Keputusan Piala FA Malaysia | 11 Mac 2022

 


Terdapat tiga perlawanan berlangsung pada hari ini iaitu Kelantan United dan Kinabalu Jaguar, Penang FC dan Bukit Tambun serta Selangor FC dan Harini FT.

Manakala perlawanan antara Skuad Projek FAM - MSN bertemu Tok Janggut Warriors ditangguhkan.

Keputusan Penuh 


Kelantan United 4 - 0 Kinabalu Jaguar

34' Haziq [ Kelantan United ]

42' Ashraf Alifuddin [ Kelantan United ]

53' Amidu Salifu [ Kelantan United ]

59' Jacob Njoku [ Kelantan United ]


Penang FC 4 - 0 Bukit Tambun

17' Rafael [ Penang FC ]

21' Alif Romli [ Penang FC ]

64' Mohd Rafiuddin [ Penang FC ]

90+1' Muhammad Ashraf  [ Penang FC ]


Selangor Fc 4 - 0 Harini FT

17' Caion [ Selangor FC ]

29' Hyuri [ Selangor FC ]

42' Safuwan Baharudin [ Selangor FC ]

47' Syahir Bashah [ Selangor FC ]

63' Caion [ Selangor FC ]

67' Caion [ Selangor FC ]


Liga Super Malaysia : 9 Mac 2022

 

Tiga perlawanan bolasepak Liga Super Malaysia, bermula pada 9 Mac 2022. Dua perlawanan bermula awal iaitu Sabah dengan PJ City dan JDT menentang Sarawak United. Perlawanan KDA ( Kedah Darul Aman FC ) yang bertemu KL City bermula pada jam 9.00 malam. 

Manakala perlawanan antara Terengganu FC dan Negeri Sembilan telah ditangguhkan.


KEPUTUSAN PENUH


Sabah FC 3 - 1 PJ City FC
16' Jackson [ Sabah FC ]
35' Altemir Cordeiro Pessoa Neto [ Sabah FC ]
45+1' Kumaahran Sathasivam [ PJ City FC ]
48' Saddil Ramdani [ Sabah FC ]


JDT 6 - 0 Sarawak United
15' Fernando Forestieri [ JDT ]
39' Bergson [ JDT ]
63' Bergson [ JDT ]
72' Carlos De Murga [ JDT ]
80' Safawi Rasid [ JDT ]
84' Fernando Forestieri [ JDT ]


KDA 3 - 2 KL City
28' Zhafri Yahya [ KL City ]
32' Syafiq Ahmad [ KDA ]
68' Zulkifli Fayadh [ KDA ]
69' Dennis Buschening [ KDA ]
87' Kevin Koubemba [ KL City ]



Wow....ini rupanya Mydin terbesar di Malaysia | Terbaharu dibina di Kota Bharu !!!

Konsep baru Mydin yang unik di mana mereka bina surau di bangunan berasingan namun mempunyai jejantas antara Mall dan Surau. Dapat permudahkan urusan umat Islam untuk menunaikan solat setiap kali masuk waktu dengan lebih tenang.


Mydin Mall terbesar di Malaysia ini akan dibuka esok (10 Mac 2022) di Tunjong, Kota Bharu dengan keluasan keseluruhan hampir sejuta kaki persegi.






Selain itu, Bazar Siti Hawa berkeluasan 76, 208 kaki persegi dengan 177 lot kedai diperkenalkan. Pelbagai produk kering dan basah dari peniaga tempatan akan dijual di situ.



Kredit : Backpackerz 


Perisian cetak rompak mungkin dibenarkan penggunaannya di Russia


Russia dilihat kian terdesak dalam mencegah keruntuhan ekonominya berikutan sekatan antarabangsa yang dikenakan terhadapnya disebabkan oleh serangan ke atas Ukraine. Antara langkah yang akan diperkenalkan bagi mengurangkan kesan sekatan ini adalah cadangan membenarkan penggunaan beberapa perisian cetak rompak.

Torrentfreak melaporkan kerajaan Russia telah mencadangkan menangguhkan penguatkuasaan undang-undang cetak rompak pada sesetengah perisian. Antara perisian yang dibenarkan tersebut melibatkan syarikat yang menentang pencerobohan Russia terhadap Ukraine atau perisian yang tidak mempunyai sebarang alternatif.

Kebanyakan negara-negara dunia telah mula memberikan tekanan ekonomi terhadap Russia dengan tujuan memberi desakan terhadap Presiden Vladimir Putin untuk menghentikan tindakan ketenteraan tersebut. Serangan ke atas Ukraine ini telah menyebabkan kehilangan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak sehingga kini. serta mendorong negara-negara kumpulan G7 untuk memutuskan hubungan dagang dengan Russia.


Selain itu, sebilangan besar syarikat-syarikat utama dunia turut bersetuju untuk memberhentikan sementara jualan dan perlesenannya di Russia. Antara nama-nama besar berkenaan termasuklah Apple, Adobe, Samsung, dan Microsoft. Ini seterusnya menyukarkan bagi rakyat kebanyakan Russia mendapatkan peranti seperti Macbook atau telefon pintar Galaxy di pasaran.

Atas sebab itu, kerajaan Russia terpaksa memikirkan satu mekanisme baharu bagi mengurangkan kesan sekatan ini disamping memudahkan urusan harian rakyatnya. Menurut Torrentfreak, cadangan memberikan kebenaran penggunaan beberapa perisian cetak rompak oleh kerajaan Russia ini merupakan sebahagian dari rancangan jangka panjang Kemeterian Pembangunan Ekonomi Russia. Pelaksanaan dasar ini adalah sesuatu yang agak aneh memandangkan Russia sebelum ini mengambil pendekatan yang keras terhadap kegiatan cetak rompak.


Kredit :

- Harian Teknologi

- Hypertec Direct





Ohhh... ini rupanya syarat dari Russia kalau nak tamatkan perang

 


Rusia memberitahu Ukraine bahawa ia bersedia untuk menghentikan operasi ketenteraan 'pada bila-bila masa' jika Kyiv memenuhi senarai syarat, kata jurucakap Kremlin pada Isnin.

Dmitry Peskov berkata, Moscow menuntut Ukraine menghentikan tindakan ketenteraan, menukar perlembagaannya untuk mengekalkan keneutralan, mengakui Crimea sebagai wilayah Rusia, dan mengiktiraf republik pemisah Donetsk dan Lugansk sebagai negara merdeka.

Reuters melaporkan, ia kenyataan Rusia yang paling jelas setakat ini daripada syarat yang ingin dikenakan ke atas Ukraine untuk menghentikan apa yang dipanggil "operasi ketenteraan khas", yang memasuki hari ke-12.

Peskov memberitahu Reuters dalam temu bual telefon bahawa Ukraine mengetahui keadaan itu dan diberitahu bahawa 'semua ini' boleh dihentikan dalam masa singkat.

Rusia menyerang Ukraine dari utara, timur dan selatan, menggempur bandar-bandar termasuk Kyiv, Kharkiv dan pelabuhan Mariupol.

Pencerobohan yang dilancarkan pada 24 Februari, menyebabkan krisis pelarian terburuk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua, mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, dan membawa kepada sekatan berat ke atas Moscow.


Tetapi jurucakap Kremlin menegaskan Rusia tidak membuat sebarang tuntutan wilayah ke atas Ukraine dan berkata, dakwaan tuntutan untuk menyerahkan Kyiv adalah tidak benar.

"Kami benar-benar sedang menamatkan operasi tentera di Ukraine. Kami akan menyelesaikannya. Tetapi perkara utama ialah Ukraine menghentikan tindakan ketenteraannya dan kemudian tiada siapa yang akan menembak," katanya.

Mengenai isu berkecuali, Peskov berkata, Rusia harus membuat pindaan kepada perlembagaan yang menurutnya Ukraine akan menolak sebarang matlamat untuk memasuki mana-mana blok.

"Kami juga sudah bercakap mengenai bagaimana mereka harus mengakui bahawa Crimea adalah wilayah Rusia dan bahawa mereka perlu mengiktiraf bahawa Donetsk dan Lugansk adalah negara merdeka. Dan itu sahaja. Ia akan berhenti serta-merta," katanya.

Konflik itu bermula selepas Putin mengiktiraf dua wilayah pemisah di timur Ukraine, di mana pejuang yang disokong Rusia berperang dengan tentera Ukraine sejak 2014, tindakan yang dikecam Barat.
"Ini bukan kami yang merampas Lugansk dan Donetsk dari Ukraine. Donetsk dan Lugansk tidak mahu menjadi sebahagian daripada Ukraine.

"Untuk selebihnya. Ukraine adalah sebuah negara merdeka yang akan hidup bebas, tetapi dalam keadaan berkecuali," katanya.

Beliau berkata, semua tuntutan itu dirumus dan diserahkan semasa dua pusingan pertama rundingan antara delegasi Rusia dan Ukraine yang berlangsung minggu lalu.

"Kami berharap semua ini akan berjalan lancar dan mereka akan bertindak balas dengan cara yang sesuai," kata Peskov.

Menurutnya, keadaan di Ukraine menimbulkan ancaman yang lebih besar kepada keselamatan Rusia berbanding pada 2014, apabila mereka juga mengumpulkan 150,000 tentera di sempadan.


Kredit : myMetro

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan