Perisian cetak rompak mungkin dibenarkan penggunaannya di Russia


Russia dilihat kian terdesak dalam mencegah keruntuhan ekonominya berikutan sekatan antarabangsa yang dikenakan terhadapnya disebabkan oleh serangan ke atas Ukraine. Antara langkah yang akan diperkenalkan bagi mengurangkan kesan sekatan ini adalah cadangan membenarkan penggunaan beberapa perisian cetak rompak.

Torrentfreak melaporkan kerajaan Russia telah mencadangkan menangguhkan penguatkuasaan undang-undang cetak rompak pada sesetengah perisian. Antara perisian yang dibenarkan tersebut melibatkan syarikat yang menentang pencerobohan Russia terhadap Ukraine atau perisian yang tidak mempunyai sebarang alternatif.

Kebanyakan negara-negara dunia telah mula memberikan tekanan ekonomi terhadap Russia dengan tujuan memberi desakan terhadap Presiden Vladimir Putin untuk menghentikan tindakan ketenteraan tersebut. Serangan ke atas Ukraine ini telah menyebabkan kehilangan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak sehingga kini. serta mendorong negara-negara kumpulan G7 untuk memutuskan hubungan dagang dengan Russia.


Selain itu, sebilangan besar syarikat-syarikat utama dunia turut bersetuju untuk memberhentikan sementara jualan dan perlesenannya di Russia. Antara nama-nama besar berkenaan termasuklah Apple, Adobe, Samsung, dan Microsoft. Ini seterusnya menyukarkan bagi rakyat kebanyakan Russia mendapatkan peranti seperti Macbook atau telefon pintar Galaxy di pasaran.

Atas sebab itu, kerajaan Russia terpaksa memikirkan satu mekanisme baharu bagi mengurangkan kesan sekatan ini disamping memudahkan urusan harian rakyatnya. Menurut Torrentfreak, cadangan memberikan kebenaran penggunaan beberapa perisian cetak rompak oleh kerajaan Russia ini merupakan sebahagian dari rancangan jangka panjang Kemeterian Pembangunan Ekonomi Russia. Pelaksanaan dasar ini adalah sesuatu yang agak aneh memandangkan Russia sebelum ini mengambil pendekatan yang keras terhadap kegiatan cetak rompak.


Kredit :

- Harian Teknologi

- Hypertec Direct





Related Posts:

  • 1 lagi kemajuan dicapaiPerkara pening dalam tahun ini, yang berlaku di sebuah negara yang dikatakan negara Islam : Fitnah makin subur Saksi dan pengakuan yang direka Setiap kali ada pilihanraya kecil, pasti ada yang keluar parti Harga barang semak… Read More
  • Dilema hala tuju impianTika ini saya berada di persimpangan dalam usahaniaga yang sedang saya jalankan.  Dalam keadaan ekonomi yang masih tidak meyakinkan serta perubahan suasana masyarakat hari ini membuatkan saya berfikir sejenak sama ada ma… Read More
  • Sokong, Dokong,Tolong, Bohong...Kalau ditegur katanya tak sokong, Jawabnya melepas projek yang didokong, Kalau nak senang marilah tolong, Bersama-sama karang story yang bohong...… Read More
  • Minta pertolongan dari Yang Maha Esa...Hari ini, saya didatangi oleh kenalan yang dikenalkan oleh sahabat saya.  Pada mulanya beliau datang atas urusan kad perniagaan yang ditempah pada saya.  Sambil itu, kenalan ini mempromosikan barang jualannya. … Read More
  • Hakikat kehidupanAda yang mengatakan bahawa, hidup di Malaysia ni dah cukup serta patut bersyukur kerana dapat bekerja, makan minum dan ada tempat tinggal.  Tapi benarkah ianya dah cukup atau dah melengkapi kehidupan kita?  Untuk ma… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan