Resipi Telur Dadar Padang

 


Telur dadar merupakan antara jenis telur goreng yang terkenal dikalangan orang Malaysia. Ia adalah resepi yang ringkas, namun boleh dipelbagaikan mengikut selera dan kreativiti anda.



Bahan-bahan :

• 250g tauhu keras
• 2 tangkai daun bawang
• 1 tangkai daun ketumbar
• 100g lobak merah
• ½ sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
• 4 telur
• 60g MAGGI® Sambal Tumis
• ¼ cawan minyak masak


Cara penyediaan dan memasak

• Satukan tauhu putih yang telah dihancurkan bersama daun bawang, daun ketumbar, lobak merah yang telah dihiris.

• Masukkan MAGGI® Cukup Rasa.

• Masukkan telur dan MAGGI® Sambal Tumis. Gaul sebati.

• Panaskan minyak masak, goreng sehingga garing dan terbalikkan. Setelah garing, angkat dan sedia untuk dihidang.


Tip Buat Resepi Telur Dada

– Untuk tekstur yang ranggup, gunakan lebih sedikit bancuhan tepung jagung atau secubit gula atau garam dan dipukul lama sedikit.

– Untuk tekstur yang lembut, gunakan mentega atau marjerin atau susu segar selepas dipecah.



Tentera Rusia selamatkan kru helikopter Ukraine

MELITOPOL - Dua kru sebuah helikopter Ukraine mengucapkan terima kasih kepada tentera Rusia kerana menyelamatkan dan memberi rawatan perubatan pada 5 April lalu sehingga mereka dapat meneruskan hidup.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan media Rusia baru-baru ini, kedua-duanya sedang menaiki helikopter Mi-8 yang dalam penerbangan dari Dnepro ke Mariupol sebelum pesawat tersebut ditembak jatuh dengan peralatan sistem pertahanan tentera udara Rusia.

“Saya dibawa keluar dari helikopter ketika saya terbaring dan dibawa ke kemudahan perubatan.

Mereka memberikan bantuan perubatan.Kaki dan lengan saya dibalut. Mereka tidak membiarkan saya mati. Terima kasih banyak-banyak,” kata seorang penembak Ukraine, Ivan Gavrilenko sambil berbaring di atas katil.

Pegawai itu mengalami beberapa luka serpihan dan melecur teruk hingga 55 hingga 60 peratus pada badannya.

Seorang lagi jurutera penerbangan, Kapten Dmitry Burlakov yang mengalami kecederaan yang lebih serius hanya mengucapkan perkataan 'terima kasih'.

Kenyataan mereka yang dibuat menerusi rakaman video turut disiarkan menerusi media Rusia.

Gavrilenko dan Burlakov sedang dirawat di sebuah hospital tentera Rusia di Melitopol kira-kira 150 kilometer ke barat Mariupol.

Ketika kejadian, helikopter sedang terbang dari Dnepro ditembak jatuh dalam perjalanan ke bandar Mariupol yang sebahagiannya berada di bawah kawalan tentera Ukraine, pejuang Batalion Azov dan askar upahan asing, pada 5 April lalu.

Burlakov yang juga seorang pegawai Briged Penerbangan ke-16 Kor Tentera Darat ke-8, Angkatan Darat Ukraine memberitahu penyiasat bahawa percubaan untuk memindahkan komander Azov dari Mariupol gagal kerana ia dilakukan dengan tidak teratur.

Organisasi misi tidak dijalankan dengan sebaik mungkin. Pada 5 April, kira-kira jam 4-5 pagi, kami telah diarahkan untuk terbang dari bandar Dnepro ke kawasan antara Dnepro dan Mariupol, 20 minit dari garisan persempadanan, kata Burlakov seperti dilaporkan media Rusia. - Agensi


Kredit : Sinar Harian


Bas percuma untuk pulang ke kampung !

 


Kementerian Pengangkutan Indonesia menyediakan program pulang ke kampung sempena Lebaran 2022 secara percuma selepas dua tahun ditangguhkan akibat penularan wabak Covid-19. Setiausaha Ketua Pengarah Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan, Marta Hardisarwono berkata, terdapat 350 bas disediakan untuk 10,500 penumpang dalam program itu. 

Jelasnya, sebanyak 270 bas disediakan untuk membawa 8,100 penumpang pulang ke kampung dan baki 80 bas untuk perjalanan pulang semula ke Jakarta melibatkan 2,400 penumpang. 

“Kita juga menyediakan pengangkutan untuk membawa pulang motosikal secara percuma dengan 34 lori disediakan. 

“Jadi bagi yang pulang ke kampung, sebanyak 17 lori disediakan yang mampu memuatkan 510 motosikal termasuk perjalanan semula ke bandar ini,” katanya lapor Kompas.com. 

Menurut Marta, program pulang ke kampung secara percuma akan diselaraskan dengan pihak berkaitan. 

Katanya, aspek jangkitan Covid-19 turut menjadi kebimbangan kerana sambutan hangat penduduk yang bakal menyertai program ini.

Justeru, beliau meminta pelaksanaan protokol kesihatan Covid-19 dijalankan secara ketat seperti pemakaian pelitup muka, mengimbas suhu badan dan mencuci tangan dengan kerap. 

“Sudah dua kali lebaran tetapi tiada program pulang ke kampung secara percuma. Sudah tentu, tahun ini ramai yang akan pulang dan aspek kesihatan sangat diambil berat,” ujarnya. 


* Kredit : Utusan Malaysia


Keadaan terkini Farizal Marlias selepas cedera dalam perlawanan Liga Super Malaysia !


DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor melawat Farizal Marlias, penjaga gol Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) di hospital berikutan perlanggaran dengan rakan sepasukan, Shane Lowry yang berlaku ketika perlawanan dengan Terengganu pada malam 10 April 2022.

Farizal berada dalam keadaan stabil tetapi akan kekal dalam pemerhatian dan akan menjalani beberapa ujian perubatan.


#HarimauSelatan

#SouthernTigers

#PermataSelatan

#JewelOfTheSouth

#JDTuntukSemua

#JDTforAll

Algoritma terkini Twitter mampu kesan kemurungan pengguna


Sepasukan penyelidik mendakwa bahawa satu siri algoritma baharu mampu mengesan kemurungan yang dialami oleh pengguna laman Twitter dengan ketepatan sehingga 90 peratus, lapor akhbar Metro UK. 
Menerusi penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal IEEE Transactions on Affective Computing itu, pasukan penyelidik dari Universiti Brunel dan Universiti Leicester telah menganalisis 38 ‘titik data’ khas daripada beribu-ribu profil Twitter yang berbeza.
Ia termasuk jenis kandungan-kandungan tertentu berkaitan bila sesuatu ciapan dihantar dan kepada siapa ia ditujukan.
Algoritma itu dilatih menggunakan dua pangkalan data yang tersedia secara umum yang mengandungi sejarah akaun Twitter beribu-ribu pengguna bersama dengan maklumat tentang kesihatan mental mereka.
Satu daripadanya telah disusun oleh Universiti Johns Hopkins yang terkenal di Amerika Syarikat (AS) pada 2015.
Sehingga 80 peratus daripada maklumat dalam setiap pangkalan data digunakan untuk mengajar bot dan 20 peratus lagi untuk menguji ketepatannya.
“Kami menguji algoritma pada dua pangkalan data yang besar dan menanda aras keputusan kami terhadap teknik pengesanan kemurungan yang lain.
“Dalam setiap kes, kami telah berjaya mengatasi teknik sedia ada dalam ketepatan pengelasan,’’ kata Pengarah Institut Niaga Hadapan Digital Brunel, Profesor Abdul Sadka.
Pasukan itu mengatakan bahawa sistem berkenaan berpotensi mendedahkan kemurungan pengguna sebelum mereka menyiarkan sesuatu ke domain awam. Ini bermakna platform seperti Twitter dan Facebook boleh secara proaktif membentangkan kebimbangan kesihatan mental pengguna. – Agensi

Kredit : Kosmo

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan