Perawatan pening, demam, selsema, sakit tekak dan batuk-batuk

     

     

Salam sejahtera...
Berapa kalikah anda mengalami masalah kesihatan seperti tajuk artikel di atas dalam masa setahun?.  Pada saya sendiri, saya mengalami beberapa komplikasi kesihatan seperti tajuk artikel tersebut, dalam setahun lebih kurang sebanyak 2 atau 3 kali.  Saya juga mengamalkan pemakanan yang lain dari biasa iaitu selain dari memakan ubat sama ada yang dibeli di klinik atau kedai.

Sebagai contoh, jika saya menghidapi tanda-tanda akan selsema ataupun sudah selsema, saya akan makan ais krim (jenis yang berkrim) dan niatkannya sebagai ubat untuk legakan dan hilangkan selsema.  Dan ianya berkesan untuk saya.  

Selain itu, saya akan kerap minum teh o suam dan makan sup panas, tidak kira apa jenis sup.  Tapi yang jadi pilihan ialah sup ayam yang dicampurkan dengan pelbagai sayuran hijau.  Jika terpaksa, saya juga akan minum minuman bergas dan lepaskan gas tersebut di hidung. Ia dapat melegakan masalah hidung tersumbat.  Lagi kuat gasnya lagi elok.

Jika mengalami batuk, antara petua tradisional yang saya buat ialah campurkan kapur (kapur orang buat makan dengan sirih) dengan perahan limau nipis, kemudian sapukan rata pada bahagian leher. Seelok-eloknya sapu semasa hendak berehat panjang ataupun nak tidur.  Ulangi sapuan ini sehingga batuk reda atau hilang.  Boleh juga diselang seli dengan sapuan minyak angin atau balsem yang diperbuat dari gamat atau minyak dan balsem geliga.

Semasa batuk dan selsema, jangan atau elakkan dari makan makanan yang berminyak dan minuman yang sejuk (berais). Kopi dan milo tidak digalakkan untuk orang batuk.  Tetapi mengikut kajian terkini, air sejuk jika betul sukatannya boleh juga mengurangkan panas dalam badan ketika demam dan selsema.

Petua terakhir dari saya ialah larutkan beberapa biji gula Hack warna hitam ke dalam air panas atau suam lalu diminum ketika selsema dan batuk.

~p/s: petua di atas adalah telah dicuba oleh saya sendiri.  Kemujarabannya mungkin berbeza pada orang lain.

Related Posts:

  • Petua dari Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan   Assalamualaikum..... Peringatan dan tips-tips penjagaan kesihatan sudah sekian lama dipraktikan sejak zaman berzaman mengikut perkembangan teknologi perubatan pada zaman-zaman tertentu. Dalam ajaran Islam, … Read More
  • 7 Sebab untuk TIDAK ketagih Slurpee Sebelum anda tergesa-gesa keluar pintu untuk membeli "salji berwarna", anda perlu tahu apa yang anda akan dapat untuk kesihatan anda kerana ia tidak sesedap yang difikirkan.  Berikut adalah dipecahkan anatomi Slu… Read More
  • Aduh, peritnya cabut gigi...! Assalamualaikum.... Dalam dua minggu kebelakangan ini saya kurang sihat dan terpaksa mengambil cuti panjang. Maklumlah sekarang ini pun musim "gangguan kesihatan" tidak menentu. Salah satu gangguan kesihatan yang saya k… Read More
  • Faktor penyumbang pembentukan kelemumur, cara merawat dan pencegahan   Assalamualaikum..... Perempuan atau lelaki pasti ada menghidapi masalah kegatalan kepala akibat kelumumur.  Ada yang menggaru kepala sehingga mengakibatkan kulit kepala luka dan ini akan menyebabkan masal… Read More
  • Khasiat Air Kelapa Muda   Assalamualaikum. Apabila memperkatakan mengenai air kelapa muda, salah satu yang saya terbayang ialah Coconue Shake. Sesekali minum seolah-olah dapat menyegarkan tubuh badan dan melegakan dahaga, namun tidak dig… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan