Lirik lagu Kalau Berpacaran

Di sini saya sediakan lirik dan gambar penyanyi bagi lagu yang kian menjadi "halwa telinga" peminat muzik tempatan iaitu lagu "Kalau Berpacaran". Saya ada mendengar dua audio lagu ini dan saya dapati Altimet menyebut dua perkataan berbeza pada dua audio berbeza iaitu "sedia" dan "berani" bagi rangkap selepas "Berani buat terima padah..."

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia (berani)
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

Related Posts:

  • Nafas power si pengantin perempuan Video dalam artikel ini memaparkan sepasang pengantin di majlis perkahwinan mereka.  Kelihatan si suami memegang microphone, menghalakan ke corong saxophone dan si isteri memainkan saxophone. Rata-rata pengguna in… Read More
  • Lagu dan lirik Ramadhan dari AMAR Lagu "Ramadhan" yang merupakan saduran dari lagu asal "Let It Go" dari filem animasi yang terkenal di kalangan kanak-kanak iaitu Frozen telah mendapat sambutan yang juga menggalakkan dan rata-ratanya memuji ubah suai lir… Read More
  • Lirik Lagu Najwa Latif - Suatu Hari Nanti Aku inginkan hidup senang Aku inginkan hati tenang Setiap doaku untukku Setiap doaku untukmu Bawaku bawa Semuaku sayangku bawa Bawaku bawa Semuaku sayangku bawa Tadi pagiku patah hati Dia tak mungkin kan kembali Kau tak… Read More
  • Muara Hati ( versi Fairuz Selamat ) Lagu Muara Hati yang asalnya dinyanyikan oleh Dato Siti Nurhaliza dan Hafiz telah mendapat perhatian yang positif di kalangan peminat seni muzik di Malaysia. Pelbagai individu telah cuba menyanyikannya dalam versi ters… Read More
  • Beza lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal dengan Riverside - Agnes Obel Fynn atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak tahu atau pernah kenal lagu Riverside nyanyian Agnes Obel. Kata beliau lagi lagu Arjuna Beta dihasilkan dari  jiwa… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan