Lagu Empat Dara versi 2020


Lagu "Empat Dara" adalah ciptaan asal oleh Atan Penambang/Ahmad Yusoh dan lirik oleh Ahmad Yusoh sendiri. Ia pernah dirakamkan oleh Ahmad Yusoh sendiri, Noranizah Idris, arwah Datuk Sharifah Aini, S.Roziah, Fadzil Ahmad, Dato' Sri Siti Nurhaliza dan ada juga dinyanyikan oleh artis-artis yang lain terutama bagi rakaman siaran televisyen.

Faizal Tahir turut pernah menyanyikan lagu ini secara personal dalam Konsert Ghazal Rock pada tahun 2008.

Lagu ini kembali popular apabila dinyanyikan oleh Sharifah Aida Mazlina atau Elly Mazlein dan Adibah Noor dalam babak drama bersiri "Kampung People 2" sehingga menjadi "cabaran" popular di media-media sosial.

Kini di zaman PKPB ini, lagu Empat Dara telah muncul dengan versi yang diperbaharui dan dinyanyikan oleh Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana.

Dengar dan tonton video lagu Empat Dara versi tahun 2020 di bawah ini :


Kredit dan penghargaan ada pada hujung video di atas.

Maybank Alor Gajah terpaksa ditutup


Maybank cawangan Alor Gajah ditutup berikutan seorang kakitangannya dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan seorang pesakit dalam siasatan (PUI) COVID-19.

Bagaimanapun, dalam kenyataannya bank itu berkata, kontak rapat berkenaan berlaku di luar bank.

“Selepas menerima maklumat, kami terus menutup cawangan ini untuk menjalankan proses pembersihan rapi dan sanitasi,” katanya.

Bagaimanapun ia tidak menyatakan bila bank berkenaan akan kembali beroperasi.

Sehubungan itu, ia meminta pelanggan bank supaya berurusan di Maybank Cawangan Pulau Sebang dan Cawangan Masjid Tanah, dekat sini.

Tinjauan di bank itu hari ini mendapati masih ada beberapa pelanggan bank mengunjungi bank berkenaan tetapi segera beredar selepas membaca kenyataan yang dilekatkan pada pintu bank.

Pelanggan yang hanya ingin dikenali sebagai Lim dan berusia dalam lingkungan 50-an berkata, beliau tidak tahu bank berkenaan sudah ditutup sejak semalam dan terpaksa ke Maybank Cawangan Masjid Tanah.

Sementara itu Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam kenyatannya berkata, tiada pesakit baharu COVID-19 semalam dan jumlah pesakit positif yang masih dirawat di Hospital Melaka ialah 20.

Selain itu, tiada pesakit sembuh setakat semalam dan tujuh zon kuning di negeri ini ialah Ayer Molek, Cheng, Tanjung Minyak, Batu Berendam, Durian Tunggal, Kelemak dan Chohong.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman dilaporkan berkata, seramai 1,800 individu yang mempunyai kontak rapat dengan Kluster Berendam sudah disaring setakat kelmarin.

Kluster berkenaan direkodkan di mukim Ayer Molek, Cheng dan Durian Tunggal, membabitkan kes saringan kontak rapat daripada kes tempatan.


Sumber : Melaka Hari Ini

Mengapa dahulu orang putih kata bangsa Melayu pemalas ?

Orang Inggeris bila datang ke Tanah Melayu, mereka sedar orang Melayu memang rajin dan 'pantang duduk diam'. Mereka nampak orang Melayu masuk hutan mencari akar kayu, mengharung laut mencari ikan, meredah sungai mencari bijih dan turun ke bendang membajak sawah.

Waktu senggang di rumah, orang Melayu bertukang, mengayam tikar, menenun kain dan mengait jala. Waktu malam pergi ke masjid, mendengar pengajian dan membaca Yasin. Memang rajin dan penuh dengan aktiviti seharian. Semua ini orang Inggeris nampak dan sedar.

Kalau dibaca kajian pengkaji-pengkaji Inggeris tentang Melayu seperti Crawfurd, Marsden, Raffles, Gardner, Newbold, Woolley, Linehan, Wheatley dan ramai lagi memang jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu dulu adalah bangsa yang rajin dan kreatif.

Tapi kenapa sebahagian orang Inggeris seperti Swettanham mengatakan bahawa Melayu adalah bangsa pemalas? Mudah sahaja jawapannya, kerana orang-orang Melayu enggan menjadi buruh Inggeris, apatah lagi nak menggendong 'kemalasan' Inggeris seperti dalam gambar-gambar ini :







Kredit : Hasanuddin Yusof [ Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam ]


Kandungan video Laparpo Nina Bobo kini berbayar

 

Abu Mamu telah mengumumkan bahawa tiada lagi kandungan percuma di Facebook page Laparpo Nina Bobo dan di channel Youtube. Namun para peminat mereka masih boleh menonton kandungan video yang berbayar di channel Youtube.

Berikut adalah pakej kandungan video yang boleh dilanggan :



Bagi yang belum mengenali Nina Bobo, mereka adalah sekumpulan rakyat Malaysia yang diketuai oleh Abu Mamu, yang membuat rakaman video di kawasan yang telah ditinggalkan dan mempunyai kisah misteri seperti di bangunan atau rumah tinggal serta pusat rekiasi yang tidak digunakan lagi.

Abu Mamu juga merupakan pelawak yang pernah bertanding dalam rancangan Raja Lawak, membuat review makanan serta perniagaan dan pelbagai pekerjaan dalam bidang-bidang seni.

Video pengumuman dari Abu Mamu :



Di bawah ini adalah pautan ke Youtube channel Laparpo Nina Bobo :

Piala Malaysia : 8 November 2020

 

Dua perlawanan berlangsung pada 8 November 2020, 9.00 malam yang melibatkan pertembungan antara Selangor menentang Melaka United serta UiTM bertemu Kelantan.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN

Selangor 2 - 1 Melaka United 

21' Ifedayo ( Selangor )

53' Sandro ( Selangor )

57' Uche Agba ( Melaka United )

UiTM 3 - 2 Kelantan

13' Muhd Arif ( UiTM )

15' Yaacob Rafie ( UiTM )

61' Muhammad Ashraf ( Kelantan )

63' Muhammad Ashraf ( Kelantan )

67' Muhd Arif ( UiTM )

* Selangor dan UiTM layak ke peringkat seterusnya


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan