Personal coaching Kursus Asas Komputer serta Kursus Bina Dan Selenggara Blog
Permulaan jenama Kicap Kipas Udang : Zara Foodstuff Industries
Sejarah kejayaan kicap jenama Cap Kipas Udang bermula kurang lebih 31 tahun lalu apabila pengasanya Datuk Haji Lambak Mohamad memulakan perniagaan beliau dengan menubuhkan Zara Food Industries ( kini dikenali sebagai Zara Foodstuff Industries ), mengeluarkan kicap secara kecil-kecilan dengan menyewa sebuah kilang dan memasarkan jenamanya kicapnya disekitar bandar Johor Bahru, Johor.
Bermula dengan modal RM40,000, beliau berusaha memastikan jenama Kicap Kipas Udang diterima rakyat Malaysia. Kini jenama ini telah berada di setiap dapur rakyat Malaysia. Kawalan mutu produk yang baik serta komitmen pekerja-pekerja yang tinggi, kini produk tersebut telah mencatat jualan bulanan lebih dari RM150,000.
Keuntungan syarikat digunakan untuk perbelanjaan promosi termasuk promosi di televisyen dan media cetak serta penyelidikan dan pembangunan bagi menambahbaikkan kualiti produk beliau. Penambahbaikan juga dapat dilihat dari proses pembungkusan jenama kicap tersebut iaitu penutup botol kicap yang semakin baik dan selamat dari dimasuki serangga.
Kini, jualan Kicap Kipas Udang berjumlah lebih RM6 Juta sebulan serta beliau telah kembangkan kepada kepelbagaian produk makanan seperti sos, kaya dan lain-lain. Jenama Kipas Udang ini juga telah melangkau jauh ke Asia Barat dan negara-negara Asean. Dengan jualan syarikat mencecah lebih RM82juta setahun, syarikat ini telah maju setapak lagi dengan pembinaan bangunan syarikat yang bernilai RM35 juta di kawasan perindustrian Larkin.
Alamat laman sesawang : http://zarafood.com.my/
( anda juga boleh memesan keluaran khas produk-produk dari koleksi yang sedia ada sebagai "freegift" atau "doorgift" untuk pelbagai majlis keraian )
Kesan Covid 19 pada deria rasa dan bau pada manusia
Jaga bahasa - jadilah tauladan yang baik kepada anak-anak
Seawal usia 8 bulan, kanak kanak akan mula meniru tingkahlaku dan pertuturan ibu bapa. Mereka memerhati, mendengar dan meniru percakapan kita tanpa kita sedari.
Cuaca buruk di beberapa negeri dijangka sehingga Selasa depan
Pada 7 Januari 2021, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga Selasa depan.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku di Pahang membabitkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin serta di Johor iaitu di Segamat, Mersing dan Kota Tinggi sehingga hari ini.
"Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka melanda seluruh Kelantan, manakala di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang sehingga hari ini.
"Amaran sama turut dijangka berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Dungun dan Kemaman, Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran serta di Johor di kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga Selasa," menurut kenyataan itu.
Kredit : Harian Metro