Wow....ini rupanya Mydin terbesar di Malaysia | Terbaharu dibina di Kota Bharu !!!

Konsep baru Mydin yang unik di mana mereka bina surau di bangunan berasingan namun mempunyai jejantas antara Mall dan Surau. Dapat permudahkan urusan umat Islam untuk menunaikan solat setiap kali masuk waktu dengan lebih tenang.


Mydin Mall terbesar di Malaysia ini akan dibuka esok (10 Mac 2022) di Tunjong, Kota Bharu dengan keluasan keseluruhan hampir sejuta kaki persegi.






Selain itu, Bazar Siti Hawa berkeluasan 76, 208 kaki persegi dengan 177 lot kedai diperkenalkan. Pelbagai produk kering dan basah dari peniaga tempatan akan dijual di situ.



Kredit : Backpackerz 


Perisian cetak rompak mungkin dibenarkan penggunaannya di Russia


Russia dilihat kian terdesak dalam mencegah keruntuhan ekonominya berikutan sekatan antarabangsa yang dikenakan terhadapnya disebabkan oleh serangan ke atas Ukraine. Antara langkah yang akan diperkenalkan bagi mengurangkan kesan sekatan ini adalah cadangan membenarkan penggunaan beberapa perisian cetak rompak.

Torrentfreak melaporkan kerajaan Russia telah mencadangkan menangguhkan penguatkuasaan undang-undang cetak rompak pada sesetengah perisian. Antara perisian yang dibenarkan tersebut melibatkan syarikat yang menentang pencerobohan Russia terhadap Ukraine atau perisian yang tidak mempunyai sebarang alternatif.

Kebanyakan negara-negara dunia telah mula memberikan tekanan ekonomi terhadap Russia dengan tujuan memberi desakan terhadap Presiden Vladimir Putin untuk menghentikan tindakan ketenteraan tersebut. Serangan ke atas Ukraine ini telah menyebabkan kehilangan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak sehingga kini. serta mendorong negara-negara kumpulan G7 untuk memutuskan hubungan dagang dengan Russia.


Selain itu, sebilangan besar syarikat-syarikat utama dunia turut bersetuju untuk memberhentikan sementara jualan dan perlesenannya di Russia. Antara nama-nama besar berkenaan termasuklah Apple, Adobe, Samsung, dan Microsoft. Ini seterusnya menyukarkan bagi rakyat kebanyakan Russia mendapatkan peranti seperti Macbook atau telefon pintar Galaxy di pasaran.

Atas sebab itu, kerajaan Russia terpaksa memikirkan satu mekanisme baharu bagi mengurangkan kesan sekatan ini disamping memudahkan urusan harian rakyatnya. Menurut Torrentfreak, cadangan memberikan kebenaran penggunaan beberapa perisian cetak rompak oleh kerajaan Russia ini merupakan sebahagian dari rancangan jangka panjang Kemeterian Pembangunan Ekonomi Russia. Pelaksanaan dasar ini adalah sesuatu yang agak aneh memandangkan Russia sebelum ini mengambil pendekatan yang keras terhadap kegiatan cetak rompak.


Kredit :

- Harian Teknologi

- Hypertec Direct





Ohhh... ini rupanya syarat dari Russia kalau nak tamatkan perang

 


Rusia memberitahu Ukraine bahawa ia bersedia untuk menghentikan operasi ketenteraan 'pada bila-bila masa' jika Kyiv memenuhi senarai syarat, kata jurucakap Kremlin pada Isnin.

Dmitry Peskov berkata, Moscow menuntut Ukraine menghentikan tindakan ketenteraan, menukar perlembagaannya untuk mengekalkan keneutralan, mengakui Crimea sebagai wilayah Rusia, dan mengiktiraf republik pemisah Donetsk dan Lugansk sebagai negara merdeka.

Reuters melaporkan, ia kenyataan Rusia yang paling jelas setakat ini daripada syarat yang ingin dikenakan ke atas Ukraine untuk menghentikan apa yang dipanggil "operasi ketenteraan khas", yang memasuki hari ke-12.

Peskov memberitahu Reuters dalam temu bual telefon bahawa Ukraine mengetahui keadaan itu dan diberitahu bahawa 'semua ini' boleh dihentikan dalam masa singkat.

Rusia menyerang Ukraine dari utara, timur dan selatan, menggempur bandar-bandar termasuk Kyiv, Kharkiv dan pelabuhan Mariupol.

Pencerobohan yang dilancarkan pada 24 Februari, menyebabkan krisis pelarian terburuk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua, mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, dan membawa kepada sekatan berat ke atas Moscow.


Tetapi jurucakap Kremlin menegaskan Rusia tidak membuat sebarang tuntutan wilayah ke atas Ukraine dan berkata, dakwaan tuntutan untuk menyerahkan Kyiv adalah tidak benar.

"Kami benar-benar sedang menamatkan operasi tentera di Ukraine. Kami akan menyelesaikannya. Tetapi perkara utama ialah Ukraine menghentikan tindakan ketenteraannya dan kemudian tiada siapa yang akan menembak," katanya.

Mengenai isu berkecuali, Peskov berkata, Rusia harus membuat pindaan kepada perlembagaan yang menurutnya Ukraine akan menolak sebarang matlamat untuk memasuki mana-mana blok.

"Kami juga sudah bercakap mengenai bagaimana mereka harus mengakui bahawa Crimea adalah wilayah Rusia dan bahawa mereka perlu mengiktiraf bahawa Donetsk dan Lugansk adalah negara merdeka. Dan itu sahaja. Ia akan berhenti serta-merta," katanya.

Konflik itu bermula selepas Putin mengiktiraf dua wilayah pemisah di timur Ukraine, di mana pejuang yang disokong Rusia berperang dengan tentera Ukraine sejak 2014, tindakan yang dikecam Barat.
"Ini bukan kami yang merampas Lugansk dan Donetsk dari Ukraine. Donetsk dan Lugansk tidak mahu menjadi sebahagian daripada Ukraine.

"Untuk selebihnya. Ukraine adalah sebuah negara merdeka yang akan hidup bebas, tetapi dalam keadaan berkecuali," katanya.

Beliau berkata, semua tuntutan itu dirumus dan diserahkan semasa dua pusingan pertama rundingan antara delegasi Rusia dan Ukraine yang berlangsung minggu lalu.

"Kami berharap semua ini akan berjalan lancar dan mereka akan bertindak balas dengan cara yang sesuai," kata Peskov.

Menurutnya, keadaan di Ukraine menimbulkan ancaman yang lebih besar kepada keselamatan Rusia berbanding pada 2014, apabila mereka juga mengumpulkan 150,000 tentera di sempadan.


Kredit : myMetro

Liga Super Malaysia : 8 Mac 2022

 


Perlawanan kedua bolasepak  Liga Super Malaysia musim 2022, yang bermula pada 8 Mac 2022, jam 9.00 malam, yang hanya melibatkan satu perlawanan iaitu Penang FC melayan kunjungan Melaka United FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang setelah perlawanan antara Selangor FC dan Sri Pahang FC telah ditangguhkan.

KEPUTUSAN PENUH

Penang FC 1 - 1 Melaka United FC
27' Muhammad Danial Ashraf [ Penang FC ]
41' Latiff Suhaimi - gol sendiri [ Melaka United FC ]


Ohh... ini sebabnya Hotdog boleh menjadi pembunuh kanak-kanak

Hotdog atau sosej merupakan sejenis makanan proses yang di ketahui mempunyai pelbagai risiko masalah kesihatan jika di ambil dengan kadar yang tinggi. Selain masalah kesihatan, Pakar Kanak Kanak menyarankan agar tanda amaran di letakkan di plastik pembungkus Hotdog kerana ia merupakan makanan utama yang menyebabkan menyebabkan kes tercekik di kalangan kanak kanak. 

Menurut kajian American Academy of Pediatrics, 17% kes tercekik makanan berpunca dari Hotdog terutamanya bagi kanak kanak yang berusia bawah 3 tahun di mana gigi belum tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah Hotdog. Bagi kanak kanak lebih 3 tahun, kemahiran mengunyah belum di kuasai sepenuhnya menyebabkan risiko tercekik ketika menjamah Hotdog.

Secara sinis beliau berkata ,Jika anda tanya saya, "Apakah penyedal saluran pernafasan kanak kanak yang terbaik- Ya, Hotdog" 

Lebih serius, beliau mengulas , " Apabila Hotdog telah menyedal saluran pernafasan, percayalah, agak mustahil untuk mengeluarkannya" -Dr Gary Smith, Pengarah  Center for Injury Research and Policy at Nationwide Children's , Ohio.

Hotdog dan Kanser Usus

Kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi sememangnya di ketahui umum menyebabkan maslaah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. 

Lebih menarik lagi, kanduangan Nitrite di dalam Hotdog dan kebanyakan makanan proses lain di ketahui menyebabkan kanser usus. Dari 2008- 2013, terdapat 4501 kes kanser usus di Malaysia terutamanya dikalangan kaum cina dan ia merupakan antara pembunuh utama di Malaysia. 

Nitrite merupakan garam tambahan yang di gunakan sebagai bahan pengawet di dalam Hotdog. Apabila ia di cernakan di dalam sistem penghadaman, bakteria akan menukarkannya kepada N-Nitroso yang merupakan bahan kompaun menyebab kanser. 

Menurut WHO's International Agency for Research on Cancer setiap 50g daging proses yang di makan, meningkatkan risiko kanses usus sebanyak 18%.

Bukan Makan Hari Hari, apa salahnya?

Mungkin ada yang melihat isu ini secara sinis , "ala, bukan makan hari hari" fikirkan semula. "Makanan Proses" dalam konteks ini termasuklah segala makanan di dalam tin seperti ikan sardin, tuna, makanan sejuk beku, makanan yang di keringkan dan di awetkan seperti ikan masin, ikan kering, buah buahan dan sayur sayuran jeruk dan segala makanan yang di proses sebelum di hidangkan ke pinggan anda.


Susu, buah-buahan "penawar" kesan Hotdog

Kajian makmal awal saintis membuktikan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium dapat mengurangkan kesan bahan berkanser di dalam Hotdog. 

Dalam kajian beliau, tikus yang di berikan kalsium tidak menunjukkan peningkatan paras Tumor Marker berbanding tikus yang di beri Hotdog. Oleh itu pengambilan makanan yang mengandungi Kalsium seperti susu dan yogourt mungkin boleh menjadi "penawar" kepada bahan kanser yang di makan dari Hotdog.

Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi bahan anti oksida dan vitamin C seperti buah buahan dan sayuran juga dapat membantu mengurangkan "kesan buruk" dari pengambilan Hotdog.

Kesimpulannya, Hotdog atau Sosej, Halal atau Haram :

✅  Apa yang masyarakat perlu tahu adalah kesan buruk dan bahayanya.
✅  Jika anda begitu "bersungguh" untuk memberi Hotdog kepada anak anak, potong "penyendal saluran pernafasan" tersebut dengan kecil. 
✅ Pastikan hidangan di seimbangkan dengan buah buahan, sayur sayuran serta produk tenusu.
✅  Bersederhana jangan makan terlalu kerap.


Kredit : Public Health Malaysia



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan