Asteroid bersaiz 137 meter mendekati Bumi hari Jumaat

 


Data pengesan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) sedang memantau sebuah asteroid bersaiz 137 meter (m) yang dijangka melintasi orbit Bumi pada Jumaat ini ( 10 September 2021), lapor akhbar Daily Star.

Asteroid yang digelar 2021RE itu dijangka berada pada jarak 5.47 juta kilometer (km) dari Bumi pada hari tersebut.

Sebagai perbandingan, jarak dari bulan ke Bumi adalah sejauh 384,400 km.

2021RE akan bergerak pada kelajuan 30,000 meter sejam dan akan menyebabkan lekuk yang besar sekiranya ia melanggar Bumi.

Sementara itu, dalam tempoh beberapa hari akan datang, beberapa objek bersaiz antara sebuah rumah dan sebuah pesawat dijangka melintas dalam jarak yang hampir dengan Bumi.

Awal bulan ini, NASA mendedahkan satu kajian baharu yang meningkatkan kemungkinan bahawa sebuah asteroid digelar Bennu yang memiliki lebar 536 m akan melanggar Bumi antara sekarang hingga tahun 2300.

Batu ruang angkasa jenis C yang disenaraikan sebagai ‘objek yang berpotensi mendatangkan bahaya’ kepada manusia itu ditemui pada tahun 1999.

Bennu merupakan salah satu daripada dua asteroid paling berbahaya yang ditemui dalam sistem solar. – Agensi


Kredit : Kosmo




Related Posts:

  • unifi Liga Super Malaysia - 22 Februari 2019 Berikut adalah keputusan perlawanan ke empat dalam unifi Liga Super Malaysia yang melibatkan empat pasukan iaitu PJ City FC bertemu Kedah serta Kuala Lumpur bertemu Terengganu FC : KEPUTUSAN PENUH PJ City FC 0 - 2 Kedah 7… Read More
  • Keputusan Unifi Liga Super Malaysia : 16 Februari 2019 Berikut adalah keputusan tiga perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia pada 16 Februari 2019. KEPUTUSAN PENUH PKNP 2 - 3 Petaling Jaya City FC 28' (PKNP) 45' (Petaling Jaya City) 52' (PKNP) 74' (Petaling Jaya … Read More
  • Kiamat dan Yahudi Heradi Walaupun pelbagai pemerhatian dan kesimpulan dilakukan berdasarkan penyelidikan sains, namun tiada fakta tepat menemukan bilakah bakal berlaku hari kiamat. Bagaimanapun, pendakwah terkemuka, Datuk Dr. Danial Zai… Read More
  • Video "Macam Puki" - Carut Dollah Salleh Menjadi kebiasaan selepas tamat perlawanan bola sekepakan, para jurulatih, pemain simpanan dan pegawai pasukan berjalan menuju ke tempat rehat pemain pasukan lawan untuk bersalaman. Namun ketika Zainal Abidin Hassan yang … Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia : 15/02/2019 Terdapat satu perlawanan berlangsung pada malam ini yang melibatkan pasukan Terengganu dan JDT. Manakala perlawanan pasukan Kuala Lumpur dan Perak yang sepatutnya berlangsung juga pada malam ini ditunda ke tarikh lain ber… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan