Salam Syawal 1430 / 2009

Assalamualaikum...

Raya tahun ni makin sepi, sambutan makin kurang meriah. Kanak-kanakpun makin kurang datang beraya dari rumah ke rumah, tidak seperti 5 atau 10 tahun kebelakangan ini. Tahun-tahun sebelum ini, orang dewasa dan kanak-kanak silih berganti berkunjung ke rumah saudara mara mahupun rumah penduduk kampung bagi menghidupkan suasana lebaran. Faktor kemerosotan ekonomi selain dari wabak penyakit yang menular di Malaysia, memungkinkan suasana Aidilfitri tahun ini makin suram seiring dengan ekonomi dan politik semasa di Malaysia.

Pada ketika ini dilihat "banyak orang" ( bukan ramai...) melakukan sesuatu perkara mengikut kepentingan diri atau pihak tertentu yang lebih menjurus kepada "kecelakaan sosio-politik" antara rakyat Malaysia. Bak kata bidalan, "Sokong membawa rebah".

Maka akan mahupun telah kita lihat, satu pihak yang menunjukkan seolah-olah mereka membela sesuatu nasib bangsa tertentu tetapi dalam masa yang sama mengeruhkan keharmonian antara kaum di Malaysia. Mereka mahu menjadi "wira / hero" segera atas sebab yang jumud tanpa memikirkan tindakan mereka itu pasti membawa lebih banyak keburukan dalam masyarakat. Sekiranya anda seorang dewasa.., jangan jadi budak-budak.., sekiranya anda orang muda, maka timbalah pengalaman dari sumber-sumber yang sahih dan halal.

Dalam kita berniaga, bersukan, bekerja serta melakukan pelbagai aktiviti harian, wajiblah kita ingati setiap masa bahawasanya kita sudah terlambat untuk jadi negara yang terdiri dari satu bangsa (mono-race), tetapi kita masih belum terlewat untuk mengukuhkan perpaduan dari kalangan pelbagai bangsa (poli-race) di Malaysia... Ikutilah segala contoh, ajaran mahupun slogan yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W, untuk kita umat akhir zaman...

Ramai yang tidak percaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
**Sedikit cerita mengenai perkembangan terkini diri saya...

Mulai hari ini, 17/08/2009, saya terlibat dalam perkongsian kepakaran dalam pemasangan rangkaian komputer antara pihak GIATMARA Sdn Bhd ( GIATMARA Negeri Melaka ) dengan pemenang tender iaitu Night Electronics (M) Sdn Bhd.

Projek pemasangan rangkaian komputer dan internet berjalan di seluruh cawangan GIATMARA Negeri Melaka. Saya dipilih untuk melibatkan diri dalam projek pemasangan rangkaian komputer di GIATMARA Kota Melaka, Melaka dan pejabat GIATMARA Negeri Melaka, yang bertempat di Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka.
Berbalik kepada tajuk asal artikel ini, ramai juga yang tidak percaya pada cara saya menjalankan perniagaan komputer. Saya menjalankan perniagaan servis komputer dan jualan aksesorinya dengan cara yang paling menjimatkan kos iaitu menyewa di kedai lot separuh, modal sendiri yang terhad (perbelanjaan dikawal ketat) dan tanpa kenderaan sendiri.
Perkara terakhir yang saya maklumkan di atas merupakan kenyataan yang paling dipertikaikan oleh ramai orang... Saya ingin bertanya kepada para pembaca, adakah saya langsung tidak boleh menjalankan perniagaan sekiranya saya hanya berkemampuan untuk menggunakan pengangkutan awam? Bak kata pepatah, "nak seribu daya, taknak seribu dalih...". Renungkanlah...

Seminar Kenali Potensi Diri - Dr. Azizan Osman

Dr. Azizan Osman
Dewan C, Pusat Persidangan MITC

Pada hari Ahad, 12 Julai 2009, saya telah menyertai Seminar Kenali Potensi Diri ( untuk kebahagiaan, kesihatan,kekayaan dan kejayaan, yang disampaikan dan diasaskan oleh Dr.Azizan Osman, yang merupakan Moderator Workshop Rahsia Tarikh Lahir & Workshop Rahsia Kuasa Minda Jutawan, Personal & Business Coaching Program, serta pengasas Rich & Richer Resources Network. Ia dijalankan di dalam Dewan C, Ground Floor, Convention Centre, Melaka International Trade Centre Complex, Ayer Keroh Melaka.
Seminar tersebut dihadiri seramai 2000 peserta, kebanyakannya adalah yang tinggal atau bekerja di Melaka. Ada juga peserta yang berasal dari negeri lain, turut mengambil kesempatan menyertai seminar yang julung kali diadakan, sempena ulang tahun Pertama " Workshop Rahsia Tarikh Lahir - Kenali Potensi Diri".

Penyakit lama dalam bidang perniagaan



Sepanjang pemerhatian saya, masih lagi terdapat "penyakit lama" yang dihidapi peniaga ataupun usahawan Melayu, iaitu dengki, irihati yang tidak sihat, tamak tak kena tempat dan menggunakan segala macam ilmu sesat untuk memudaratkan orang / peniaga yang tidak disukai.

Ada usahawan Melayu bersaing secara tidak sihat & bijak dan tidak bekerjasama, tidak kiralah dari bidang perniagaan yang sama mahupun tidak. Yang peliknya walaupun usahawan / peniaga berhampiran jual barangan / perkhidmatan yang berbeza, tidak terkecuali dari mendapat tempias penyakit lama itu..

Segala agensi yang berkaitan dengan keusahawanan seperti Majlis Amanah Rakyat dan TEKUN telah lama menjalankan pelbagai kursus keusahawanan dalam memupuk sikap, sifat & semangat keusahawan yang tulin di kalangan usahawan Melayu & bumiputera, tetapi nampaknya ada para usahawan tidak dapat "menyerap" segala apa yang diajarkan dalam kursus tersebut.

Mereka menghadiri kursus semata-mata memenuhi syarat pinjaman perniagaan dan meminggirkan kepentingan ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam perniagaan... Ada juga yang suka ambil tahu hal orang lain, tetapi bukan untuk menolong apa yang patut tetapi "mencari & mencipta" salah orang lain dan menyebarkannya. Ini sudah semacam satu hobi bagi peniaga yang tidak "sihat".

Seperlunya masyarakat peniaga ataupun usahawan Melayu sama-sama menyokong serta membangunkan perniagaan secara berkelompok. Jika kita berseorangan, sedikit sahaja kerja yang dapat dibuat, sebaliknya jika kita bersama dengan ramai sahabat, banyak kerja yang boleh dibuat...

Pening, pening....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bukan calang-calang orang yang boleh serta mampu menjalankan perniagaan bersyarikat iaitu secara serius & sepenuh masa. Kalau "menjerumuskan" diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan ini secara separuh hati ataupun kurang keteguhan hati, pasti mereka itu telah "gulung tikar" lebih awal.

Saya juga terkena tempias gelora dunia keusahawanan ini. Baru-baru ini saya telah menjalani satu pemeriksaan kesihatan. Hasil keputusan dari pemeriksaan kesihatan itu menunjukkan saya telah menghidapi "tekanan darah tinggi". Pegawai yang menjalankan pemeriksaan tersebut menyatakan saya ini mungkin mengalami tekanan perasaan, tension sebab tak cukup duit atau lain-lain hal yang berkaitan.

Memang benar kata pegawai itu. Saya mengalami tekanan perasaan dan kegelisahan yang teramat sangat. Duit tak cukup, pelanggan lambat buat bayaran, nak kumpul duit untuk bertunang dan berkahwin... macam-macamlah.. Umumnya mengetahui, sekiranya ingin menenangkan hati, disarankan supaya banyakkan solat dan berzikir. Tetapi pada saya " Tuhan " tidak terus memberi ketenangan pada setiap jiwa manusia, walaupun telah bersolat dan berzikir. Bukan bermakna " Tuhan " tidak memperdulikan hambaNya, tetapi Dia ingin menguji sejauh mana tekad dan usaha seseorang itu dalam mengejar cita-citanya. Dalam situasi begini, saya tidak pasti selama dan sejauh mana saya dapat bertahan.

Saya sekarang masih berusaha sekuat mungkin bagi melepasi halangan ini. Bukankah kejayaan serta kekayaan itu lebih nikmat dirasakan setelah bersusah payah dahulu...?

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan