Penyakit lama dalam bidang perniagaan



Sepanjang pemerhatian saya, masih lagi terdapat "penyakit lama" yang dihidapi peniaga ataupun usahawan Melayu, iaitu dengki, irihati yang tidak sihat, tamak tak kena tempat dan menggunakan segala macam ilmu sesat untuk memudaratkan orang / peniaga yang tidak disukai.

Ada usahawan Melayu bersaing secara tidak sihat & bijak dan tidak bekerjasama, tidak kiralah dari bidang perniagaan yang sama mahupun tidak. Yang peliknya walaupun usahawan / peniaga berhampiran jual barangan / perkhidmatan yang berbeza, tidak terkecuali dari mendapat tempias penyakit lama itu..

Segala agensi yang berkaitan dengan keusahawanan seperti Majlis Amanah Rakyat dan TEKUN telah lama menjalankan pelbagai kursus keusahawanan dalam memupuk sikap, sifat & semangat keusahawan yang tulin di kalangan usahawan Melayu & bumiputera, tetapi nampaknya ada para usahawan tidak dapat "menyerap" segala apa yang diajarkan dalam kursus tersebut.

Mereka menghadiri kursus semata-mata memenuhi syarat pinjaman perniagaan dan meminggirkan kepentingan ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam perniagaan... Ada juga yang suka ambil tahu hal orang lain, tetapi bukan untuk menolong apa yang patut tetapi "mencari & mencipta" salah orang lain dan menyebarkannya. Ini sudah semacam satu hobi bagi peniaga yang tidak "sihat".

Seperlunya masyarakat peniaga ataupun usahawan Melayu sama-sama menyokong serta membangunkan perniagaan secara berkelompok. Jika kita berseorangan, sedikit sahaja kerja yang dapat dibuat, sebaliknya jika kita bersama dengan ramai sahabat, banyak kerja yang boleh dibuat...

Related Posts:

  • 8 jenama pelayar web untuk dicubaSetiap gambar di bawah mempunya pautan ke laman web pengeluar.  Klik pada gambar untuk maklumat lanjut serta muat-turun "Web Browser" (Pelayar Web) pilihan blogger & bloggies :           &nb… Read More
  • Hijrah yang teramat perlu - Maal Hijrah 1432Assalamualaikum... Kita seringkali dihidangkan dengan cerita tahun baru masihi.  Pelbagai majlis sambutan diadakan samaada oleh kerajaan mahupun organisasi tertentu, dilangsungkan dengan besar-besaran, dan selalunya ket… Read More
  • Edit foto contest oleh Qaseh Dalia Adelia   Assalamualaikum... Peraduan ini adalah peraduan yang ketiga saya sertai.  Sesiapa yang menyertai peraduan ini, dikehendaki mengubahsuai apa-apa gambar asalkan tidak menjatuhan maruah dan gambar berkenaan seb… Read More
  • Fitnah & penipuan berada di mana-manaAssalamualaikum... Sejak zaman awalan kewujudan manusia di bumi, fitnah dan penipuan sudah mula menghinggapi peradapan manusia.  Kita dapat lihat betapa kemusnahan dan peperangan yang berlaku akibat dari perkara ter… Read More
  • Apabila cikgu berinternet & berblog...Assalamualaikum... Semenjak ledakkan teknologi maklumat, semakin ramai rakyat Malaysia yang cuba mendekati bidang yang dianggap masih di peringakt pembangunan.  Semua orang sibuk mempelajari chatting, laman web dan sega… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan