Maksud tersirat pada tarikh 1 April : kekejaman terhadap umat Islam!!!

Sedekahkan pahala membaca Al Fatihah untuk umat Islam di Sepanyol
yang mati dibunuh puak Kristian yang ganas dan zalim

Apa yang berlaku pada April Fool dalam sejarah Islam sepatutnya membuka mata kita supaya menjadikan 1st April bukanlah hari gurau senda tetapi hari memperingati kekejaman yang dilakukan oleh tentera Salib (Kristian) terhadap umat Islam di Spanyol.

The April's Fool Day, berawal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487, bersamaan dengan  892 H. Sejak Sepanyol dibebaskan melalui Islam pada abad ke-8M oleh Panglima Thariq bin Ziyad dari penindasan puak kafir, Sepanyol beransur-ansur menjadi satu negeri yang makmur.
 

Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dapat dibebaskan.  Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya ditawani dengan aman oleh Islam. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Got dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pergunungan. Islam telah mula menerangi seluruh Sepanyol. Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah diri, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas menganuti ajaran Islam. Muslim Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan cara hidup seorang Islam. Tidak hanya membaca Al-Quran, tingkah laku mereka berdasarkan Al-Quran. Mereka kerap berkata tidak untuk muzik, arak, pergaulan bebas, dan segala perkara yang dilarang Islam. Keadaan aman dan sejahtera seperti ini berlangsung hampir enam abad lamanya.
 

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berusaha menghapuskan Islam dari Sepanyol, namun acapkali gagal.  Maka mereka menhantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam Sepanyol. Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukkan Islam, yakni dengan cara melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya.
 

Maka mulailah secara diam-diam mereka menghantar arak dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari dari pada membaca Al-Quran. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan api perpecahan pada umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan taktik ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dapat dikuasai oleh pasukan tentera Salib yang mempunyai hubungan dengan gerakkan Zionis. Serangan oleh pasukan tentera Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan tentera Islam yang disiksa, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua turut di bunuh dengan kejam. Satu-persatu daerah di Sepanyol jatuh.


Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Salib terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan sudah sepi,  ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granadayang masih bersembunyi di rumah-rumah.Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa orang Islam Granada dibolehkan keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
 

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk belayar meninggalkan Granada dan Sepanyol.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, sambil beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan tentera Salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.
 

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjulang ke angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya. Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya terpana ketika tentara Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dengan anak-anak yang masih kecil. Sedang para tentara Salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
 

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib segara membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangisan dan takbir memenuhi suasana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.
 

Tragedi ini bertepatan dengan tarikh 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai The April's Fool Day.  Pada tarikh 1 April, orang-orang dibenarkan menipu dan berbohong kepada orang lain. Bagi orang Kristiani, The April's Fool Day merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera Salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan The April's Fool Day dengan cara membenarkan penipuan dan kebohongan dalam masa yang sama disulami dengan dalih iaitu sekzdar hiburan atau gurauan belaka.
 

Bagi umat Islam, The April's Fool Day tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudara seIslam disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak bermoral juga dengan adanya orang Islam pada masa kini yang masih terikut-ikut merayakan tradisi ini. Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai ribuan umat Islam di Granada, Sepanyol, pada 5 abad silam.... 

~ Allah Maha Besar....!!! Ya Allah... berilah kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang berkehendakkan Islam sepenuhnya tanpa Had, tanpa hari di dalam sistem pentadbiran negara ini, walaupun apa jua bangsanya, juga kepada mereka yang meredhai Islam di negara ini.  Jauhkan fitnah yang sedang melanda umat Islam di Malaysia dan di seluruh pelusuk bumi ini...  Ya Allah.., sesungguhnya aku ini hambamu yang lemah tanpa petunjuk dan hidayah dariMu...

Tutup aurat bukan sekadar bertudung...


Assalamualaikum...

Ramai yang menganggap apabila sudah bertudung, mereka sudah melaksanakan tanggungjawab menutup aurat dari pandangan yang bukan mahram.  Aurat bukan sekadar bahagian rambut dan sekitarnya, ianya lebih dari itu.  Suara, gaya pergaulan dan tingkah laku serta adab percakapan juga merupakan aurat yang perlu dijaga.

Fesyen pada pakaian yang "sarung" oleh perempuan pada hari ini mempamerkan kejahilan wanita Islam tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Antaranya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Beranggapan aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Itu kisah perempuan yang bertudung.  Ada yang bertudung hanya kerana watak yang dilakonkan dalam drama atau filem mengkehendakkan si pelakon itu bertudung.  Juga ada yang bertudung kerana menjadi jurucakap atau model kepada jenama tertentu tudung.  Pemakaian sebegini "secara logiknya" sukar mendapat rahmat dan pahala kerana ianya semata-mata berkaitan dengan urusan dunia.

Ada blogger perempuan yang kononnya semakin popular lantaran pasangannya sedang cemerlang dalam sukan bola sepak (kini dah putus tunang), memberi maklumbalas pada komen saya mengenai dirinya yang tidak lengkap menutup aurat dengan kata-kata "dia hanya berpakaian biasa sahaja" dan maksud ayatnya yang lain ialah menidakkan teguran saya itu.  Sedangkan saya memberi nasihat agar dia menutup aurat dengan sempurna agar hubungan dia dan pasangannya itu mendapat lebih berkat dari Allah SWT.  Niat saya cuma mahu lihat mereka lebih berkeadaan baik, tapi "perempuan ini" seperti tidak mahu menerima teguran ikhlas saya.   

Apakah dengan tidak bertudung, berpakaian baju t-shirt yang menampakkan bentuk dada dan badannya serta memakai seluar jeans yang juga bisa menampakkan bentuk punggungnya itu adalah pakaian yang biasa dalam konteks Islam?.  Apakah blogger perempuan ini sudah rasa hebat sangat dengan kepopularannya itu hingga tidak mengambil berat tentang teguran orang lain mengenai auratnya itu?  Atau dia bangga mempamerkan saiz dadanya itu...?.  Kita tegur dengan baik, dia tak nak terima...


~ insya Allah, saya akan menaip artikel mengenai aurat lelaki pula...

Video gadis cuba bunuh diri di KB Mall Kelantan


Assalamualaikum...

Beginilah yang terjadi seandainya tidak diterapkan dengan kefahaman Islam sejak dari awal kanak-kanak.  Budaya keIslaman di rumah semakin sepi dari menjadi amalan.  Ditambah lagi dengan tiadanya hajat atau cita-cita pemerintahan sedia ada untuk menggunakan sepenuhnya undang-undang Islam dalam sistem perundangan Malaysia.  Maka moleklah berbuat demikian dengan segera memandangkan Malaysia seperti diwar-warkan oleh "puak-puak" mereka iaitu sebagai sebuah negara Islam yang termaju.

Sumber ekonomi sudah bercampur haram sudah bercampur baur dengan yang halal menyebabkan rakyat juga memakan hasil dari sumber haram.  Makanan atau minuman yang telah menjadi darah daging rakyat akan menerima kesannya.  Lihatlah sekarang ini kes jenayah makin menjadi-jadi.  Tiadanya suasana dan roh keIslaman yang tulen dalam sistem pemerintahan negara memburukkan lagi keadaan keseluruhan rakyat.

Akibat dari kelalaian dan kepentingan persendirian pemimpin, maka rakyat Malaysia kini dilihat semakin mundur akhlak dan budi pekerti.  Rakyat negara ini dilihat semakin "ganas" dan tidak berperikemanusiaan.  Kerap dilaporkan di media arus perdana kes bunuh, rogol, buang bayi, rasuah dan yang sentiasa hangat kini iaitu kes fitnah bersiri.  Apabila panduan agama dijauhi, kepentingan politik mundur dan busuk diamalkan, maka negara semakin menghampiri kehancuran.  Rakyat terutamanya kanak-kanak, atas jasa beberapa pihak sudah mempelajari beberapa perkataan yang sebelum ini asing bagi mereka iaitu releven, rasuah dan liwat.  Mereka mempromosikan cerita lucah di surat khabar dan televisyen dan akhirnya pula menjadi bahan untuk serangan politik.

Penyebaran dan penyimpanan video "blue" - soal pilihanraya kah?


Assalamualaikum...

Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dikemaskini sehingga 10 Oktober 2002 berbunyi:

"Barang siapa (a) Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau dan dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah, .... hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya."

Bagi individu yang menyimpan gambar lucah pula boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 292 dan 293 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Tindakan turut boleh diambil mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muzik batu di Malaysia

 
 Kumpulan muzik rock yang bergambar dihadapan bukit "rock" (batu).

Assalamualaikum...

Gambar di atas merupakan zaman "pra sejarah" muzik "batu" di negara kita.  Adakah anda kenal mereka yang bergambar di atas ini?.  Adakah anda tahu nama individu-individu dan nama kumpulan mereka...?

Ada yang saya kenal, ada yang tak tahu menahu langsung.  Bermacam-macam ragam mereka ini. Semuanya pengaruh dari muzik luar.  Nak rock tak semestinya kena rambut panjang atau berpakaian "menakutkan".  Rock adalah lebih pada perkaitan dengan lirik dan muzik yang pada sesetengah "manusia" dianggap bingit bangat...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan