VIDEO Anjing diselamatkan tuannya dari dimakan buaya

 

Suatu tindakan yang pantas dan berani, terakam pada video yang memperlihatan seorang lelaki terjun ke dalam air di tepi tasik yang bertempat di negeri Florida,  Amerika Syarikat kerana berusaha menyelamatkan anjing peliharaannya dari menjadi makanan buaya.

Video ini popular dengan cepat dikalangan pengguna internet di sana dan selain dari rasa kagum atas tindakan berani lelaki berkenaan,  yang turut menjadi perhatian ialah rokok atau curut masih lagi kekal di mulutnya.

Credit to : abc NEWS

Adakah Irfan Bakti akan kembali ke Negeri Sembilan?

 


Selepas pengendali Petaling Jaya (PJ) City FC, K Devan dikaitkan dengan posisi ketua jurulatih pasukan Negeri Sembilan musim depan, seorang lagi jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim, turut sama disebut mengisi posisi berkenaan.

Bekas pengendali Terengganu FC (TFC) berusia 69 tahun itu dikatakan dipanggil oleh pengurusan Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi mengadakan perbincangan lanjut di Seremban, semalam.

Menurut sumber, Irfan ada datang ke pejabat NSFC semalam dipercayai bagi membincangkan mengenai permohonan beliau yang berminat untuk mengisi posisi selaku ketua jurulatih skuad Hobin Jang Hobin.

"Beliau dipanggil bagi membincangkan beberapa perkara dan dipercayai berhubung dengan posisi selaku ketua jurulatih skuad Negeri Sembilan.

"Irfan adalah jurulatih berpengalaman dan mempunyai rekod cemerlang dalam saingan liga bola sepak tempatan.

"Bagaimanapun setakat ini, kita tidak tahu lagi siapa individu yang akan mengisi posisi ketua jurulatih Negeri Sembilan yang baharu," katanya di sini, hari ini.

Irfan bukan asing bagi pasukan Negeri Sembilan kerana beliau pernah membimbing skuad berkenaan pada tahun 1998 dan 1999.

Sebelum ini, Devan turut menyatakan hasrat untuk kembali ke Negeri Sembilan jika diberi peluang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pengendali sebelum ini, Sazali Saidun.

Devan yang berusia 69 tahun juga pernah membimbing Negeri Sembilan dan berjaya menjulang pasukan itu selaku juara Piala FA pada 2003 selain meletakkan skuad berkenaan sebagai juara Liga Super pada musim 2005/2006.

Negeri Sembilan yang menamatkan saingan di tangga kedua terbawah carta Liga Perdana musim ini, hampir pasti mendapatkan pengendali baharu dalam usaha NSFC untuk mengembalikan semula reputasi skuad berkenaan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Sebelum ini, Pengurus pasukan, Abd Razak Mohd Idrus memaklumkan, NSFC menerima sekitar 10 permohonan daripada jurulatih tempatan dan luar negara, yang menyatakan minat untuk membimbing Negeri Sembilan.

Difahamkan, NSCF dijangka akan memutuskan individu yang layak mengisi jawatan berkenaan dalam tempoh terdekat kerana kontrak pegawai dan pemain musim ini akan tamat akhir bulan ini.


Kredit : Harian Metro

Hamdan Atan meninggal dunia

 


Komposer ternama yang juga merupakan bekas penyanyi dan pemain gitar kumpulan Kembara, A.Ali, berumur 71 tahun atau nama sebenarnya Hamdan Atan disahkan meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Semenyih. 

Anak ketiganya, Nur Huda Hamdan, 34, ketika dihubungi berkata, ibunya, Latifah Khamis menyedari bapanya meninggal dunia selepas jasad kaku sekitar pukul 8 pagi, hari 21 November 2020. 

"Pagi tadi, dalam pukul 5 pagi, ayah masih okay dan mak kejutkannya dan memintanya untuk buatkan air kerana mak saya pun tak sihat. 

"Selepas itu, ayah termenung seketika di tepi tingkap. Lepas Subuh, dia baring sekejap dan pagi tadi, lebih kurang pukul 8 pagi, mak saya kejutkannya dan dia sudah tidak ada," katanya kepada Harian Metro. 

Huda berkata, pemergian ayahnya adalah satu kehilangan besar buat keluarga kerana dia tidak pernah menghidap penyakit kronik. 

"Sekarang jenazah masih lagi berada di Hospital Kajang dan kami masih menantikan laporan penuh daripada pihak hospital," katanya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Semenyih. 

Allahyarham A Ali meninggalkan seorang balu, sembilan anak serta 10 cucu. 

A Ali pernah menganggotai kumpulan Kembara bersama Datuk M Nasir dan S Sahlan pada awal tahun 1980-an dan banyak menghasilkan lagu untuk kumpulan itu serta beberapa penyanyi hebat tanah air. 

Kredit : Harian Metro



Karsten Nitzel - ketua jurulatih pasukan Selangor, untuk kempen Liga Malaysia 2021

 


Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) hari ini mengumumkan pelantikan Karsten Nitzel sebagai ketua jurulatih pasukan Red Giants, untuk kempen Liga Malaysia (Liga M) 2021.

Jurulatih berusia 52 tahun berasal dari Jerman dan pernah bermain untuk pasukan Freiburg di Bundesliga tiba di Malaysia pertengahan bulan lepas dan sudah melengkapkan proses kuarantin ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) minggu lepas.

Dalam satu kenyataan Pengarah Teknikal Selangor Michael Fiechtenbeiner berkata, Nietzal adalah orang yang tepat untuk membawa Selangor ke tahap yang lebih tinggi berikutan pengalaman 10 tahun dalam kejurulatihan, terutamanya menguruskan pasukan Bochum VFL, SV Eleversberg serta membawa Holstein Kiel ke Divisyen dua Liga Jerman.

"Pertamanya, saya kenal beliau (Karsten) dengan baik, kerana beliau pernah bermain untuk saya. Dia seorang pemain tengah yang bagus dan bermain dengan pasukan saya di divisyen dua, sebelum kemudiannya bermain di Bundesliga. Beliau seorang pemain yang kuat,".

"Beliau mempunyai sikap yang bagus, kerja keras dan sentiasa mahu membuktikan diri beliau di Asia. Jadi saya rasa beliau akan mempunyai motivasi bagus menjadi jurulatih di Malaysia untuk Selangor," katanya.

Neitzal sebelum ini adalah pengurus pasukan Divisyen 4 Jerman, Kelab RW Essen sebelum menjadi penasihat kepada SW Essen dan menjadi timbalan ketua jurulatih di Liga Jepun (JLeague) bersama Urawa Reds.

Menurut Feichtenbeiner, Karsten juga mampu untuk membawa bakat baru untuk bermain pasukan utama Selangor.

"Adalah penting untuk projek kami melahirkan pemain sendiri bermain di Liga-M. Jadi kami perlukan ketua jurulatih yang terbuka untuk menggunakan pemain muda. Bukanlah mudah untuk mengambil pemain muda kerana mereka sering melakukan kesilapan, namun Karsten adalah jurulatih yang berani. Jika beliau nampak kualiti yang bagus pada pemain muda, beliau akan berikan mereka peluang," katanya.

Sementara itu, Neitzal tahu bahawa adalah penting untuk beliau mengembalikan kepercayaan peminat Red Giants.

"Tentunya adalah bagus untuk yakinkan orang ramai terhadap kelab dengan memenangi perlawanan. Dalam beberapa minggu lepas, pasukan telahpun mula memberikan pertunjukan yang baik. Saya mempunyai rasa yang bagus (dengan pasukan).

Saya telah tonton banyak perlawanan pasukan utama dan saya rasa, kita mempunyai satu pasukan yang berkualiti," katanya.


Kredit : 

- FAS

- Harian Metro

Gemuk : bukan sekadar boroi tapi....



[INFO] Bukan Sekadar Boroi


Sila ambil perhatian sekiranya anda memiliki: 


 ✅ Ukur lilitan pinggang melebihi 35 inchi bagi wanita

✅ Ukur lilitan pinggang melebihi 40 inchi bagi lelaki.


Ini adalah kerana  lemak aktif yang terkumpul di perut yang boroi itu adalah dalang kepada pelbagai penyakit metabolik. 

Lemak di bawah kulit vs Lemak di perut


Terdapat dua jenis lemak yang ada di badan manusia :

Lemak subcutaneous yang terletak di bawah permukaan kulit adalah lemak yang di temui di bawah lengan, kaki dan dapat di rasa dengan sentuhan. 

Lemak yang terkumpul di perut yang boroi pula terdiri dari lemak di bawah lapisan kulit serta lemak yang berhimpun di dalam ruang abdomen yang di kenali sebagai lemak viceral.

Mengapa Perlu Bimbang Mengenai Lemak Di  Perut?


✅ Lemak yang terkumpul di perut yang boroi akan menyelaputi organ yang terdapat di sekitar kawasan abdomen. 

✅ Antara organ yang terjejas akibat pengumpulan lemak di perut yang boroi adalah usus, pankreas ( organ untuk merembes insulin), hati, usus dan jantung.

✅ lemak di perut yang boroi juga merupakan lemak “aktif” di mana ia boleh mempengaruhi ho.rmon dan fungsi organ.

✅ Lapisan lemak aktif ini akan menjejaskan sensitiviti organ kepada hormon insulin lalu menyebabkan penyakit kencing manis. 

Penyakit lain yang berkaitan dengan perut boroi adalah :

- Serangan jantung

- Kanser payudara 

- Kanser usus

- alzheimeir (nyanyuk)

- Kencing manis


Cara menghapuskan lemak di perut yang boroi :

Bengkung tidak mampu menghapuskan lemak jahat di perut!


✅ Kurangkan  pengambilan makanan dan minuman yang manis


✅ Tingkatkan pengambilan protein


✅ Kurangkan pengambilan karbohidrat


✅ Senaman secara berkala (penting)


✅ Pemakanan sihat dan seimbang


✅ Tidur yang mencukupi


✅ Kurangkan stress


✅ Berhenti merokok


* stress akan menyebabkan rembesan hormon kortisol yang merupakan punca  pengumpulan lemak diperut.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan