Malaysia kecam berita fitnah dari Al Jazeera


Malaysia mengecam laporan media antarabangsa, Al Jazeera yang membuat tuduhan membuta tuli terhadap usaha negara ini dalam mengawal penularan COVID-19, membabitkan warga asing.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata laporan media berkenaan jelas tidak tepat dan berniat memburuk-burukkan nama baik Malaysia.

Katanya, tuduhan Malaysia tidak memberi layanan yang adil kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan adalah tidak benar, sebaliknya tindakan yang dibuat berdasarkan undang-undang.

"Tuduhan kita kurung secara tidak adil PATI adalah tidak benar. Bukan setakat PATI, tapi PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat) di kawasan lain seperti pusat tahfiz di Hulu Langat dan perkampungan di Hulu Langat juga dikurung. Bukan saja membabitkan warga asing semata-mata.

"Warga tempatan kita pun buat kawalan untuk pastikan tidak ada mereka yang keluar dari dalam dan individu dari luar mudah masuk ke dalam. Ini semua untuk pastikan mereka diselamatkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, setiap individu dalam PKPD akan dilakukan saringan termasuk PATI dengan kos saringan mereka ditanggung kerajaan.

"Menuduh tindakan kita bersikap rasis juga tidak benar. Apa yang dilakukan berdasarkan undang-undang. Kita gunakan akta Imigresen untuk tangkap mereka yang tiada dokumen sah.

"Tanya Al Jazeera. Berikan mana-mana negara yang membenarkan warga asing yang tiada dokumen boleh bebas di negara mereka. Saya cabar Al Jazeera tunjukkan negara mana yang berikan kebebasan mutlak. Setahu saya tidak ada," katanya.

Kredit : Berita Harian

Popularnya nasihat seorang nenek


Nenek Sapiah yang suaranya menjadi perhatian kerana pertuturan pekat loghat Melaka tidak menyangka rakaman suaranya itu menjadi viral dan ajukan orang ramai.

Malah, pemilik nama sebenar, Kamsiah Jantan, 70 itu turut tidak menjangkakan rakaman itu menjadi ikutan dalam kalangan beberapa selebriti media sosial dengan mengajuk semula suaranya sambil melakonkan aksi.

Dia berkata, niatnya hanya untuk mengingatkan cucunya, Mohammad Syafiq Mohd Don, 28 atau lebih dikenali sebagai Dak Syafiq supaya tidak membeli sate di kawasan kampung berkenaan berikutan satu kes direkodkan di kawasan terbabit dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) beberapa bulan lalu.

“Nenek memang tak suka, tiba-tiba dah jadi macam ni (suara menjadi viral), alamak nenek kata, nenek marah lah kan tapi apa nak kata.

“Seorang cucu nenek tukang rakam (yang merakam) dalam handset (telefon bimbit), nenek pun cakap ler tiba-tiba (rakaman suara) melarat, nenek pun faham, Allahu Akbar,” katanya dalam nada loghat Melaka bersahaja itu.

Kamsiah berkata, dia bagaimanapun tidak mengambil hati dengan ajukan orang ramai malah menyifatkan ia satu hiburan supaya lebih mengenali dialek Melaka.

“Ada juga yang ajuk sampai buat lagu dondang saya. Macam-macam dia orang buat, Nenek dengau je la (dengar sahaja), nak buat macam mana,” katanya.

Terdahulu, Kamsiah bersama Mohammad Syafiq serta jirannya, Hasnah Mohamad, 67 serta anak Hasnah, Mohammad Shaari Mohd Salleh, 35 menerima sumbangan daripada kerajaan negeri yang disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Haji Sulaiman Md Ali.

Keempat-empat watak dalam rakaman itu iaitu Kamsiah (Nenek Sapiah), Mohammad Shafiq (Dak Sapik), Hasnah (Dak Senah) dan Mohammad Shaari (Dak Ayu) turut menjadi perhatian apabila disebut dalam ucapan Sulaiman pada Majlis Amanat Ketua Menteri, hari ini.

Sementara itu, Mohammad Shaari atau dikenali sebagai Dak Ayu dalam kalangan keluarga berkata, panggilan Dak Ayu hanya dikenali dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Saya dengar juga ramai yang dengar rakaman suara itu mengatakan Dak Ayu adalah perempuan, namun orang kampung tahu saya yang dimaksudkan Nenek Sapiah,” katanya.

Sumber teks dan gambar : Melaka Hari Ini online

Minuman dan makanan yang menyebabkan perut berangin




Terdapat beberapa jenis makanan yang menyebabkan perut anda berangin

1. Makanan yang tinggi serat

Makanan yang tinggi serat mengandungi bahan yang tidak boleh dicernakan oleh usus manusia.

Oleh disebabkan itu, terdapat beberapa jenis bakteria di dalam usus manusia yang boleh menghasilkan enzim berfungsi untuk menguraikan makanan tersebut dan nutriennya diserap oleh bakteria dan juga usus manusia.

Tetapi dalam penguraian bahan tersebut, gas terhasil dan gas inilah yang menyebabkan perut menjadi berangin.

2. Air berkarbonat

Air bergas ini apabila diminum ia boleh menyebabkan masalah gastrik dan juga GERD. Kedua masalah ini sendiri boleh menyebabkan perut seseorang itu rasa berangin.

Bahkan gas yang berada di dalam minuman itu boleh keluar dan terkumpul di dalam perut menyebabkan simptom yang sama berlaku

3. Makanan masam atau berasid

Makanan ini akan menyebabkan masalah gastrik berlaku. Jesteru menghasilkan simptom perut berangin

4. Kafein

Akan menyebabkan penghasilan asid di dalam perut dan menjurus menjadi punca masalah gastrik dan juga GERD. Kedua-dua penyakit ini boleh menghasilkan simptom perut berangin

Kredit : The Diagnosa

Enam kriteria perlu dipenuhi untuk PKP tamat!



Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 6 kriteria ini perlu diambil kira untuk menentukan sama ada PKP akan disambung atau ditamatkan kelak.

Namun, beliau menjelaskan bahawa pihaknya hanya memberi pandangan, sumber diperlukan dan data kepada Perdana Menteri sebelum sebarang keputusan akhir dibuat.

Berikut adalah enam kriteria tersebut :

#1. Kemampuan mengawal sempadan daripada kes import.

#2. Kemampuan mengawal dan merawat pesakit positif daripada menjangkiti orang lain.

#3. Kemampuan sistem dan fasiliti kesihatan negara (makmal dan wad).

#4. Kemampuan negara dalam usaha melindungi golongan berisiko tinggi.

#5. Norma baharu (new normal) menjadi amalan hidup iaitu tiada lagi perhimpunan awam, penjarakan sosial dan kerap basuh tangan.

#6. Kemampuan negara dalam usaha melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.

Sekiranya, rakyat Malaysia atau rakyat asing yang berada di dalam Malaysia, berjaya memenuhi keenam-enam kriteria di atas dalam usaha melawan COVID-19, kerajaan mungkin akan menamatkan PKP dalam masa yang dijangkakan.

Kredit teks asal : helloDOKTOR

Kredit gambar : BioSpectrum Asia

Situasi Covid 19 kembali teruk di bandar


Situasi COVID-19 di Beijing adalah sangat teruk, amaran seorang pegawai bandar itu susulan terdapat 27 kes jangkitan baharu dilaporkan di ibu kota China berpunca daripada kluster yang mencetuskan program jejak dan ujian yang besar.

Kemunculan semula kes COVID-19 dipercayai bermula di pasar borong makanan besar di bandar itu sekali gus mencetuskan penggera selepas China berjaya mengawal wabak itu melalui ujian besar-besar dan perintah berkurung 'drakonian' pada awal tahun ini.

Kes baharu itu menjadikan angka positif jangkitan COVID-19 di Beijing selepas lima hari kepada 106 kes, memaksa pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung di hampir 30 komuniti di bandar dan menjalankan ujian ke atas berpuluh ribu orang.

China melonggarkan sebahagian besar langkah 'anti-COVID-19' pada beberapa bulan lalu dengan kerajaan mengisytiharkan kemenangan terhadap penyakit itu yang muncul di Wuhan pada hujung tahun lalu.

"Situasi epidemik di ibu kota ini sangat teruk," kata jurucakap bandar Beijing, Xu Hejian yang memberi amaran pada sidang media.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyuarakan kebimbangan terhadap kluster berkenaan dan menunding jari kepada saiz dan penyambungan Beijing.

Jurucakap di bandar itu berkata, mereka akan menjalankan ujian terhadap pemilik gerai dan pengurus di semua pasar makanan, restoran serta kantin kerajaan.

Berdasarkan laporan agensi berita Xinhua, kapasiti ujian diperluaskan kepada 90,000 sehari.

Pengurus rantaian kedai runcit Shuguoyan, Zhao Honglei, berkata sebanyak 13 kakitangannya telah diuji negatif COVID-19.

Katanya, pelanggan kelihatan yakin dengan ujian yang dijalankan tetapi pesanan dalam talian mengalami peningkatan sepuluh kali ganda sejak kebelakangan ini.

"Orang awam bimbang dengan keadaan sesak di premis atau mereka takut dijangkiti," katanya.

Seorang pesara, Wu Yaling, 57, yang sedang beratur panjang di kedai yang dipenuhi orang berpelitup muka berkata, beliau cuba untuk tidak keluar terlalu kerap.

Hari ini dijalankan proses nyah cemar di 276 pasar pertanian dan 33,000 premis makanan dan minuman selain menutup 11 pasar, demikian menurut pegawai Beijing.

Selain itu, pihak berkuasa mengumumkan perintah berkurung di tujuh lagi kawasan perumahan pada hari ini.

Sejak 30 Mei lalu, terdapat 200,000 orang mengunjungi pasar Xinfadi yang membekalkan lebih 70 peratus buah dan sayur di Beijing.

Sementara itu, lebih 8,000 pekerja di pasar itu diuji dan dikuarantin. - AFP

Kredit : BH Online

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan