Amran Aman Ramlie meninggal dunia

 


Pelakon dan pelawak terkenal, Amran Tompel menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.37 petang di kediamannya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Sabtu, 26 Mac 2022.  

Allahyarham Amran atau nama sebenarnya, Amran Aman Ramlie meninggal dunia pada usia 72 tahun akibat kanser usus dan baru-baru ini Amran positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin yang sepatutnya tamat tempoh kuarantin hari ini. Sebelum ini, beliau mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat serangan angin ahmar dan juga kurang selera makan hingga berat badannya semakin menurun.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan pada awal Mac 2020 selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak. Bagaimanapun, selepas empat hari dia dibenarkan pulang.

Allahyarham Amran merupakan saudara kandung kepada dua lagi pelakon tersohor AR Badul dan Adlin Aman Ramlie. Mereka tiga beradik adalah anak kepada seniman tersohor, Allahyarham AR Tompel.

Dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura, Allahyarham dilaporkan menghidap kanser usus sejak sekian lama. Allahyarham Amran meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam kenyataan yang dikeluarkan menyifatkan, Allahyarham Amran merupakan seorang anak seni berbakat besar.

Persatuan itu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian seniman itu.



Kredit :

- Astro Awani

- myMetro





Related Posts:

  • Hotel di Melaka yang ada sijil perakuan halal JAKIMHanya 14 buah hotel di Melaka diiktiraf halal dan dibenarkan menggunakan perkataan ‘Bufet Ramadan’ atau ‘Iftar Ramadan’ bagi mempromosikan pakej berbuka sepanjang bulan ini. Hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal s… Read More
  • Azizan Baba meninggal dunia ! Dengan ini seluruh peminat setia bola sepak negeri Melaka berserta pengurusan Melaka United dan MUSA telah menzahirkan ucapan sedalam-dalam takziah buat keluarga bekas pemain bolasepak Melaka, Allahyarham Mohd Azizan Ba… Read More
  • Keputusan FAS Tri-Nations Series 2022 - Singapura vs Malaysia Hari Perlawanan 2 | Sabtu, 26 Mac 2022FAS Tri-Nations Series 2022 SINGAPURA MALAYSIA 8.00 malam | Stadium Nasional, SingapuraPermainan ini sukar diramalkan memandangkan prestasi Harimau Malaya semakin baik. Nampakny… Read More
  • Amran Aman Ramlie meninggal dunia Pelakon dan pelawak terkenal, Amran Tompel menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.37 petang di kediamannya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Sabtu, 26 Mac 2022.  Allahyarham Amra… Read More
  • Bacaan niat solat sunat Tarawih Mari kita ulangkaji semula niat solat sunat tarawih. Semoga solat terawih kita diterima Allah SWT.Video bacaan niat solat sunat tarawih :Kredit :- JAKIM- Red Plus TV ( Youtube )… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan