Caj tambahan gunting serta dandanan rambut naik mendadak


Caj pemotongan dan dandanan rambut akan dinaikkan antara RM5 hingga RM10 bagi setiap pelanggan.

Ia berikutan peningkatan kos operasi untuk menyediakan peralatan diperlukan operator kedai gunting atau salun dandanan rambut bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Wakil Gabungan Pendandan Rambut Malaysia, Bambang Sutrisno Soteto, berkata perkara itu dipersetujui tujuh persatuan gunting rambut yang menyertai gabungan berkenaan.

Tujuh persatuan itu adalah Persatuan Pendandan Malaysian (MHA); Persatuan Pendandan Bumiputera (BUHA); Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera (MBBA); Persatuan Pembangunan Kemahiran Dandanan Rabut (HSDA); Persatuan Pemerkasaan JurugayaRambut India Malaysia (MIHASS); Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia (MINDAS) dan Persatuan Jurugaya Rambut India Selangor Wilayah Persekutuan (PJRISWP).

Beliau berkata, pengumuman membenarkan sektor itu kembali beroperasi sentiasa dinantikan pelbagai pihak, selain menegaskan lebih banyak kelonggaran diberi berbanding SOP asal dinyatakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Kenaikan ini adalah minimum, selain operator atau pemilik perlu mengambil kira kapasiti pelanggan akan berkurang susulan pelaksanaan SOP ditetapkan kerajaan.

"Kenaikan caj ini juga mengambil kira keadaan semasa dan pelanggan. Sekarang ini bukan masa untuk kita mengaut keuntungan, sebaliknya memberi tumpuan untuk kembali beroperasi," katanya ketika dihubungi BH.

Beliau mengulas pengumuman kerajaan membenarkan kedai gunting dan dandanan rambut beroperasi semula dengan SOP ketat, mulai 10 Jun ini.

Aktiviti dibenarkan termasuk gunting dan cuci rambut asas; solekan dan rawatan rambut; cukur jambang dan misai; manikur dan pedikur serta cuci dan rawatan muka.

Golongan berisiko iaitu individu berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan diwajibkan secara temu janji dan tanpa kehadiran lain-lain pengunjung daripada kumpulan umur lain, manakala ibu bapa dibenarkan hadir bersama bagi kanak- kanak berusia 12 tahun ke bawah.

SOP perlu dipatuhi termasuk pekerja perlu memakai pelitup separuh muka; set sarung tangan dan apron pakai buang serta tidak boleh berkongsi tuala bagi setiap pelanggan, selain jarak antara kerusi tukang gunting perlulah sekurang- kurangnya dua meter.

Sementara itu, Presiden MBBA, Winda Mohd Tahir, menggesa supaya semua pengusaha kedai gunting dan dandanan rambut mempamerkan senarai harga baharu bagi memudahkan pelanggan.

"Kita juga memberi jaminan untuk mematuhi setiap SOP ditetapkan kerajaan bagi operasi kedai gunting dan dandanan rambut, selain pelanggan juga perlu mengambil kira perkara ini sebelum berkunjung ke premis bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Saya faham ramai teruja untuk potong rambut masing-masing, selain yakin kita mampu membanteras penularan COVID-19 jika semua pihak memberi kerjasama dan mematuhi setiap SOP ditetapkan," katanya.

Info caj gunting rambut sebelum PKP :

(Kedai gunting rambut)

Standard - RM12 hingga RM15

Gaya hipster/trend - RM20 hingga RM25

(Salun dandanan rambut bagi kelas pertengahan di Lembah Klang)

Cuci dan potong - RM40 hingga RM50 (lelaki) / RM60 hingga RM80 (wanita)

Pengajaran dari kes puding beracun



Pengajaran dari kes puding buih ini ialah apa jua yang kita buat perlu ada ilmu dan melakukan pembelajaran secara berterusan.

Dapatkan panduan lengkap untuk menjalankan perniagaan makanan dan penghantaran dari rumah agar usaha anda tidak sia-sia

Padah langgar PKPB : penjawat awam berisiko diberhentikan kerja


Sumber : BH Online

Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung, akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, menjelaskan jabatan masing-masing boleh mengenakan tindakan tatatertib pada penjawat awam yang tidak hadir ke pejabat tanpa mengemukakan surat cuti.

"Sekiranya pegawai tidak boleh hadir bertugas, sama ada di pejabat atau bekerja di rumah (BDR), dia dianggap tidak hadir bertugas dan ada diperuntukkan hukuman tertentu dalam Perintah Am Bab D (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993).

"Dalam Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Mac, pegawai mesti bekerja di pejabat atau dibenarkan BDR mengikut arahan Ketua Jabatan.

"Pegawai BDR boleh diarahkan untuk hadir di pejabat pada bila-bila masa namun jika tidak hadir tanpa mengemukakan surat cuti, boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh jabatan masing-masing," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang tidak dapat kembali bekerja kerana melanggar PKPB untuk pulang berhari raya di kampung.

Mohd Khairul Adib menegaskan, tindakan penjawat awam melanggar PKPB itu sendiri adalah menjadi kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan mereka juga boleh dikenakan tindakan tatatertib jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

"Kesalahan di bawah Akta 342 adalah kesalahan jenayah. Ada peruntukan di bawah Perintah Am yang memperuntukkan hukuman tertentu bergantung kepada dapatan dan hukuman mahkamah," katanya.

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman tatatertib seperti amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

Penjawat awam yang dikenakan tatatertib juga, tidak layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu mengikut jenis hukuman, seperti amaran (12 bulan), denda (18 bulan), lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan).

Panggilan video Lim Guan Eng kepada rakan dalam Pakatan Harapan


Berikut adalah teks yang dimuatnaik di Facebook Yang Berhormat Lim Guan Eng berkenaan dengan panggilan video yang dibuatnya kepada rakan-rakan dalam Pakatan Harapan  semasa Hari Raya Aidilfitri yang pertama (24 Mei 2020) :

"Pagi tadi saya call member-member untuk menyampaikan salam Aidilfitri. 

Kepada semua umat Islam, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. 

Semoga kita semua sihat dan selamat daripada wabak Covid-19."



Meriahnya penduduk Taman Medan dan Dato Harun


Kelihatan "meriah" di kawasan Taman Medan dan Taman Dato Harun di satu hari sebelum tiba bulan Syawal. Kelihatan penduduk di sekitar kawasan berdekatan berpusu-pusu membeli persediaan hari raya terutamanya makanan mentah. Sampai kelihatan sudah tiada jarak 1 meter antara pengunjung malah yang lebih gagah lagi ada yang tidak memakai topeng pernafasan.


Kebimbangan dinyatakan oleh Azli Ali yang telah berkunjung ke kawasan pusat perniagaan yang berdekatan dengan Taman Medan dan Taman Dato Harun, Petaling Jaya, Selangor. Kebimbangan beliau dinyatakan dalam kumpulan Facebook tempatan pada 23 May 2020 :



Mohon bantuan viral
*PKP RAYA*

Pagi ni singgah nk beli keperluan raya.

Amat terkejut dgn sikap segelintir org di taman medan/dato harun.

Ramai org2 tua *tiada* :
-PENJARAKKAN SOSIAL
-MASK

Ketahuilah,, jika tersebar 2,3org di taman medan/dato harun,, sudah pasti akan kene seal 1kawasan ni seperti pasar PJ.

14hari la korang terkepung dalam tu. *BARU PADAN MUKA*

Habis la kita yg meniaga, kerja swasta.

Mohon maklumkan org2 tua, rakan2, peniaga2 supaya penjarakkan sosial dan mask.

Tak rugi pun kita beli sikit2 utk beraya.

*KETAHUILAH,, RAYA TAHUN NI TAK RAMAI ORG DTG RUMAH*

Beli sikit2 sudah.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan