Biodata Menteri Besar baru Kelantan : Dato' Haji Ahmad Yaakob

 

Umumnya sudah dimaklumkan bahawa Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Ahmad Yaakob telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar baru negeri itu di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian pada 6 Mei 2013 lalu.  

Beliau menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan mulai 23 Mac 2004 sehingga 3 April 2013.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan itu menggantikan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 22 Oktober 1990.

Dato' Haji Ahmad Yaakob dilahirkan di Kampong Berangan, Tumpat pada 1 Febuari 1950. Bapanya Haji Yakob bin Ishak ialah tokoh agama dan pejuang PAS di Kampong Berangan. Manakala ibunya Cik Zainab Bintt Cik Hussin aktif dalam urusan Muslimah PAS Cawangan Berangan. Pada 1980, beliau berkahwin dengan Siti Zubaidah binti Ab. Hamid (seorang guru) dan mereka dikurniakan 11 orang anak.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Berangan. Kemudian di Sekolah Agama Bustanul Ariffin, Berangan, Tumpat. Seterusnya belajar di Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam , Kota Bharu.Seterusnya melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) Nilam Puri dan di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Syariah dan mendapat Diploma Pendidikan di Universiti 'Ain Syam , Kaherah jurusan Bahasa Arab (1978-1979).

Sekembali dari Mesir, beliau menjadi guru di Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam, Segamat, Johor (1980).Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong ,Gua Musang (1986), Sekolah Menengah Perempuan Pasir Mas dan ke Sekolah Menengah Rantau Panjang (1987-1995). Pada tahun 1995 beliau meletak jawatannya bagi membolehkan beliau bertanding di dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995. Sebagai guru agama, beliau aktif dari surau dan masjid menyampaikan dakwah dan ceramah.

Bapanya, Tuan Guru Haji Yakob bin Haji Ishak merupakan tokoh PAS Tumpat dan pernah ditahan di bawah ISA bersama-sama Haji Nik Abdullah Arshad- tokoh PAS Kelantan. Beliau menjadi ahli PAS di cawangan Berangan pada 1986 . Beliau pernah menjawat Pengarah Pilihanraya DUN Sungai Pinang (1986), Bendahari PAS Kawasan,Pengerusi Majlis Tindakan DUN Sungai Pinang (1990 -1995) dan Ketua Penerangan PAS Kawasan 1997-1999, Naib Yang DiPertua PAS kawasan Tumpat,Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan dan Jawatankuasa Bangunan PAS Tumpat serta Ahli Lajnah Politik PAS Negeri Kelantan.

Pada tahun 1995 , beliau ditawar bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995.Oleh itu beliau meletakkan jawatan dengan notis 24 jam sebagai guru Siswazah selama 15 tahun demi berbakti kepada PAS.Beliau bertanding di DUN Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat menentang calon BN Haji Saupi Daud dan beliau menang dengan majoriti 2,734 undi.

Pada 17 Mei 1987, Menteri Besar Kelantan melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia .Sebelum ini dipegang oleh Rozali Isohak (Semangat 46) yang telah digugurkan kerana masuk UMNO.

Selepas Pilihan raya 1999, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sains Teknologi dan Alam Sekitar .

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004 , ahmad Yakob menewaskan calon BN , Mohd Noor Yaakob (Naib Ketua UMNO Bhg Tumpat) dengan majoriti 2,271 undi.

Pada 23 Mac 2004 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Majlis mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan diadakann di Istana Negeri Kubang Kerian bagi menggantikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (ahli parlimen Pengkalan Chepa).

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan bagi menggantikan YB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang telah berkhidmat selama lima penggal.

Related Posts:

  • Cari Rezeki online dengan 8Share Pelbagai kaedah dan landasan yang tersedia untuk para pengguna internet terutamanya para "blogger" dan facebooker" untuk menjana pendapatan sampingan yang jika dijalankan dengan kaedah yang betul, insya Allah ia mampu memb… Read More
  • Petua elak nyamuk dari bayi Jika dilihat dan dikaji disekeliling kita, terdapat bahan-bahan dari alam sekitar yang boleh digunakan untuk melindungi kesihatan dan pencegahan penyakit. Bahan-bahan sebegini agak mudah untuk diperolehi dan digunakan se… Read More
  • Apakah itu Kasturi dan khasiatnya? Kasturi adalah sejenis wangian yang berasal dari dua jenis sumber, iaitu tumbuhan dan haiwan. Akan tetapi dalam artikel ini adalah menceritakan kasturi yang bersumberkan dari haiwan, kerana kasturi yang bersumber dari hai… Read More
  • Proses pengilangan kondom Kondom merujuk kepada alat mencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual (STD) seperti gonorea, siflis and AIDS. Alat ini berfungsi untuk membendung sperma (air mani) daripada memasuki faraj. Kondom pertama diperbuat da… Read More
  • Rahsia dan Khasiat pokok Beluntas Beluntas merupakan sejenis ulaman yang juga mempunyai fungsi sebagai penawar dalam perubatan berasaskan herba. Di Indonesia jus beluntas digunakan untuk merawat disentri (berak berdarah). Daunnya juga digunakan untuk mer… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan