Jika anda rasa "useless", sila dengar motivasi dari Lizzie Velasquez


Dia mengalami penyakit yang sangat jarang berlaku. Tubuh Lizzie Velasquez tidak boleh memiliki lemak badan seperti orang normal dan beratnya hanya sekitar 29kg walaupun telah berusia dalam lingkungan 20-an.
Beliau yang mengalami Neonatal Progeroid Syndrome (NPS) iaitu suatu keadaan di mana tidak boleh menambah berat badan walaupun makan beribu kalori makanan dan hanya memilik hampir 0 peratus lemak badan sahaja. Beliau juga buta mata kanan dan mempunyai penglihatan terhad di mata kiri serta lemah sistem imun badan dan mudah penat.

Kini, Lizzie Velasquez telah memiliki ijazah dalam bidang komunikasi ,sedang aktif untuk menyebarkan mesej kesedaran positif bagi menangani aktiviti pembulian.

Beliau menerima pelbagai pandangan dan kata-kata negatif sepanjang bermula dari usia kanak-kanak hinggalah remaja. Namun penghinaan dan kata-kata cacian yang beliau terima sepanjang hidupnya dijadikan tangga untuk mencapai kejayaan.

Beliau mahu dirinya dinilai dari segi kejayaan yang beliau capai dan melalui apa perkara yang beliau lakukan, bukan pada keadaan fizikal tubuhnya.

Lizzie turut membantu memberi semangat kepada mereka yang mengalami sindrom sepertinya kerana Lizzie adalah orang yang hidup paling lama bagi golongan pesakit NPS ini. Kebanyakannya meninggal dunia ketika
masih kecil.

Kata-kata motivasi Lizzie:
“I would never ever ever change my appearance even if I could. It has taken me so many years to accept who I am and like the person I see in the mirror so I wouldn’t change it just to ‘fit in.”



Video pidato umum DSAI Di Universiti Malaya

 

Pada 27 Oktober 2014, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke perkarangan pintu masuk Universiti Malaya untuk memberi pidato atas jemputan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.  

Terdahulu pihak Universiti menutup tiga pintu utama pusat pengajian tinggi itu bagi menghalang Anwar berucap di dalam kawasan pusat pengajian termasuk membenarkan kakitangannya pulang seawal jam 4 petang dengan memberi alasan terdapat masalah berkaitan bekalan elektrik.

Sehingga jam 7 malam, kawalan di beberapa pintu utama diperketatkan dengan semua kenderaan masuk diperiksa.

Walaupun hujan, namun lebih 200 orang yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar membanjiri pintu utama Universiti Malaya bagi menunggu ketibaan Anwar sambilmendengar ucapan daripada beberapa pemimpin pelajar.

Ikon kebebasan mahasiswa, prof Azmi Sharom kemudian dilihat berbincang dengan Timbalan Naib Canselor bagi membenarkan mahasiswa yang berada di dalam untuk keluar menyertai program pidato tersebut.

Pelbagai perkara yang disebutkan dalam pidato beliau terutamanya berkenaan dengan kepentingan negara dan masyarakat madani di Malaysia.

Untuk makluman semua, melalui sumber dalaman, TIADA sebarang kerosakkan pagar atau harta benda di Universiti Malaya yang rosak akibat dari penyertaan ribuan mahasiswa dan mahasiswi universiti berkenaan. Telah ada pelbagai fitnah dan pembohongan serta provokasi disebarkan di media sosial di internet pada malam pidato ini.

Berikut adalah video dari rakaman Media Rakyat semasa malam pidato Dato' Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya :




Ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat undangan untuk pelbagai majlis di luar negara, beliau boleh sahaja mengambil tindakkan untuk mendapatkan suaka politik dari negara-negara yang menjemput beliau memberikan syarahan atau ceramah, namun demi menegakkan kebenaran, beliau sanggup mengambil risiko dipenjarakan apabila pulang ke Malaysia


**Saya tidak mendapat apa-apa bayaran dengan menerbitkan artikel ini seperti mana blogger upahan yang cari makan dengan memfitnah dan mencaci orang lain. Saya menaip atas kepercayaan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa politik.

**Saya juga tidak nafikan bahawa kerajaan ada melakukan beberapa perkara yang bermanfaat untuk rakyat namun sebilangan seteru politik kepada DSAI berasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh beliau.





Sikat Rambut Mengikut Sunnah Rasulullah SAW


HADITH riwayat Muslim ada menceritakan bahawa semasa Rasulullah SAW menyampaikan khutbah terakhirnya, Baginda berpesan, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah SWT dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian iaitu Al-Qur'an dan sunnahku."

Islam bukan sekadar mengandungi cara untuk menyembah Allah Yang Esa, tetapi merangkumi dari sebesar perkara hingga ke sekecilnya.  Ini termasuk juga sunnah dari Rasulullah SAW mengenai cara menyikat rambut yang betul. 

1. Rasulullah S.A.W melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut. 

2. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak. Ia ada kaitan dengan geseran ion-ion pada sikat perak yang dapat menjejaskan kesihatan kulit kepala dan rambut.

3. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ … 

4. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.




10 kebaikkan seorang wanita yang bertudung (hijab)


Salah satu kewajiban seorang wanita / perempuan ialah menutup aurat. Dengan menggunakan tudung, aurat seorang wanita akan tertutup. Maka dari itu, mahu atau tidak, wanita harus menggunakan tudung. Kalau pun awalnya kita merasa terpaksa, tapi hal itu akan terbiasa bila kita berterusan menggunakannya.

Apabila Allah SWT memerintahkan sesuatu mesti ada manfaat dan sebab yang memberi kebaikkan kepada kita. Begitu pula dengan penggunaan tudung (hijab) ini. Antara 10 kebaikkan bagi seorang wanita yang mengenakan jenis tudung yang mengikut syariat Islam ialah :

1. Rambut muslimah yang bertudung terlindung dari sengatan panas matahari dan terlindung dari debu serta polusi. Sehingga ketika tudung nya dibuka, rambutnya tampak selalu bersinar. Rambut indahnya hanya diperlihatkan untuk orang-orang yang berhak melihatnya.

2. Terjaga dari pandangan nakal. Muslimah yang bertudung tidak mempamirkan terus tubuhnya, kecuali muka dan telapak tangan. Oleh karena itu, lelaki pun terbatas memandangnya.

3. Lelaki akan merasa segan menggoda apalagi mempermainkannya. Biasanya, lelaki segan mendekati  wanita berjtudung, kecuali kalau peluang itu diciptakan oleh wanita itu sendiri.

4. Termotivasi untuk terus menuntut ilmu dan mengamalkannya.¬ Muslimah yang bertudung merasa dirinya menjadi alat ukur kebaikan dan kesuksesan. Tuntutan ini sangat bagus karena memacu dirinya untuk senantiasa berlomba meraih prestasi, kebaikan, dan sekuat mungkin menghindari kesalahan-kesal¬ahan yang dapat mencemarkan nama baik Islam oleh perbuatan dosa dan tercela.

5. Terjaga kehormatannya. Wanita berjtudung akan selalu menjaga kehormatannya seiring dengan ilmu yang dimilikinya. Kerana mereka mengetahui dan dapat membezakan kelakuan yang harus dilakukan dengan perilaku yang harus dihindari. Wanita bertudung dan berilmu merasa selalu diawasi Allah dari segala kemaksiatan.

6. Jika Anda tergesa-gesa harus keluar rumah dalam keperluan mendadak, darurat dan Anda tidak sempat sama sekali buat mendandani wajah maka menggunakan tudung, secara automatiknya pemakaian tudung merupakan penyelesaian terbaik. Ini berlaku juga pada masa ada yang tamu datang dan kita perlu segera untuk membukakan pintu.

7. Jika perempuan yang ingin memberikan susu badan pada bayi di tempat umum, Insya Allah dengan tudung perempuan dengan bebas  memberikannya di tempat umum kerana aurat perempuan yang tertutup dengan tudung berkenaan.

8. Jika Anda memiliki kelemahan dari rambut, tudung sebagai penutup aib tersebut. Anda tetap percaya diri dan penuh semangat.

9. Terhindar dari godaan untuk bersikap gedikl dan tidak sopan, biasanya tudung mampu menjadi alat pengawalan keperibadian perempuan yang menggunakannya.

10. Sangat dihormati dan dihargai oleh jantina yang berlawanan jenis disekitar anda. Lelaki akan merasa segan dan malu untuk mengganggu anda.




Video skirt terselak masa naik motor


Inilah akibatnya kalau berpakaian seksi yang akhirnya memalukan diri sendiri. Dahlah naik motorsikal, lepas tu tak ingat ke yang "awak" tu pakai skirt pendek sehingga ia terselak ditiup angin dan menampakkan g-string. 




*Salah satu hikmah menutup aurat dengan sempurna ialah mencegah diri dari mendapat malu hasil dari pandangan orang lain.


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan