Tok Singa akan merawat Ustaz Kazim


Insya Allah jika tidak ada rintangan, esok (Ahad, 22 Mei 2022) seorang pengamal perubatan secara Islam yang dikenali sebagai Tok Singa akan pergi ke pondok Ustaz Kazim yang diketahui umum telah menghidapi penyakit misteri-mistik.

Tok Singa memohon agar rakyat Malaysia yang beragama Islam mendoakan agar usahanya merawat Ustaz Kazim berjalan lancar dan sempurna.

Berikut adalah antara ramuan untuk ikhtiar dalam merawat Ustaz Kazim :

• sireh merah gunung jerai 
• sireh hijau gunung jerai 
• pasir putih gunung jerai 
• tanah liat putih gunung jerai

( Ramuan ini dikhabarkan oleh Tok Singa diambil sendiri oleh Tuan Guru Ayah Tuah Jani ) 





PERKEMBANGAN TERKINI
( 22/05/2022 )


Tarikh Tok Singa untuk pergi ke tempat Ustaz Kazim telah bertukar atas sebab tertentu.










Separuh Akhir Bola Sepak Lelaki - Sukan SEA 2021 : Vietnam B23 lwn Malaysia B23

 


Perlawanan Separuh Akhir | Khamis, 19 Mei 2022

⚽ Bola Sepak Lelaki • Sukan SEA 2021
🕗 8.00 malam
🏟 Stadium Viet Tri, Vietnam


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


 🇻🇳 VIETNAM B23 1 - 0 MALAYSIA B23  🇲🇾

111' Tien Linh Nguyen [ Vietnam B23 ]




#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021





XOX Pro Sport Sdn Bhd beli saham Perak FC pada harga RM1

Pengerusi XOX, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (dua dari kiri) bersama pengurusan menyaksikan aksi Perak FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. - FB Perak FC 


KUALA LUMPUR : Anak syarikat milik penuh XOX Bhd, XOX Pro Sport Sdn Bhd, memeterai perjanjian penjualan saham dengan Impact Media & Communication Sdn Bhd untuk mengambil alih 2,500 saham biasa yang mewakili 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Perak FC Sdn Bhd dengan nilai RM1.

XOX berkata pengambilalihan itu merupakan peluang bagi kumpulan untuk meluaskan jangkauan dengan mengembangkan lagi ekosistemnya untuk menggabungkan bola sepak.

"Perak FC mempunyai kira-kira setengah juta peminat, dan Perak terkenal sebagai negeri yang mempunyai peminat bola sepak paling fanatik di negara ini," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut XOX, jumlah pertimbangan pembelian sebanyak RM1 telah dicapai atas dasar kesediaan pembeli dan penjual selepas mengambil kira, antara lain, kerugian selepas cukai Perak FC sebanyak RM2.32 juta dan liabiliti bersih berjumlah RM3.50 juta pada 30 Jun 2021, kesukaran operasi, dan liabiliti tertunggak kira-kira RM7.1 juta setakat 31 Disember 2021.

"Cadangan pengambilalihan itu yang akan dibiayai sepenuhnya daripada dana yang dijana secara dalaman, dijangka selesai pada suku ketiga 2024," katanya. - BERNAMA


Liga Super Malaysia - 18 Mei 2022 : JDT lwn Sri Pahang

 


Hanya ada satu perlawanan Liga Super Malaysia pada 18 Mei 2022 iaitu melibatkan JDT melayan kunjungan Sri Pahang di Stadium Sultan Ibrahim ( Johor Bahru ). Perlawanan ini berlangsung pada jam 8.15 malam.


 💥 KEPUTUSAN PENUH 💥
        


Johor Darul Ta'zim 2 - 2 Sri Pahang FC

17' Bergson [ JDT ]
38' Saiful [ Sri Pahang ]
42' Hidalgo - penalti [ Sri Pahang ]
88' Bergson - penalti [ JDT ]




#LigaSuper2022






Jalan runtuh di Tuaran, Sabah

 


Tuaran, Sabah : Orang awam yang menggunakan Jalan Kiulu - Rondogung menghala Ranau disarankan mengikuti laluan alternatif di Jalan Tamparuli- Ranau selepas runtuhan tebing menghubungkan Kampung Lokos dan Kampung Pahu, Kiulu pada 17 Mei 2022.

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran, Farini Awang berkata, lokasi Jalan Pukak - Pahu - Nulu di Kilometer 19.2 itu ditutup pada 12 tengah malam tadi selepas pihaknya menerima aduan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, pada 13 Mei lalu, berlaku runtuhan kecil di tebing laluan berkenaan selepas hujan berterusan sebelum satu arah laluan ditutup.

Kira-kira 5 petang 17 Mei itu, sekali lagi runtuhan berlaku di lokasi sama menyebabkan kedua-dua arah laluan ditutup atas faktor keselamatan pengguna.

Menurutnya, penduduk di sekitar lokasi juga boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Tomis Tiong - Lokos dan Jalan Bundu Tuhan.

"Kon keselamatan dan papan tanda bahaya dengan pantulan cahaya turut disediakan sebagai persediaan kerja-kerja penyelenggaraan."

"Pengguna diminta mematuhi arahan dan papan tanda yang disediakan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Sehubungan itu, JKR dengan kerjasama syarikat konsesi akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.



Kredit :
• My Metro

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan