Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bukan calang-calang orang yang boleh serta mampu menjalankan perniagaan bersyarikat iaitu secara serius & sepenuh masa. Kalau "menjerumuskan" diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan ini secara separuh hati ataupun kurang keteguhan hati, pasti mereka itu telah "gulung tikar" lebih awal.
Saya juga terkena tempias gelora dunia keusahawanan ini. Baru-baru ini saya telah menjalani satu pemeriksaan kesihatan. Hasil keputusan dari pemeriksaan kesihatan itu menunjukkan saya telah menghidapi "tekanan darah tinggi". Pegawai yang menjalankan pemeriksaan tersebut menyatakan saya ini mungkin mengalami tekanan perasaan, tension sebab tak cukup duit atau lain-lain hal yang berkaitan.
Memang benar kata pegawai itu. Saya mengalami tekanan perasaan dan kegelisahan yang teramat sangat. Duit tak cukup, pelanggan lambat buat bayaran, nak kumpul duit untuk bertunang dan berkahwin... macam-macamlah.. Umumnya mengetahui, sekiranya ingin menenangkan hati, disarankan supaya banyakkan solat dan berzikir. Tetapi pada saya " Tuhan " tidak terus memberi ketenangan pada setiap jiwa manusia, walaupun telah bersolat dan berzikir. Bukan bermakna " Tuhan " tidak memperdulikan hambaNya, tetapi Dia ingin menguji sejauh mana tekad dan usaha seseorang itu dalam mengejar cita-citanya. Dalam situasi begini, saya tidak pasti selama dan sejauh mana saya dapat bertahan.
Saya sekarang masih berusaha sekuat mungkin bagi melepasi halangan ini. Bukankah kejayaan serta kekayaan itu lebih nikmat dirasakan setelah bersusah payah dahulu...?
Pening, pening....
By Admin at 2:08:00 pm
Related Posts:
Lirik Lagu Ainan Tasneem feat Alif Sleeq - Pergilah Sayang, jika kau sedia Jangan buang masa Fikir masak-masak Apa yang terbaik untukmu Aku sini ku tak akan putus Memberimu semangat Tak perlu memekak Ku gembira untuk kamu Tau saja kami mendoakan kamu Untuk kau berjaya … Read More
Sambutan Ambang Tahun Baru 2016 Bagi anda yang berada di Melaka sama ada yang sememangnya menetap di Melaka ataupun pelancong yang masih bercuti di Melaka, untuk datang singgah di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bermula pada jam 10.00pagi (31 Disember 20… Read More
Kejuaraan Silat Remaja Dunia Ke 3 2015 Kejuaraan Silat Remaja Dunia kali ke 3 akan berlangsung dari 26 Disember hingga 31 Disember 2015 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. … Read More
Ringkasan Sejarah Batu Pahat Bandar ini mendapat nama dari 'batu yang dipahat' yang berkait dengan serangan askar Siam pada abad ke-15. Kesan-kesan sejarah ini masih terdapat di Minyak Beku. Menurut catatan Sejarah Melayu, pada 1456, Laksaman… Read More
Penduduk Gaza membina kilang yang menukarkan plastik kepada bahan api Ini merupakan sebuah kisah lama sekitar tahun 2014, yang mungkin ada antara kita terlepas pandang atau tidak mengetahuinya... Ibrahim Soboh dari Gaza telah membina sebuah loji berteknologi tinggi dengan hanya men… Read More