Enam kriteria perlu dipenuhi untuk PKP tamat!



Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 6 kriteria ini perlu diambil kira untuk menentukan sama ada PKP akan disambung atau ditamatkan kelak.

Namun, beliau menjelaskan bahawa pihaknya hanya memberi pandangan, sumber diperlukan dan data kepada Perdana Menteri sebelum sebarang keputusan akhir dibuat.

Berikut adalah enam kriteria tersebut :

#1. Kemampuan mengawal sempadan daripada kes import.

#2. Kemampuan mengawal dan merawat pesakit positif daripada menjangkiti orang lain.

#3. Kemampuan sistem dan fasiliti kesihatan negara (makmal dan wad).

#4. Kemampuan negara dalam usaha melindungi golongan berisiko tinggi.

#5. Norma baharu (new normal) menjadi amalan hidup iaitu tiada lagi perhimpunan awam, penjarakan sosial dan kerap basuh tangan.

#6. Kemampuan negara dalam usaha melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.

Sekiranya, rakyat Malaysia atau rakyat asing yang berada di dalam Malaysia, berjaya memenuhi keenam-enam kriteria di atas dalam usaha melawan COVID-19, kerajaan mungkin akan menamatkan PKP dalam masa yang dijangkakan.

Kredit teks asal : helloDOKTOR

Kredit gambar : BioSpectrum Asia

Related Posts:

  • Setinggan musnah di Putatan Tujuh buah rumah setinggan musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Dumpil, Putatan, Sabah, pagi 28 Mac 2017. Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam … Read More
  • Video pembantu rumah di Singapura dirasuk Satu rakaman video CCTV dikatakan sedang viral di negara jiran kita iaitu Singapura, yang menunjukkan seorang pembantu rumah ( perempuan ) kelihatan seperti telah dirasuk. Tuan rumah berkenaan telah memuat naik di lama… Read More
  • Lahad Datu di landa gempa bumi Satu gempa bumi lemah telah berlaku pada jam 06:26 pagi pada tarikh 29/03/1 di kedudukan 4.8 Utara 118.5 Timur dengan magnitud 3.4 dan kedalaman 10km di Lahad Datu, Sabah. 25km Timur Laut Kunak, Sabah. Gegaran mungkin dir… Read More
  • Titah ucapan sulung TMJ sebagai Presiden FAM Berikut adalah titah ucapan sulung DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sebelum penutup Kongres Tahunan Ke-53 FAM yang telah berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya, hari ini. Tunku Ismail yang bakal … Read More
  • Apa kegunaan Carousell ? Tangkap Gambar, Senarai, Jual. Begitulah "trademark" bagi sebuah flatfom atas talian yang turut menyediakan aplikasi untuk aktiviti jualan dan belian secara on line. Carousell menyediakan pasaran secara mudah alih yang… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan