Tengahari tanpa bayang di garisan Khatulistiwa


Pada hari Khamis, 23 September 2021 bermula pada pukul 03:21 pagi, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa untuk tempoh selama satu hari. 

Dalam tempoh sehari tersebut, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam. 

Bagi kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak-Indonesia dan Quito, Ecuador akan mengalami peristiwa tengahari "tanpa bayang" kerana Matahari akan berada betul tegak di atas kepala pada waktu tengahari di kawasan tersebut semasa berlakunya ekuinoks. 


Kredit : 

- Planetarium Negara 


Belajar Kursus Asas Komputer di rumah - jangka pendek

 


BACA DENGAN TELITI SEBELUM HANTAR MESEJ 👆👀👇

Kursus Asas Komputer  merupakan kursus jangka pendek, yang diajar secara "one by one" atau "personal teacher", iaitu seorang pengajar mengajar seorang peserta dalam jangka masa lebih kurang 6 jam ( termasuk masa rehat ) dalam sehari sahaja. DIAJAR DI RUMAH BAKAL PESERTA.

Buat masa ini, ia hanya untuk bakal peserta yang tinggal di dalam kawasan tertentu di Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.

Peserta diajar subjek atau perkara asas yang biasa diperlukan dalam penggunaan komputer bagi menjimatkan masa dan memudahkan kefahaman peserta. 

Setelah mengikuti Kursus Asas Komputer ini dengan besertakan nota yang diberi, peserta boleh membuat ulangkaji dan latihan secara sendiri di rumah setelah tamat sesi belajar. 

Kemahiran dalam penggunaan komputer akan diperolehi oleh peserta dengan sendirinya setelah peserta kerap menggunakan komputer dalam urusan seharian.

Dalam erti kata lain dengan menyertai kursus jangka pendek ini, peserta dapat menjimatkan duit dan masa.

Peserta akan dapat sijil penyertaan setelah habis belajar dan melengkapi pembayaran penuh yuran penyertaan.

Rujuk gambar di atas untuk mengetahui maklumat penting sebelum menghantar mesej Whatsapp untuk tempahan tarikh belajar.

Seperti yang dinyatakan pada gambar yang tertera, buat masa ini, pengajar hanya boleh datang mengajar di rumah peserta yang berada di dalam kawasan tertentu di Selangor dan Kuala Lumpur. Untuk kawasan lain seperti di Melaka dan Negeri Sembilan, tertakluk pada kebenaran merentas negeri dari Majlis Keselamatan Negara.

#kursusjangkapendek #kursusasaskomputer



Kenyataan media dari Taliban di Afganistan

Kenyataan dari Taliban setelah mendapatkan kembali kuasa mentadbir Afghanistan ( tahun 2021 ) :

🛑 Menanam pokok dadah, menjual atau mempromosikan penjualan dadah, mulai sekarang akan menjadi hukuman mati.

🛑 Semua persengketaan darah dibatalkan. Mulai sekarang, semua perselisihan akan melalui pengadilan Syariah Islam, tidak ada lagi cara yang sah untuk menyelesaikan perselisihan selain pengadilan Syariah Islam. 

🛑 Kami menjemput jurutera, doktor dan profesional lain dari seluruh dunia untuk membina semula Afghanistan. Kami menjamin mereka gaji yang tinggi.

🛑 Mulai sekarang, memberitahu nasib, mantra cinta, ramalan, syirik di kubur akan dikenakan hukuman berat.

🛑 Rasuah, keganasan terhadap lelaki muda, akan dihukum bunuh. Emiriah Islam Afghanistan akan menghukum pesta sumpah dengan teruk.

🛑 Wanita bebas untuk meninggalkan rumah berseorangan, tetapi hijab menjadi satu kemestian!

🛑 Emiriah Islam Afghanistan melarang sebarang jenis aktiviti yang berkaitan dengan faedah, semua hutang dan faedah dibatalkan.


* sumber dari internet ( sila baca juga dari beberapa cabang sumber lain )


Pakatan Harapan lantik pimpinan baharu ?

 

Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan pelantikan baharu beberapa jawatan penting parti itu sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pelantikan baharu itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presiden PH membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menerusi mesyuarat itu, PH bersetuju melantik Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai Ketua Setiausaha PH manakala Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub diangkat sebagai Pengarah Strategi PH.

Ketua Pemuda DAP, Howard Lee Chuan How pula dilantik sebagai Ketua Pemuda PH manakala Ketua Wanita AMANAH, Aiman Athirah dipilih sebagai Ketua Wanita PH.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke memegang jawatan Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dilantik sebagai Pengarah Komunikasi PH.

"Majlis Presiden mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua yang dilantik. Semoga pelantikan ini akan mengukuhkan lagi gerak kerja PH di Parlimen, lapangan serta menuju PRU-15," kata kenyataan bersama itu, hari ini.


Kredit : 

- Berita Harian Online ( teks )

- Malay Mail ( gambar )



Asteroid bersaiz 137 meter mendekati Bumi hari Jumaat

 


Data pengesan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) sedang memantau sebuah asteroid bersaiz 137 meter (m) yang dijangka melintasi orbit Bumi pada Jumaat ini ( 10 September 2021), lapor akhbar Daily Star.

Asteroid yang digelar 2021RE itu dijangka berada pada jarak 5.47 juta kilometer (km) dari Bumi pada hari tersebut.

Sebagai perbandingan, jarak dari bulan ke Bumi adalah sejauh 384,400 km.

2021RE akan bergerak pada kelajuan 30,000 meter sejam dan akan menyebabkan lekuk yang besar sekiranya ia melanggar Bumi.

Sementara itu, dalam tempoh beberapa hari akan datang, beberapa objek bersaiz antara sebuah rumah dan sebuah pesawat dijangka melintas dalam jarak yang hampir dengan Bumi.

Awal bulan ini, NASA mendedahkan satu kajian baharu yang meningkatkan kemungkinan bahawa sebuah asteroid digelar Bennu yang memiliki lebar 536 m akan melanggar Bumi antara sekarang hingga tahun 2300.

Batu ruang angkasa jenis C yang disenaraikan sebagai ‘objek yang berpotensi mendatangkan bahaya’ kepada manusia itu ditemui pada tahun 1999.

Bennu merupakan salah satu daripada dua asteroid paling berbahaya yang ditemui dalam sistem solar. – Agensi


Kredit : Kosmo




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan