Pakatan Harapan lantik pimpinan baharu ?

 

Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan pelantikan baharu beberapa jawatan penting parti itu sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pelantikan baharu itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presiden PH membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menerusi mesyuarat itu, PH bersetuju melantik Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai Ketua Setiausaha PH manakala Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub diangkat sebagai Pengarah Strategi PH.

Ketua Pemuda DAP, Howard Lee Chuan How pula dilantik sebagai Ketua Pemuda PH manakala Ketua Wanita AMANAH, Aiman Athirah dipilih sebagai Ketua Wanita PH.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke memegang jawatan Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dilantik sebagai Pengarah Komunikasi PH.

"Majlis Presiden mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua yang dilantik. Semoga pelantikan ini akan mengukuhkan lagi gerak kerja PH di Parlimen, lapangan serta menuju PRU-15," kata kenyataan bersama itu, hari ini.


Kredit : 

- Berita Harian Online ( teks )

- Malay Mail ( gambar )



Related Posts:

  • Ubat sakit tekak buatan sendiri Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebaga… Read More
  • Petua agar doa diterima Allah SWT   Doa adalah makanan insan seharian. Doa adalah untuk menjadikan diri kita lebih baik, penghilang duka, mendapat hajat dan keperluan kita. Dari Abi Hurairah RA berkata, bersabda Rasulullah SAW : Tiga doa yang dii… Read More
  • Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid)   Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan  Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid). Muzakarah … Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia : 15 April 2014   Keputusan lima perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang ke 13. Berlangsung pada 15 April 2014. Kecuali perlawanan antara Lions XII dan Pahang yang berlangsung pada pukul 7.45 malam, ke semua perlawanan yang lai… Read More
  • Murid TADIKA lemas dalam kolam kumbahan Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas van dinaiki terjatuh ke dalam kolam kumbahan. Kejadian berlaku di Jalan Pertanian 40, Taman Universiti pada pukul 1130 pagi, 14 April 2014. Ketu… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan