan kepada siapa ia ditujukan.
Algoritma itu dilatih menggunakan dua pangkalan data yang tersedia secara umum yang mengandungi sejarah akaun Twitter beribu-ribu pengguna bersama dengan maklumat tentang kesihatan mental mereka.
Satu daripadanya telah disusun oleh Universiti Johns Hopkins yang terkenal di Amerika Syarikat (AS) pada 2015.
Sehingga 80 peratus daripada maklumat dalam setiap pangkalan data digunakan untuk mengajar bot dan 20 peratus lagi untuk menguji ketepatannya.
“Kami menguji algoritma pada dua pangkalan data yang besar dan menanda aras keputusan kami terhadap teknik pengesanan kemurungan yang lain.
“Dalam setiap kes, kami telah berjaya mengatasi teknik sedia ada dalam ketepatan pengelasan,’’ kata Pengarah Institut Niaga Hadapan Digital Brunel, Profesor Abdul Sadka.
Pasukan itu mengatakan bahawa sistem berkenaan berpotensi mendedahkan kemurungan pengguna sebelum mereka menyiarkan sesuatu ke domain awam. Ini bermakna platform seperti Twitter dan Facebook boleh secara proaktif membentangkan kebimbangan kesihatan mental pengguna. – Agensi

Kredit : Kosmo

Related Posts:

  • Komen Mufti Perlis mengenai hukuman sebat kepada lesbian di Terengganu Isu sensasi di Malaysia dalam bulan September 2018 ini mencetuskan pelbagai respon dari golongan rakyat biasa, ahli politik dan ahli agama. Pastinya pihak ahli politik serta kuncu mereka akan ligat memainkan isu ini bagi… Read More
  • Nur Amisah meninggal dunia Pelakon drama, Nur Amisah Binti Abdullah dijemput pulang ke Rahmatullah di rumahnya berusia 52 tahun, pagi tadi (18 Ogos 2018). Beliau meninggal dunia kerana semput akibat tonsil yang membengkak. Semoga roh arwah ditemp… Read More
  • Nama 24 pemain ke kem latihan Harimau Malaya Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya bermula Isnin (8 Oktober 2018) bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa “A”… Read More
  • KIDDLE : Web browser yang selamat untuk kanak-kanak PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN KANAK-KANAK / AWAL REMAJA Kalau anak-anak kita nak menggunakan internet untuk carian gambar untuk projek atau apa-apa yang berkaitan dengan tugasan sekolah, mereka boleh menggunakan KIDD… Read More
  • Car Boot Sale di Tampin, Negeri Sembilan Penduduk di Tampin, Negeri Sembilan kini mempunyai satu lagi tempat untuk membeli dan mendapatkan pelbagai barangan serta perkhidmatan sambil bersantai iaitu Car Boot Sale Tampin.  Ia bertempat di tapak parkir … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan