Ohhh... ini rupanya syarat dari Russia kalau nak tamatkan perang

 


Rusia memberitahu Ukraine bahawa ia bersedia untuk menghentikan operasi ketenteraan 'pada bila-bila masa' jika Kyiv memenuhi senarai syarat, kata jurucakap Kremlin pada Isnin.

Dmitry Peskov berkata, Moscow menuntut Ukraine menghentikan tindakan ketenteraan, menukar perlembagaannya untuk mengekalkan keneutralan, mengakui Crimea sebagai wilayah Rusia, dan mengiktiraf republik pemisah Donetsk dan Lugansk sebagai negara merdeka.

Reuters melaporkan, ia kenyataan Rusia yang paling jelas setakat ini daripada syarat yang ingin dikenakan ke atas Ukraine untuk menghentikan apa yang dipanggil "operasi ketenteraan khas", yang memasuki hari ke-12.

Peskov memberitahu Reuters dalam temu bual telefon bahawa Ukraine mengetahui keadaan itu dan diberitahu bahawa 'semua ini' boleh dihentikan dalam masa singkat.

Rusia menyerang Ukraine dari utara, timur dan selatan, menggempur bandar-bandar termasuk Kyiv, Kharkiv dan pelabuhan Mariupol.

Pencerobohan yang dilancarkan pada 24 Februari, menyebabkan krisis pelarian terburuk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua, mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, dan membawa kepada sekatan berat ke atas Moscow.


Tetapi jurucakap Kremlin menegaskan Rusia tidak membuat sebarang tuntutan wilayah ke atas Ukraine dan berkata, dakwaan tuntutan untuk menyerahkan Kyiv adalah tidak benar.

"Kami benar-benar sedang menamatkan operasi tentera di Ukraine. Kami akan menyelesaikannya. Tetapi perkara utama ialah Ukraine menghentikan tindakan ketenteraannya dan kemudian tiada siapa yang akan menembak," katanya.

Mengenai isu berkecuali, Peskov berkata, Rusia harus membuat pindaan kepada perlembagaan yang menurutnya Ukraine akan menolak sebarang matlamat untuk memasuki mana-mana blok.

"Kami juga sudah bercakap mengenai bagaimana mereka harus mengakui bahawa Crimea adalah wilayah Rusia dan bahawa mereka perlu mengiktiraf bahawa Donetsk dan Lugansk adalah negara merdeka. Dan itu sahaja. Ia akan berhenti serta-merta," katanya.

Konflik itu bermula selepas Putin mengiktiraf dua wilayah pemisah di timur Ukraine, di mana pejuang yang disokong Rusia berperang dengan tentera Ukraine sejak 2014, tindakan yang dikecam Barat.
"Ini bukan kami yang merampas Lugansk dan Donetsk dari Ukraine. Donetsk dan Lugansk tidak mahu menjadi sebahagian daripada Ukraine.

"Untuk selebihnya. Ukraine adalah sebuah negara merdeka yang akan hidup bebas, tetapi dalam keadaan berkecuali," katanya.

Beliau berkata, semua tuntutan itu dirumus dan diserahkan semasa dua pusingan pertama rundingan antara delegasi Rusia dan Ukraine yang berlangsung minggu lalu.

"Kami berharap semua ini akan berjalan lancar dan mereka akan bertindak balas dengan cara yang sesuai," kata Peskov.

Menurutnya, keadaan di Ukraine menimbulkan ancaman yang lebih besar kepada keselamatan Rusia berbanding pada 2014, apabila mereka juga mengumpulkan 150,000 tentera di sempadan.


Kredit : myMetro

Related Posts:

  • Keputusan CIMB Liga Super Malaysia : 7 Mac 2020 Baki perlawanan kedua CIMB Liga Super Malaysia berlangsung pada 7 Mac 2020. Tiga perlawanan berlangsung pada pukul 9.00 malam kecuali pertemuan antara Sabah dan Felda United yang berlangsung pada pukul 8.15 malam. KEPUTU… Read More
  • CIMB Liga Super Malaysia 2020 : 6 Mac 2020 Keputusan dua perlawanan bola sepak CIMB Liga Super Malaysia 2020 antara pasukan bola sepak Melaka United menentang PDRM dan PJ City bertemu Pahang. Perlawanan berlangsung pada 6 Mac 2020, hari Jumaat, jam 9.00 malam. Ke… Read More
  • Keputusan CIMB Liga Super Malaysia : 11 Mac 2020 Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak CIMB Liga Super Malaysia yang diadakan pada hari Rabu, 11 Mac 2020. MALAYSIA SUPER LEAGUE 11.03.2020, WEDNESDAY KEPUTUSAN PENUH Felda United 3 - 2 Melaka United 7' Nicolas… Read More
  • Keputusan CIMB Liga Super Malaysia : 10 Mac 2020 Keputusan perlawanan bola sepak CIMB Liga Super Malaysia yang berlangsung pada hari Selasa, 10 Mac 2020. KEPUTUSAN PENUH Pahang 2 - 0 Sabah 20' Ivan Carlos [ Pahang ] 50' Herold Goulon [ Pahang ] PDRM 0 - 1 JD… Read More
  • Meyanaliza Ruslee bertemu ilahi Penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu Matahari, Maya meninggal dunia akibat kanser pada Rabu, 18 Mac 2020. Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu. Bagaimanap… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan